Bab 12
Tinggal baki lagi seminggu majlis perkahwinan antara Kylia dan Daniel akan di adakan, semua persediaan telah di siapkan dan Daniel akan membawa Kylia balik ke pergunungan.
Dia ingin memberitahu berita perkahwinan ini kepada Tuan Rodrigaz dan Reni tetapi Kylia takut ingin menemui mereka. Takut dengan penerimaan ibunya. Takut dengan penerimaan Tuan Rodrigaz.
Bilik Kylia yang di buka dari luar mengejutkannya dari lamunan yang panjang.
"Lia, kau tak masak makanan tengahari ke?" Daniel muncul dengan muka dinginnya.
Kylia bangkit dari pembaringannya, dia ingatkan nak masak tengahari tadi tapi tidak sempat nak masak kerana secara tiba-tiba dia berasa pening, terasa mual dan ingin muntah, mungkin perutnya masuk angin, almaklumlah dia tidak makan sebarang makanan sejak pagi tadi. Bukan apa perutnya tidak merasa lapar pula.
Kylia melihat jam yang tergantung di dinding, sudah pukul 1.30 petang dah.
Wajah Daniel di pandang sepi.
"Aku pening, rasa nak muntah. Kau pergilah makan dekat luar, biasa pun bukan nya kau datang makan tengahari di rumah kan? Kenapa tiba-tiba hari ni balik pula?" balas perlahan Kylia.
"Eh Lia, suka hati akulah nak balik makan ke tak, ini rumah aku dan aku nak ingatkan yang kau tu masih orang gaji aku jadi aku nak kau pergi masak sekarang! Aku lapar ni" Daniel sudah membentak dan menarik rambut Kylia.
Kylia mengaduh kesakitan, sakit di kepala dan juga di hati dengan ayat yang di lontarkan Daniel. Air matanya bila-bila masa sahaja akan gugur.
Entah kenapa tiba-tiba emosinya terusik dengan perlakuan dan percakapan Daniel, sedangkan dirinya sudah berjanji tak akan lemah lagi kerana tak lama lagi dia akan bebas dari Daniel
Tak mahu Daniel terus menyakitinya dan air matanya gugur di hadapan Daniel, Kylia menepis tangan Daniel yang sedang memegang rambutnya itu dan bingkas turun dari katil tapi dalam pergerakan yang perlahan.
Kylia sudah tidak kisah lagi dengan kewujudan Daniel, sejak 3 minggu lepas, dia banyak berkurung di dalam bilik dan Daniel juga kerap balik lewat dalam keadaan mabuk. Pasti sedang berseronok dengan Talia lah tu.
Urusan perkahwinan semuanya telah di uruskan oleh Daniel dan Kylia hanya menyelesaikan pemilihan baju pengantin bersama Desi tempoh hari sahaja.
Kylia melihat apa yang ada di dalam dapur, nampaknya dia hanya dapat menyediakan spaghetti sahaja, barang dapur semuannya sudah hampir habis.
Tak sampai satu jam hidangan spaghetti telah siap di hidangkan, Kylia membahagi kepada tiga porsi, untuk Daniel, Bagas dan juga dirinya. Dia terasa tidak sabar untuk menjamah spaghetti buatannya itu, rasa mualnya makin menghilang di ganti dengan keinginan menjamah spaghettinya itu.
Dia meletakkan satu pinggan di meja makan buat Daniel dan pinggan buatnya di bawa ke hadapan tv, dia tak ingin makan bersama Daniel, lebih baik dia mencari siaran yang menarik sambil menikmati spaghetti nya.
*********
Loceng rumah berbunyi menghentikan perbuata Kylia yang ingin menyuap spaghetti yang tinggal berbaki sedikit ke dalam mulutnya.
Siapalah yang datang ke banglo Daniel ini, dia ingin bangun untuk melihat gerangan siapa yang datang tetapi telah di dahului Daniel.
Tidak lama kemudian Daniel masuk dan di tangannya ada sebuah kotak kecil. Dia memandang Kylia, Kylia yang tidak mengambil tahu meneruskan suapan terakhirnya itu. Di mengambil jus apple yang ada di meja kecil hadapannya.
YOU ARE READING
Kau Milik Ku (✔) By Anaa
RomanceKylia tak menyangka yang hidupnya akan begini. Daniel ingin menuntut apa yang sepatutnya menjadi miliknya. ******** Kylia meneruskan langkah kakinya kembali dan sekali lagi dia dapat mendengar bunyi derapan kaki. Kini dia pasti ada orang lain di tam...