Park Surin memandang ke arah Jungkook. Dia terlalu fokus ke hadapan sambil mengangkat Seokjin yang masih lagi tidak sedarkan diri itu. Keadaannya masih sama. Wajahnya pucat kebiruan sehingga sekarang.
Surin terasa ada sesuatu mengikut mereka daripada belakang. Dia teragak-agak untuk memandang ke belakang untuk melihat sesuatu itu. Dia memandang Jungkook. Lelaki itu seperti tiada rasa apa-apa.
Dia memandang ke belakang. Kelihatan lembaga hitam seperti bayang-bayang sedang mengikutinya. Wajahnya tidak kelihatan tetapi matanya berwarna merah likat. Mulut Surin seakan terkunci.
Dia memandang ke hadapan semula. Pandangannya fokus di hadapan. Apa yang dilihatnya cuba dilupakan. Dia terlalu takut buat sementara ini. Surin terfikir sejenak. Kenapa ia memandang Seokjin seperti mahukan sesuatu? Soal Surin di dalam hati.
Pandangannya dialihkan pada Jungkook. Surin terjerit nyaring apabila wajah Jungkook hitam dan hangus. Matanya merah menyala memandang Surin. Dia menghempaskan Seokjin di lantai lalu menghempap badan lelaki itu.
Surin semakin ke belakang. Jungkook mengangkat tangannya ke leher Seokjin untuk dicekik. Dia memandang Surin dengan penuh amarah.
"Siapa kau?! Jangan kau kacau dia!" Jerit Surin. Badannya menggigil melihat Jungkook. Dia yakin itu bukan Jungkook tetapi sesuatu.
"Kau orang tak akan terlepas daripada aku! Manusia seperti kamu semua layak mendapat balasan setimpal seperti lelaki durjana ini!" Jerit lembaga itu. Dia mencekik Seokjin sehingga wajahnya bertukar biru kebiruan.
"Lepaskan dia!!" Tengking Surin sambil menutup mata. Dia tidak sanggup melihat kejadian mengerikan di hadapannya ini.
"Hey, kau kenapa?" Surin terasa ada tangan memegang bahunya. Perlahan-lahan dia membuka mata. Kelihatan Jungkook sedang memandangnya risau. Surin memandang ke belakang. Seokjin juga sudah terbaring di situ.
"Aku rasa tak sedap hati. Ada sesuatu yang nak ambil Seokjin." Terang Surin. Dia sudah dapat agak lembaga itu seperti mahukan Seokjin. Tetapi untuk apa? Itu yang berlegar dalam kepala Surin.
"Apa kau merepek ni?" Soal Jungkook. Surin hanya membisukan diri sebelum dia tersedar ada sesuatu yang hilang.
"Jap, mana Naerin?" Soal Surin. Jungkook meliar sekeliling. Dia juga baru perasan Naerin tiada bersama mereka berdua sejak tadi.
"Jungkook, Seokjin hilang!"
Namjoon terasa lelah kerana berjalan terlalu lama. Dia mengambil keputusan untuk duduk di situ sementara. Jessica pun turut mengambil tempat duduk di hadapan Namjoon.
"Kau... tak rasa pelik ke?" Soal Jessica pada Namjoon. Lelaki itu memandang Jessica seperti kurang mengerit apa yang disoal oleh Jessica itu.
"Apa... maksud kau?" Soal Namjoon pula.
"Yalah. Pesawat kita terhempas sampaikan boleh bawa mati. Tapi kau tak rasa ke kenapa kita di sini? Macam ada sesuatu yang dirancang. Dan aku masih tak pasti kita masih hidup atau mati." Terang Jessica dengan bersungguh-sunguh.
Namjoon tidak tahu untuk menjawab apa. Seperti apa yang dikatakan oleh Jessica itu benar. Dunia ini seperti sesuatu dirancang. Dia yakin mereka berada di tempat lain tetapi bukan dunia ini.
"Maksud kau... dunia ini macam mimpi?" Jessica mengangguk.
