Hoseok membuka matanya dengan perlahan dan menstabilkan pandangan matanya yang kabur itu. Dia memandang atap siling yang berwarna putih itu sebelum dia bangkit dari pembaringannya di atas katil.
Hoseok seperti tidak memahami apa-apa. Kenapa dia ada di sini? Apa yang sebenarnya berlaku? Dan dimana kawan-kawannya? Berbagai lagi soalan yang tidak terjawab berlegar di dalam kepalanya.
Tskk!
Pintu automatik dibuka dan dia terlihat ada beberapa orang pengawal sedang membawa seorang lelaki yang dia amat kenali. Tetapi ada sesuatu perubahan pelik yang dia lihat.
"Jimin?" Hoseok mengecilkan mata. Jimin dibawa di sebuah bilik lain yang bersambung dengan biliknya. Jimin memandang tajam Hoseok sehingga membuatkan lelaki itu tersentak.
Matanya putih dan tajam memandang Hoseok. Tiada rontaan pada lelaki itu. Dia hanya membiarkan pengawal itu membawanya ke suatu bilik khas.
"Ugh apa sebenarnya yang jadi ni!"
"Wait and see." Kedengaran sayup-sayup suara seorang lelaki di telinganya. Dia meliar di sekeliling. Tiada sesiapa kecuali dia seorang sahaja di situ.
"Siapa kau?! Apa yang kau nak daripada kami!"
"Seksaan dan... darah." Suara itu membalas dengan agak sinis membuatkan Hoseok meriding. Apa yang dia katakan itu sungguh menakutkan Hoseok.
Dia tahu dia dan kawan-kawannya berada di dalam bahaya dan sesuatu yang akan terjadi pada mereka nanti. Kalau dia tau sudah lama dia bagitahu... kan?
"Ah!" Hoseok menjerit. Lehernya terasa disuntik membuatkan ia menjadi perit dan pedih. Dia memandang ke arah seseorang itu. Dia terlalu kenal dengan lelaki ini.
"K-kau--" Hoseok rebah tidak sedarkan diri. Lelaki itu mencangkung di hadapan Hoseok dengan tersenyum sinis.
"Baguslah kau dah nampak aku. Kejap lagi mesti kau tak akan ingat aku." Lelaki itu mengangkat Hoseok dan diletakkan di dalam bekas pil bersebelahan dengan lima bekas pil yang lain.
Dan mereka adalah,
Jeon Jungkook
Kim Taehyung
Park Jimin dan
Min Yoongi.
Mereka berlima sama seperti Hoseok. Diikat ada tangan dan kaki. Wayar-wayar melekat di seluruh badan mereka untuk sesuatu proses yang akan dilakukan oleh ahli-ahli forensik di sini.
"Two peoples more and we will start the process."
"Kau okay, Namjoon?" Soal Seokjin. Dia juga amat risau jika Namjoon penat akibat mengangkatnya dan terus berlari mencari jalan keluar di sini.
"Aku okay hyung. Jangan risau!" Kata Namjoon dengan agak tenang. Dia terus berjalan dengan keadaan yang tercungap-cungap penat. Dia terpaksa dan tak mahu hadap siksaan ini lagi.
"Carilah jalan keluar. Usaha kau akan gagal dan akan mati di sini jugak." Langkah Namjoon terhenti dan meliar sekeliling. Begitu juga Seokjin yang terkedu dengan suara tadi.
"Boleh tak kalau kau jangan kacau kami lagi! Kami tak kacau hidup kau pun!" Jerit Namjoon. Suara itu tergelak besar menyentakkan Namjoon dan juga Seokjin.
"Kawan kau dah lama mati... jadi kau berdua akan mati jugak!"
"Lepaskan merekalah bodoh!" Seokjin terkedu apabila dia berkata tentang kawan-kawannya telah pun mati. Dia yakin ianya dari proses yang dia pernah hadap. Dia tak boleh biarkan kawan-kawannya!
Tempat ini terlalu besar seperti ada dua dimensi yang mereka langsung tidak tahu. Dia lari dan pengsan. Tidak sangka dia akan ke sini semula. Di tempat gelap seperti neraka dan berjumpa Namjoon.
Dia tidak tahu bagaimana untuk menyelamatkan kawan-kawannya melainkan dia tahu di mana tempat kawan-kawannya berada. Dia tidak tahu. Dia takut. Dia risau.
Bam!
Namjoon terjatuh melutut diikuti Seokjin yang terkejut dan jatuh di belakang Namjoon. Lelaki itu terbaring dan memegang perutnya yang berdarah.
Dia pelik dan bila masa Namjoon ditikam? Malah tiada pisau yang melekat di perut Namjoon. Seokjin makin menggelabah.
"Namjoon bangunlah! Jangan tinggalkan aku!" Jerit Seokjin tetapi tiada sahutan. Kedengaran suara gelak tawa oleh suara itu tadi. Amarah Seokjin membuak-buak. Dia bersumpah akan cari siapa pemilik suara itu.
"Aku dah cakap! Kau dan lelaki itu memang tak akan dapat keluar melainkan kau mati di sini!" Suara itu terlalu tegas dan tekan menyentakkan Seokjin.
"Sial! Baik kau cakap mana semua kawan-kawan aku yang lain?!" Jerit Seokjin dengan air mata yang mengalir perlahan dari tubir matanya. Dia tak tahan dengan apa yang dia hadapi sekarang ini.
"Di belakang kau." Seokjin melihat di belakang. Terdapat lima orang rakannya yang tergantung di tiang berdekatan dengan api yang meruap di bawah kaki mereka. Mereka diikat pada tangan dan kaki.
"Yah lepaskan dia orang!!" Tengking Seokjin. Dia menangis dan menangis melihat rakan-rakannya begitu. Dia tidak sanggup.
"No problem, dear." Suara itu kedengaran agak sinis. Tanpa sedar pandangan mata Seokjin kabur apabila dia terasa suntikan ada lehernya. Terlalu perit dan pedih.
"Tidur dan kejap lagi kita berjumpa."
...
To Be Continued
...Weh korang dah tgk BTS comeback?
Afufufu Ya Ampun semua handsome lelagi Jhopeeeee!! Okay stop melting HAHAHA.
Mehlah update banyak sikit harini. Banyak nak membebel kat korang ni senanya HAHAHAH
YOU ARE READING
[√] Jail Hell : Beginning Of Life.
Mystery / Thriller+ Bangtan. Siapa sahaja yang tidak kenal dengan kumpulan yang digeruni ini? Satu dunia mereka telah jelajahi dan perbuatan buruk mereka juga sudah diketahui. Walaupun telah banyak rekod jenayah yang dilakukan oleh mereka, mereka tidak pernah dita...