Seorang perempuan menolong Namjoon mengelap sikunya yang luka kerana kemalangan kecil tadi.
Nasib baik dia berada di situ pada masa yang sama kalau tidak, arwah sudah Kim Namjoon jawabnya. Sudah ke mana dia kelak? Heh lupakan.
Namjoon melihat sahaja perempuan yang ralit menyapu ubat pada bahagian sikunya yang tercedera. Pandangannya tidak lepas dari meneliti di setiap wajah perempuan itu. Dia tersenyum seketika sebelum mematikan senyumannya.
"Done! Dalam seminggu baiklah ni" kata perempuan itu sebelum melangkah pergi tetapi tangannya ditarik oleh Namjoon membuatkan perempuan itu menoleh memandangnya.
Tajam pandangan perempuan itu memandang Namjoon. Dia memang tidak suka pada lelaki tetapi menolong ... apa salahnya.
"Thanks." Namjoon terkejut lalu melepaskan lengan perempuan itu. Selepas perempuan itu hilang dari radar, tangannya memegang bibir sendiri.
Perkataan yang paling susah untuk disebut oleh orang akhirnya disebut juga ... apabila dia berhadapan dengan perempuan tadi. Selalunya dia orang pertama yang mencabul perempuan itu.
"Apa yang ada dalam fikiran aku sekarang?" Tanya Namjoon sendirian sebelum bangun dari tempat duduknya iaitu di sebuah lorong gelap yang ramai lelaki dadah berada di sini.
Dia membuka langkah keluar dari sana dan serta merta dia teringat akan kisah dia bersama benda yang menjijikkan itu. Serta merta dia berlari dan menahan teksi yang kebetulan lalu di situ.
Jangan tanya pemandu teksi takut ke tidak. Semestinya ya kerana takut dihentam baik punya oleh ketua bangtan ini. Mungkin mood Namjoon terlalu baik hari ini.
...
Park Jimin pov
Aku yang sedang tidur terjaga kerana mimpi buruk yang aku dapat. Ini bukan sekali aku dapat tetapi sudah banyak kali mimpi ini asyik berulang dan firasat aku mengatakan mimpi ini mungkin akan menjadi kenyataan.
Aku betul-betul takut jika semua mimpi itu menjadi kenyataan. Aku tak nak mati dalam umur aku yang masih muda ini. Masih banyak masa yang aku perlukan untuk bergembira.
Jam yang menunjukkan 2:30 petang membuatkan aku terkejut. Terus aku mencapai tuala dan masuk ke dalam tandas.
End Jimin pov
Jimin turun dari biliknya mengikut satu urutan tangga dengan berhati-hati. Nampaknya semua ada di dapur sedang makan tengah hari.
"Eo Jimin ... aku fikir kau dah mampus dalam tidur?" Jimin memandang Yoongi yang sedang makan itu dengan tajam. Ada sahaja yang kena makan dengan Jimin sebentar lagi.
"Dahlah tu bergaduh. Duduk di sebelah Yoongi Jimin lepas itu makan," Jimin tidak menjawab sebaliknya dia akur dan mengambil pinggan yang sudah diisi nasi putih.
"Jimin aku nak tanya sedikit, boleh?" Tanya Taehyung sebaik sahaja dia menghirup jus oren itu. Jimin hanya mengangguk dan menyuapkan kembali nasinya.
"Kau mimpi apa semalam sampai aku dengar bunyi rengekan sakit daripada kau?" Serta merta pandangan semua orang jatuh pada Jimin yang berhenti menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.
Jimin memandang Taehyung dengan pelik.
"Apa yang kau merepek ni, Taehyung?" Tanya Jimin dengan pandangan setajam pisau. Taehyung tidak menjawab sebaliknya dia hanya mengangkat kening sebelah kirinya untuk dapatkan jawapan.
Jimin mengeluh kecil sebelum memberitahu perkara sebenar.
"Aku selalu dapat mimpi yang sama dan mengerikan,"
...
To Be Continued
...
Mian sebab tak update semalam.
Dan maaf sesangat ini adalah last update ayu untuk minggu ini sampailah kerja ayu semua selesai.
Yup I will hiatus for a long time. I hope you will support me till the fanfic finish.
Ayu masih bersekolah jadi faham-fahamlah ya.
YOU ARE READING
[√] Jail Hell : Beginning Of Life.
Misterio / Suspenso+ Bangtan. Siapa sahaja yang tidak kenal dengan kumpulan yang digeruni ini? Satu dunia mereka telah jelajahi dan perbuatan buruk mereka juga sudah diketahui. Walaupun telah banyak rekod jenayah yang dilakukan oleh mereka, mereka tidak pernah dita...