Yoongi yang sedang berbaring di atas katil masih gerun dan trauma dengan perkara mengerikan yang dihadapi olehnya. Perkara yang paling kejam yang dia hadapi seorang diri.
Rakan-rakannya sudah puas untuk bertanyakan soalan yang sama padanya tetapi keadaanya tetap sama. Tidak bercakap malah mahu membuka mulut untuk makan pun dia sukar. Keadaannya sekarang agak baik selepas kejadian itu.
Klak!
Pintu dikuak dari luar mengejutkan Yoongi yang sedang mengelamun jauh memandang siling. Tangannya masih terketar dengan peristiwa lalu.
Yoongi memandang di pintu dengan mata yang dikecilkan. Dia fikirkan Seokjin tetapi dari tadi pintu dikuak, tiada seorang pun yang masuk ke dalam biliknya. Yoongi menahan sabar untuk menjerit tetapi ini sudah lebih dari 5 minit menunggu.
Yoongi mengambil keputusan untuk bangun dan mengendap di luar tetapi terputus niatnya kerana dia terlihat lembaga hitam yang sedang menuju ke arahnya.
Lembaga hitam seperti bayang-bayang yang keluar daripada dinding. Muka dan rambutnya juga berwarna hitam. Dia menuju ke arah Yoongi dengan tangannya diangkat untuk mencekik lelaki itu.
Yoongi ke belakang dan takutnya semakin lama semakin menjadi apabila lembaga itu bertukar dari hitam menjadi rupa yang amat mengerikan. Dengan rambutnya yang mengurai ke bawah sehingga mencecah lantai. Matanya terkeluar dari soket sehingga kelihatan urat mata. Pakaiannya seperti gaun putih mengerbang dan kotor.
Degupan jantung Yoongi berdegup dengan laju. Rupanya yang sangat mengerikan itu membuatkan tangisannya tumpah kerana ketakutan. Dia tahu yang dia akan dicekik oleh lembaga tadi.
Dia menutup matanya dan mebiarkan tangisannya tumpah walaupun lebat. Badannya semakin berpeluh dan degupan jantungnya makin laju apabila dia merasakan lembaga tadi semakin dekat dengannya.
"Yoongi!!" Jerit seseorang dengan suara yang normal. Yoongi membuka matanya dan memandang ke arah empunya suara.
Ya dia adalah Seokjin yang sedang duduk di sebelahnya. Di rak sebelahnya pula sudah diletakkan makanan tengah hari untuknya. Yoongi memandang Seokjin sehingga tidak berkelip sebelum dia melilau mencari sesuatu.
"Kau kenapa? Kau nampak aku masuk dalam bilik kau macam kau nampak aku ni hantu mengerikan di hadapan kau sampai menangis bagai." Seokjin memandang Yoongi dengan pelik. Tangannya masih lagi melekat pada bahu Yoongi.
Dia tahu Yoongi terlihat sesuatu yang mengerikan sehingga dia menangis dan keadaanya trauma selepas kejadian itu. Seokjin juga risau dengan keadaan Yoongi yang mungkin akan jadi lebih teruk.
"Aku suapkan kau makan tau." Seokjin mengambil pinggan yang sudah berisi nasi dan lauk. Dia mengambik sedikit dan disuapkan kepada Yoongi.
Yoongi hanya memandangnya kosong. Terdapat rasa risau yang muncul di dalam hati Seokjin.
...
Jungkook keluar dari biliknya dan masuk ke dalam bilik Hoseok. Dia ternampak Hoseok sedang mengemas pakaian untuk hari esok.
Esok adalah hari dimana mereka akan berlepas ke negeri barat untuk tugasan yang terbesar. Mereka amat teruja dan gembira kerana dapat mengikuti peperangan itu. Mereka memang suka jika bab membunuh ini.
"Hyung, bila kita akan berlepas?" Tanya Jungkook tetapi tidak terjawab. Hoseok hanya duduk kaku dan tangannya sibuk melipat pakaian dan diletakkan di dalam beg.
Jungkook dekatkan dirinya pada Hoseok sedikit sebelum bersuara kembali. Rasa ragu-ragu pula untuk dekatkan diri pada hyung yang sedang sibuk itu. Mesti kena marah kalau dikacau.
"Hyung dengar tak apa aku tanya ni?" Tanya Jungkook lagi tetapi keadaan Hoseok masih sama. Rasa geram bertumbuh mekar pada Hoseok.
Dia dengan lajunya berjalan ke arah Hoseok dan memegang bahu Hoseok supaya memandangnya tetapi lain pula jadinya apabila wajah Hosoek tiada langsung mata, hidung dan juga mulut. Wajahnya kosong dan rata.
Wajah Jungkook berubah terkejut dan takut dengan wajah lembaga yang menyerupai Hoseok itu. Lembaga itu merangkah pada Jungkook membuatkan dia terjatuh dan semakin ke belakang.
"K-kau siapa?! Boleh tak kau jangan kacau hidup aku!" Jerit Jungkook dengan agak berani walaupun dia dalam keadaan takut yang teramat.
Pergerakannya terkunci kerana dinding yang menghalang pergerakannya. Terus sahaja dia bangun dan berlari tetapi belum sempat dia keluar, dia berlanggar dengan seseorang.
"Jungkook, kau kenapa?" Tanya seseorang itu. Jungkook memandangnya dengan terkejut dan menoleh semula ke dalam bilik Hoseok tadi. Tiada sesiapapun.
Baju yang dilipat oleh lembaga itu pun tiada termasuklah beg baju berwarna biru gelap tadi. Jungkook juga pelik dengan situasi yang berlaku tadi.
Hoseok juga memandang Jungkook dengan riak wajah pelik. Tangannya dengan perlahan melekap pada bahu Jungkook membuatkan dia teroleh.
"Kau buat apa dekat dalam bilik aku ni?" Tanya Hoseok sekali lagi.
"Er ... Kook cari hyunglah. Dahlah aku nak pergi kemas barang aku." Hoseok hanya mengangguk dan membiarkan Jungkook menuju ke dalam biliknya.
"Dengan siapa Jungkook bercakap tadi?" Tanya Hoseok sendirian sebelum dia mengambil tuala dan berlalu masuk ke dalam tandas.
...
To Be Continued
...
Keputusan ayu untuk Jail Hell harini adalah triple update uwu.
Lol let's to next page! ❤
YOU ARE READING
[√] Jail Hell : Beginning Of Life.
Gizem / Gerilim+ Bangtan. Siapa sahaja yang tidak kenal dengan kumpulan yang digeruni ini? Satu dunia mereka telah jelajahi dan perbuatan buruk mereka juga sudah diketahui. Walaupun telah banyak rekod jenayah yang dilakukan oleh mereka, mereka tidak pernah dita...