Siapa di belakangnya? Degupan jantung Kylia bergerak dengan laju, dia bimbangkan jikalau orang di belakangnya adalah penjenayah yang berjaya menyelinap masuk ke dalam kawasan villa ini.
Kylia tidak tahu siapa yang berada di belakangnya tapi dia pasti bahawa ianya adalah seorang lelaki kerana tangan lelaki itu yang besar dan kasar sedang menekup mulutnya. Dia di tarik masuk ke dalam stor, dia meronta-ronta ingin melepaskan diri tapi pelukan lelaki itu terlalu kuat.
Hampir Kylia menangis akan kelemahan dirinya. Otaknya sudah mula berfikir tentang segala kemungkinan buruk yang akan terjadi pada dirinya. Bagaimana dengan ibunya kalau terjadi sesuatu perkara yang buruk padanya?
Tubuhnya di pusing oleh lelaki itu, tangannya masih menekup mulut Kylia dari mengeluarkan suara. Sekarang lelaki itu dan Kylia saling berhadapan, menatap muka antara sesama mereka, Kylia terpana.
Mata Kylia tidak berkelip melihat lelaki yang masih memeluk dirinya itu. Indahnya ciptaan tuhan! Lelaki itu dirasakan cukup sempurna sifatnya. Mata yang hitam pekat merenungnya, hidung mancung mencantikkan struktur wajahnya, bibir yang penuh ranum dan tubuh badan yang kekar. Dirinya sangat beruntung kerana di ciptakan seindah ini oleh tuhan.
"Siapa kau? Tolonglah jangan mengapa-apakan aku. " Kylia bersuara selepas mulutnya yang di tutup oleh lelaki tersebut di lepaskan. Dia masih mencuba untuk meleraikan pelukan lelaki tersebut tetapi tak berhasil dan entah mengapa walau dia di peluk tanpa kerelaan hatinya tetapi hatinya sudah tidak merasa sedikit pun takut pada lelaki asing di hadapannya. Perasaan takutnya tadi terus menghilang serta merta apabila menatap wajah lelaki di hadapannya itu.
Hatinya seakan sudah lama mengenali lelaki di hadapannya ini tetapi mereka baru bertemu pertama kali pada hari ini.
"Kau tak kenal aku?" Si lelaki tersenyum tapi dalam bentuk senyuman yang sinis, tampak arrogant sekali. Dahi Kylia berkerut.
'Siapa? Aku tak pernah kenal pun dengan lelaki ni. Tiba-tiba tanya pulak' hatinya berbisik.
"Siapa kau? Lepaskanlah aku. Sebelum aku menjerit minta tolong, lebih baik kau lepaskan aku cepat!" Kylia memberi amaran. Suka-suka hati sahaja peluk orang.
Lelaki itu masih tersenyum. Tidak mengendahkan amaran Kylia.
'Memang lelaki yang handsome mukanya akan selalu tampak angkuh walaupun dalam senyuman, ke memang aku tengok dia ni muka berlagak?'
Lelaki itu merapati wajahnya pada Kylia dan Kylia menutup matanya kerana takut di apa-apakan. Tidak lama kemudian terasa bibir dan kelopak mata Kylia di kecup serta lelaki itu melepaskan pelukannya pada Kylia.
Kylia terpana, dia terus membuka matanya dan memberi tatapan tajam pada lelaki yang berada di hadapannya itu, berani sungguh lelaki tersebut berbuat demikian padanya tetapi belum sempat untuk Kylia memarahinya, dia sudah hilang dibalik pepohon yang ada di taman ini.
Ah, kepalanya pening, siapa lelaki misteri itu. Degupan jantungnya yang berdegup laju tadi sudah kembali ke asalnya. Siapa lelaki itu?
**********
Terasa segar sungguh badan Kylia selepas mandi, kini perut pula berkeroncong meminta tuannya mengisikan makanan untuknya. Di ambilnya t-shirt hitam di dalam almari dan dipadankan dengan jean berwarna biru cair. Rambut yang basah di lap dengan tuala.
"Siapa lelaki misteri tu, seram betul. Berani-beraninya dia menceroboh ke dalam villa Tuan Rodrigaz. Villa ni kan ada pengawal, macam mana boleh terlepas dari kawalan pengawal, Pak Mat ni tidur lagilah tu dekat pondok" Kejadian tadi masih tidak dapat di lupakan oleh Kylia. Bibirnya yang di kecup oleh lelaki tadi di sentuh perlahan, matanya juga di usap perlahan. Masih terasa lembutnya bibir lelaki itu.
YOU ARE READING
Kau Milik Ku (✔) By Anaa
عاطفيةKylia tak menyangka yang hidupnya akan begini. Daniel ingin menuntut apa yang sepatutnya menjadi miliknya. ******** Kylia meneruskan langkah kakinya kembali dan sekali lagi dia dapat mendengar bunyi derapan kaki. Kini dia pasti ada orang lain di tam...