Seokjin berjalan tanpa henti. Dunia ini seperti tiada penghujung. Langsung tiada jalan keluar. Dia mahu berjumpa dengan rakan-rakannya tetapi dia sendiri pun tidak tahu dimanakah mereka semua.
Dia berhenti dan bersandar di dinding. Matanya dikatup rapat untuk menenangkan fikirannya tetapi dunia ini seperti memgusutkan kepalanya. Tiada tenpat untuk mereka berehat malahan diseksa setiap hari.
Air matanya mengalir secara tiba-tiba. Dengan ini sahajalah dia meluahkan sakitnya tanpa memberitahu sesiapa. Dia penat dan lelah untuk semua ini. Dia menyesal.
"Tolong keluarkan aku dari sini. Aku minta maaf. Aku tak patut berlaku kejam pada manusia seperti sebelum ini. Aku penat. Tolong jangan seksa aku macam ni." Teresak-esak Seokjin menangis apabila meluahkan semua yang terpendam.
"Maaf? Manusia macam kau... layak ke untuk kami maafkan?" Soal sesuatu. Seokjin tersentak apabila makhluk itu muncul di hadapannya. Dengan pakaiannya yang lusuh dan bertompokan darah merah. Rambutnya yang kusut mengurai ke hadapannya.
Seokjin ingin lari daripada situ tetapi tia tahu semuanya hanya sia-sia. Dirinya terlalu lemah. Dia perlukan seseorang.
Makhluk itu dengan perlahan berjalan ke hadapan. Seokjin hanya duduk di situ tanpa berbuat apa. Dia terima sahaja apa yang akan jadi padanya. Dia hanya melihat pergerakan makhluk itu sehingga mereka terlalu dekat. Kepala Seokjin menunduk ke bawah. Tidak berani untuk melihat.
"Apa maksud kau dengan maaf?"
"Kau tak layak untuk dimaafkan."
"Kau manusia yang jijik, manusia!"
Seokjin mengemam bibirnya. Kedua-dua belah telingap ditutup supaya tidak mendengar kata-kata sinis dari makhluk-makhluk di hadapannya. Air matanya mengalir sekali lagi. Dirinya juga jatuh terduduk dan tidak bermaya lagi.
"PERGI!!"
Hoseok seperti tidak senang duduk. Kepalanya berpusing sentiasa meliar mencari Seokjin. Mereka sudah berjalan sehingga ke tempat yang sunyi dan gelap. Mereka pasti ada terowong di situ.
"Aku yakin ada terowong di sana." Ujar Yoora. Mereka semua mengangguk setuju lalu berjalan sehingga penghujung tetapi langsung tiada penghujung.
Mereka juga sudah termakan dengan harapan palsu. Tiada langsung terowong atau pintu di sini. Mereka mengeluh berat. Risau mereka terhadap Seokjin makin menebal. Seperti ada yang tidak kena pada Seokjin.
"Mana kita nak cari, Seokjin hyung? Dia macam sudah disorokkan aje." Ujar Taehyung. Mereka tidak menjawab sebaliknya mereka mengeluh berat. Sudah beberapa lama mereka tidak menjumpai Seokjin sejak pesawat mereka terhempas.
"Aku tak tahulah, Taehyung. Mungkin dia dah ma---"
"----Yah Surin! Jangan kata bukan-bukan pada Seokjin hyunglah." Teriak Jungkook membuatkan semua tersentak. Surin juga terkejut dengan teriakan Jungkook. Mereka langsung tidak bercakap selepas itu sehingga mereka terdengar suara esakan kecil Jungkook.
"Jungkook... uljima." Pujuk Jimin. Dia memeluk Jungkook untuk menenagkannya. Tidak pernah-pernah lagi mereka lihat Jungkook menangis. "Kita cari Seokjin hyung sama-sama okay."
Jungkook hanya mengangguk lalu mengesat air matanya. Mereka teruskan berjalan walaupun masih tiada penghujung.
"PERGI!!"
Langkah mereka terhenti.
...
To Be Continued
...Erm baik tak payah buat applyfic kalau appliers sendiri pun tak baca. Okaylah. Kita munculkan watak yang selalu active ajelah.
Bangtan with Seokjin
Or
Still Seokjin alone without Bangtan?
YOU ARE READING
[√] Jail Hell : Beginning Of Life.
Mystery / Thriller+ Bangtan. Siapa sahaja yang tidak kenal dengan kumpulan yang digeruni ini? Satu dunia mereka telah jelajahi dan perbuatan buruk mereka juga sudah diketahui. Walaupun telah banyak rekod jenayah yang dilakukan oleh mereka, mereka tidak pernah dita...