Prolog-KMK

89.5K 930 29
                                    


Taman ini.. Ia dipenuhi dengan pelbagai jenis tanaman bunga. Bunga-bungaan ini adalah bunga kesayangan Kylia yang telah di beri amanat oleh Tuan Rodrigaz untuk di jaga setiap hari. Sejak cuti semester lagi, Kylia akan meluangkan masa sekurang-kurangnya satu jam tak kira pada waktu pagi atau petang untuk menguruskan tanaman bunga yang berada di villa ini.

"Oh bunga mawar, kau sangat bertuah mendapat penjaga seperti aku... Almaklumlah sebab aku ni sayang sangat dengan kau. Hari-hari aku bagi kau makan, aku bagi kau minum. Bahkan sebelum aku makan, kau dah aku bagi makan." Kylia tersenyum sambil berkata pada bunga mawar jagaannya itu. Sesekali dia mencium bunga mawar yang ada di tangannya itu. Bunga Mawar yang tidak boleh berkata-kata tapi dapat menenangkan dan menggembirakan buat siapa yang menatapnya

Reni yang melihat anaknya sedang berkata-kata dengan bunga hanya mampu menggeleng kepala dan seraya bersuara.

"Lia, apa yang di buatnya tu." Reni, ibu kepada Kylia melihat anaknya yang sedang memegang bunga mawar merah.

Bunga mawar dapat tumbuh dengan subur kerana keadaan cuaca di pergunungan ini lembab dan sentiasa sejuk. Walaupun matahari memancar di atas kepala masih terasa kedinginnya. Untunglah tidak berlaku banyak perubahan di Pergunungan dari dulu lagi. Kawasan Pergunungan ini yang di jadikan kawasan ladang-ladang bagi pelbagai tanaman yang memerlukan udara yang dingin.

"Ibu! Macam biasalah bu, jaga buah hati kesayangan Lia ni," bersungguh-sungguh Kylia menunjuk bunga mawar yang di pegangnya. Dia berhati-hati dengan duri yang berada di tangkai bunga mawar itu.

"Sudahlah tu Kylia, masuk cepat. Ibu dah masak sarapan pagi ni, dah pukul sepuluh setengah pagi dah pun," dah hampir dua jam anaknya di taman itu kebiasaannya tak adalah selama ini jika anaknya berada di taman itu.

"Sekejap bu, nak kemas barang-barang ni. Ibu masuk lah dulu, nanti Kylia menyusul ya." Kylia menepuk tangannya yang dipenuhi tanah, Kylia melihat ibunya yang sudah berdiri di sisinya itu.

Reni menggeleng kepala dan tersenyum. Dia sudah lama tahu yang anaknya itu suka benar berada lama di taman milik Tuan Rodrigaz ini. Pepohon dan bungaan yang subur itu pun adalah hasil titik peluh anaknya itu merawat dan menjaganya, nak harapkan dirinya tak akan sesubur ini taman milik majikannya itu.

"Ya lah, nanti sebelum sarapan mandi dulu ya. Kylia dah bau busuk peluh pun, masyamm. lagipun Ibu nak ke pasar dekat tanah rata, nak beli barang dapur . Kylia teman ibu ya?"

"Ibu! Mana ada Kylia masyamm" Kylia pura-pura merajuk dengan usikan ibunya itu. Dia tersenyum.

Dirinya sangat beruntung kerana mempunyai ibu yang sentiasa berkerja keras demi membiaya kos pembelajarannya. Walaupun keluarganya miskin tapi ibunya tetap ingin dirinya melanjutkan pelajaran lebih tinggi, sama seperti anak orang lain. Dia mahu anaknya ini berjaya dalam hidup dan tak menjalani kehidupan sama seperti dirinya. Terngiang-ngiang nasihat ibunya sewaktu dia masih lagi kanak-kanak.

"Kylia, kita ni orang susah, ibu tak mahu anak ibu juga mengikut jejak langkah ibu yang susah ni. Ibu nak Kylia berjaya, belajar elok-elok ya nak?" Kylia masih kanak-kanak lagi, matanya yang bulat menatap senyuman yang di beri ibunya itu. Dia turut membalas senyuman ibunya itu. Dia memeluk tubuh ibunya dan di beri kucupan penuh saying di pipi ibu nya itu.

Ah, jauh betul mengelamun dirinya ini. Kylia sayang sangat kepada ibunya, ini kerana ibunya tahu akan kelebihan orang berilmu. Orang berilmu disanjungi orang tetapi dia haruslah merendah diri dan tidak sombong dengan ilmunya. Ilmunya harus di bahagi kepada orang lain barulah orang akan hormati dan sanjungi kita.

"Jangan kedekut ilmu nak, selalu memberi dan berkongsi ilmu dengan orang lain, ingat pesanan ibu ya Kylia, walaupun dah berjaya"

Itulah yang ibunya pesan selama ini dan disebabkan itulah dirinya selalu menjadi rujukan para temannya di universiti. Begitu juga dirinya yang tak pernah segan untuk bertanya dengan orang tentang perkara yang tidak di fahaminya.

Walau bagaimana pun, Kylia masih turut membantu ibunya menambah pendapatan dengan menjadi pembantu separuh masa untuk menanggung pembiayaannya untuk melanjutkan pelajaran. Selepas selesai sekolah menengah dahulu dan sehingga sekarang dia masih melakukan pekerjaan ini. Cita-citanya ingin menjadi penyelidik bagi tanaman terutamanya berkaitan bunga-bungaan harus dia capai. Dia ingin membuka perniagaan bagi tanamannya sendiri di pergunungan ini.

Mempunyai ladang yang berekar-ekar luasnya dan mengeksport tanamannya itu ke luar negara. Besar cita-citanya itu. Ah, jika hanya memikirkan cita-citanya itu, dia tak akan kemana tanpa usaha, akan dia pastikan cita-citanya itu dapat di capai.

Pekakas-pekakas bagi tanaman di kumpul dan di bawa ke bilik stor yang berada di belakang villa ini. Stor itu sunyi, selalu Kylia merasa ketakutan untuk pergi ke kawasan itu tetapi dia tidak boleh merungut kerana memang di situ semua pekakas di simpan. Kylia melangkah dengan langkah kaki yang laju, dia segera membuka pintu stor tersebut dan menyimpan pekakas tersebut.

Setelah selesai menyimpan dan menutup kembali pintu stor tersebut, tiba-tiba telinganya dapat menangkap bunyi derapan kaki orang berjalan di taman itu. Ya! Dia pasti itu bunyi derapan kaki orang. Kylia memberanikan diri melihat ke dalam hutan buatan yang di tanam oleh Tuan Rodrigaz, matanya besar, kecil, besar, kecil melihat ke dalam hutan yang sedikit gelap. Mana tahu ada orang sedang mengintip dari sana tetapi dia tidak melihat sesiapa pun di sana. Ah! mesti itu khayalannya sahaja.

Kylia meneruskan langkah kakinya kembali dan sekali lagi dia dapat mendengar bunyi derapan kaki. Kini dia pasti ada orang lain di taman ini. Dia cuba memberanikan diri menyoal kepada angin yang berhembus.

"Siapa?" Kylia memandang di sekeliling taman di villa itu. Suasana yang senyap menenangkan tapi ia juga boleh menjadi suasana yang mengerikan.

Tiba-tiba suara jeritan Kylia bergema satu taman. "Diam, ini aku, kau kenal kan?" Sepasang mata itu menilik sosok tubuh kecil itu.

Mulutnya di tekup supaya Kylia tidak terus menjerit.


Kau Milik Ku (✔)  By AnaaWhere stories live. Discover now