"Tapi aku masih tak sure." Jawab Jessica pula. Namjoon mendiamkan diri. Otaknya ligat mencari kebenaran yang tersembunyi. Tapi dia sendiri pun tidak tahu siapa dalangnya.
"Namjoon hyung!!" Jerit seseorang. Namjoon menoleh ke arah empunya suara. Dia terlihat dua susuk tubuh yang sedang berlari ke arahnya. Dia seperti kenal lelaki yang sedang berlari itu.
"Jungkook,"
"Hyung!" Jungkook segera berlari ke arah Namjoon lantas memeluknya. Kedengaran suara esakan pada lelaki itu. Jessica dan Surin hanya melihat adegan dua orang sahabat ini.
"Waeyo Jungkook?" Soal Namjoon. Wajahnya jelas terpapar riak cemas. Jungkook tidak berhenti mengesat matanya yang penuh dengan air mata yang berterusan mengalir.
"Seokjin hyung hilang." Membuntang mata Namjoon mendengar apa yang diperkatakan oleh Jungkook. Dia juga masih tidak faham apa yang berlaku.
"Namjoon!!" Jerit dua orang lagi. Kelihatan Yoongi, Hoseok, Aeden, Yoora dan Evilyn berlari ke arahnya.
"Hyung, Hoseok-shi!" Namjoon teruja apabila ramai sudah berjumpa. Kali ini mereka perlu mencari Taehyung, Jimin dan Seokjin.
Mereka semua tersenyum. Tapi senyuman mereka mati apabila melihat Jungkook menangis tidak berhenti. Bermacam-macam soalan berlegar di dalam fikiran mereka.
"Kau kenapa menangis, Kook?" Soal Hoseok tetapi tidak berjawab.
"Aku rasa kita kena pergi cari Jimin dan Taehyung dulu. Jom!" Arah Namjoon. Mereka masih tidak berganjak menyebabkan Namjoon pelik.
"Seokjin hyung macam mana pulak?" Soal Yoongi. Namjoon menggigit bibirnya. Pada waktu beginilah stresnya akan datang menghurung dirinya.
"Nanti Jungkook akan cerita semuanya. Dah jomlah!" Arah Namjoon. Mereka hanya akur dan berlari untuk mencari Jimin dan Taehyung.
Pak!! Meja dihentak oleh seseorang. Naerin tersentak apabila lelaki itu menghentak mejanya dengan kuat seperti meluahkan perasaan amarahnya.
Naerin memandang lelaki itu dengan perasaan bercampur baur. Marah dan benci pada lelaki itu tetapi apa boleh dia lakukan. Dia hanyalah seorang hamba pada lelaki itu.
"Kau tahu tak kita sekarang dah kesuntukan masa. Kalau mereka semua sedar sebelum ujian kita dilakukan, nahaslah kita. Ini ujian terakhir kita kot!" Lelaki itu meramas rambutnya sehingga kusut. Dia terlalu serabut memikirkan apa yang dia perlu lakukan.
"Aku tak tahulah. Mereka terlalu pandai untuk keluar dari selekoh bahaya kita. Kau nak buat apa?" Soal Naerin pada lelaki itu. Dalam hatinya berasa sebersalah.
"Kita gunakan lelaki lemah untuk umpan dia. Kau tau kan apa maksud aku?" Lelaki itu tersenyum sinis memandang Naerin. Perempuan itu pula memandang lelaki itu dengan rasa bercampur baur. Dia terpaksa.
Maafkan aku, Seokjin.
...
To Be Continued
...Okay jemput baca.
Jangan migrain sudah ah HAHAHAH.
Ku terkilan jugalah. Ada appliersnya buka wattpad tapi tak menjenguk applyfic ni.
Nak marah tak boleh jugak :(
YOU ARE READING
[√] Jail Hell : Beginning Of Life.
Mystery / Thriller+ Bangtan. Siapa sahaja yang tidak kenal dengan kumpulan yang digeruni ini? Satu dunia mereka telah jelajahi dan perbuatan buruk mereka juga sudah diketahui. Walaupun telah banyak rekod jenayah yang dilakukan oleh mereka, mereka tidak pernah dita...