༶ 10 ࿇ Planning ࿇

121 31 64
                                    

Memandangkan mereka bertujuh bercuti dari kerja mereka, Hoseok mengambil kesempatan untuk mereka berkumpul bersama di ruang tamu. Semua teragak-agak apakah yang akan dibincangkan oleh Hoseok pada hari cuti mereka.

Hoseok memandang semua wajah rakan-rakannya yang tampak bosan dan ada juga yang ralit memandang telefonnya. Siapa lagi kalau bukan Kim Namjoon.

Apa yang dilihatnya pun memang sukar ditafsirkan kerana wajahnya seperti tiada perasaan memandang skrin telefon. Mereka tidak kisah kerana memang itu hobi Namjoon ketika bosan walaupun Seokjin suka menyibuk.

Okay berbalik pada cerita.

Hoseok berdehem kecil membuatkan mereka semua memandangnya dengan pandangan kau-nak-apa-setan-?!

Hoseok tergelak kecil dengan pandangan mereka berenam dan sudah menganggak mereka lupa akan hal yang dibincangkan bersama tempoh hari.

"Kau orang memang tak ingat ke apa yang dibincangkan tempoh hari?" Mereka berenam hanya menggeleng malas kecuali Namjoon yang dari tadi memandang telefon bimbit.

Seokjin yang ada di sebelahnya sedang berusaha menyabarkan diri untuk membunuh Namjoon kerana dari tadi terlalu ralit memandang telefon dengan perkara yang dia juga tidak ketahui.

"Woi!" Jerit Seokjin di telinga Namjoon membuatkan lelaki itu terkejut dengan jerkahan Seokjin. Namjoon memandang semua kawannya yang sedang memandangnya.

Dengan perlahan dia off telefonnya dan memandang Hoseok. Dia cuba untuk menahan cebikan malu kerana tadi.

"Tak payah acah coverlinelah sial! Muka kau dah merah dah pun," Yoongi memutarkan biji matanya kerana menyampah dengan dua orang sahabatnya itu yang semestinya akan bergaduh.

"Dahlah buat lawak kat sini. Cerita ni tidak akan habis kalau kau orang berdua bergaduh je lebih." Seokjin dan Namjoon memandang Jungkook yang selamba bercakap begitu pada mereka. Mahu sahaja mereka membaling lelaki yang dianggap cute maknae tetapi sombong itu di loji kumbahan.

"Dahlah wei," Hoseok pula yang sedang menyabarkan diri untuk menyumpah mereka.

"Memang betul ke kau orang memang tak ingat?" Tanya Hoseok lagi membuatkan mereka menggeleng malas sekali lagi.

"Bagitahu sajalah! Aku dah mengantuk ni." Hoseok memutarkan biji matanya di hadapan Yoongi. Dia mengeluarkan secebis kertas seperti pampflet(?)

Dia menunjukkan kertas itu ke arah mereka berenam dan mereka mereka melihat dengan teliti kertas itu tetapi ada seseorang yang melihat kertas itu terlalu lain.

"Oh, kita diajak untuk pergi ke negara barat atas urusan terbesar tu kan?" Agak Jimin dengan agak teruja kerana ini adalah kali pertama dia mengikuti urusan terbesar sebegitu terutama sekali apabila dalam peperangan.

Hoseok hanya mengangguk dan memandang wajah sahabatnya satu persatu sambil tersenyum teruja.

Yoongi yang mendengar-tidak mendengar apa yang dibualkan oleh mereka terasa dirinya berada di awangan. Ya kerana dia berasa lain dengan dirinya setelah melihat kertas yang Hoseok pegang tadi.

Kawannya nampak kertas itu normal tetapi tidak baginya apabila kertas itu seperti kertas yang terlalu lama dan ada tompokan darah di tepi kertas itu tadi. Dan apa yang dia nampak di dalamnya ada sebuah bandar terbesar di dunia terbakar kerana letupan bom yang agak besar menyebabkan bandar itu terbakar dan ramai yang maut dalam nahas itu.

Kertas itu seperti video kerana dia dapat melihat apa yang terjadi dengan jelas. Mereka berlari lintang pukang kerana letupan yang agak dasyat itu seperti hari terakhir dunia.

Ada seorang lelaki yang merangkak tetapi dia merangkak betul-betul di hadapannya. Mata Yoongi membulat dan mukanya menahan geli kerana muka lelaki itu terobek. Tetapi bibir lelaki itu tersenyum sinis ke arah Yoongi.

"Kau juga akan terkena nasib yang sama seperti kami! Kamu yang membuat kami BEGINI!" Yoongi menjerit setelah benda itu juga menjerit padanya tadi.

Dia tidak tahu dimanakah Yoongi berada sekarang. Bukan di rumahnya tetapi seperti bilik gelap yang mempunyai banyak mayat yang sedang merangkak ke arahnya.

Yoongi kebelakang dan sedaya upaya untuk menahan tangis. Dia seorang diri kerana ketakutan dan mayat yang ada di hadapannya ini adalah lelaki yang sama menjerit padanya tadi.

Pergerakan Yoongi terkunci kerana dinding yang ada di belakang. Dia mahu bangun tetapi kakinya tidak boleh digerakkan.

"Tolong pergi!" Jerit Yoongi pada mayat itu tetapi diendahkan seperti mereka tidak faham bahasanya.

"Matilah kau di sini!" Jerkahan itu membuatkan Yoongi perlahan ke belakang. Mata Yoongi membulat kerana ada mayat perempuan sedang mengengam kuat bahunya.

"Pergilah!!" Jerit Yoongi lagi. Dia ingin pergi tetapi badannya terkunci seperti ada yang memegang badannya. Kakinya juga sudah dipegang oleh mayat tersebut.

"Kami tak akan lepaskan kau jika kau tidak merasakan apa yang aku rasakan." Perlahan-lahan mulut Yoongi dirobekkan membuatkan dia meronta untuk dilepaskan.

"Yoongi!!"

...

To Be Continued

...

Dah nampak kan apa yang berlaku nanti?

Muahaha kita bagi Yoongi kena sikit dulu pastu banyak okay.

Ayu memang psycho pun muahahaha.

[√] Jail Hell : Beginning Of Life.Where stories live. Discover now