Bab 19 - KMK

30.4K 785 56
                                    

Seperti yang di janjikan.

Tekan vote sebelum terlupa ya sayang 😉

****************

Bab 19

Kylia melangkah menyusuri jalan-jalan yang di penuhi bangunan berwarna coklat di kiri dan kanan jalan.

Dia berjalan kaki ke tempat kerjanya yang tidak sampai 2 kilometer dari rumah Mummy Sarah menggunakan jalan pintas yang di ketahui. Kawasan itu sunyi kerana tak ramai yang mengetahui jalan pintas ini.

Angin semilir yang bertiup sangat nyaman, sekarang musim luruh dan dalam masa satu bulan lagi akan musim sejuk pula dan angin bertiup membawa angin sejuk kerana Rougon juga adalah salah satu penempatan di atas pergunungan.

Angin sejuk ini membuatkan Kylia terimbau kenangan di pergunungan. Apa agaknya yang telah berubah di sana dan apa agaknya khabar ibunya? Mesti ibunya rindukan dirinya ini juga sama seperti Kylia merindui ibunya. Dah lima tahun mereka terpisah tanpa rela.

Selalu juga Kylia menangis di malam hari bila rasa rindu itu tidak dapat di bendung lagi, dia tiada potret untuk di lihat, tiada barang untuk di pegang, yang ada hanyalah ingatannya yang tak akan pernah pudar. Mummy Sarah tak mengetahui perkara ini, Kylia tak mahu membuat Mummy Sarah khuatir.

Pintu masuk Restoren La Mémoir makin kelihatan, Kylia mempercepatkan langkahnya, kunci yang berada di dalam beg di keluarkan. Seseorang menepuk bahu Kylia, hampir sahaja nak terjatuh kunci yang baru di keluarkan.

"Fabrice, terkejut saya, nasib tak terkeluar jantung dalam badan saya," Kylia mengusap-usap dadanya, Fabrice sudah ketawa.

"Sorry.. Sorry Jenny, saya panggil awak dari tadi tapi awak tak dengar pun, jadi saya tepuklah bahu awak. Berangan ya.." Fabrice mengusik Kylia.

"Mana ada berangan... Saya nak cepat sahaja, kan dah lambat. Nanti boss saya marah," ucap Kylia juga turut tersenyum.

"Haih, siapalah boss awak tu yang sanggup marah pekerja yang baik macam awak ni." Fabrice sudah berjalan di sebelah Kylia.

"Hmmm. Entahlah rasanya nama dia Alex Fabrice." Kylia mengetuk dagunya dan memandang Fabrice di sebelah.

"Amboi.. Amboi... mengata boss ya..." Fabrice sudah menarik hidung Kylia.

"Fabrice.. apa ni, sakit tau." Kylia pura-pura merajuk dan berhenti di hadapan pintu Restoran La Mémoir. Tangannya laju membuka kunci.

Fabrice turun masuk ke dalam Restoran La Mèmoir, ya restoran ini milik Alex Fabrice, lelaki yang mengejutkan Kylia tadi, dia seorang pemilik restoran yang baik hati. Kylia baru bekerja di sini tiga tahun yang lepas.

Restoran yang mempunyai 2 tingkat, hiasan dalamannya semua bertemakan Perancis, lukisan di dinding adalah lukidan dari pelukis terkenal, salah satunya dari Edgar Degaz. Kayu dari jenis verawood di ukir dan di jadikan kerusi dan meja untuk para customer.

Di restoran ini ada menyediakan makanan authentic Perancis dan paling pelanggan gemari adalah dessert yang di jual di restoran ini. Macaroon, Creme Brulee, Tarte Tatin, Souffle, Savarin serta banyak lagi dessert di sediakan chef, fresh from oven katanya.

Menu-menu lazat juga menambah mata buat Restoran Le Mémoir terus di minati dan di kunjungi oleh peminatnya, apatah lagi kedudukannya yang startegik. Restoren yang berhadapan dengan resort membuatkan ia terus maju dan kukuh di kalangan restoran-restoran yang ada di sekelilingnya.

Ia mempunyai dua orang chef untuk memasak menu authentic Perancis, seorang chef untuk bahagian dessert dan tiga orang pembantu dapur. Oh, buat pelayannya, restoran ini mempunyai lima orang pelayan, salah satunya adalah Kylia sendiri dan seorang lagi menjaga mesin wang.

Kau Milik Ku (✔)  By AnaaWhere stories live. Discover now