Bab 14 - KMK

33.8K 567 23
                                    

BAB 14

Kylia POV

"Tahniah Kylia, awak mengandung," Bagaikan petir menyambar apabila Doktor Laurel memberitahu berita itu.

Sekali lagi aku melepaskan keluhan apabila mengingati kejadian semalam. Hari ini aku harus mendapatkan kebenaran dari Daniel untuk keluar tapi bagaimana? Sedangkan cadangan Daniel untuk balik ke pergunungan juga terpaksa di tangguhkan kerana keadaan aku yang tidak berapa sihat.

Aku keluar dari bilik dan melangkah turun ke bawah dan melihat Mak Swi sedang menghidang makanan untuk Daniel.

"Selamat pagi.. Maaf Mak Swi sebab tak turun tolong sediakan sarapan pagi ni," Mak Swi yang sedang menyusun pinggan di meja makan mengangkat mukanya dan tersenyum padaku.

"Selamat pagi cik Kylia, tak mengapa, Kan cik Kylia sakit, macam mana nak tolong Mak Swi, ni kenapa cik Kylia turun? Lapar ke? Mak Swi ingatkan nak hantar makanan ke atas sekejap lagi." Bertalu-talu pertanyaan Mak Swi, ia membuatkan ku geli hati tapi panggilannya tu aku tak berapa suka.

"Apa Mak Swi ni, kan Lia dah cakap semalam, panggil Lia sahaja. Lagi satu Lia dah sihatlah, jadi Lia turunlah bawah. Ingatkan nak tolong Mak Swi tapi dah terlambat sebab semua dah terhidang," aku memandang penuh kasih Mak Swi.

"Maafkan Mak Swi lah Lia, Tuan Daniel suruh panggil Lia dengan panggilan macam tu, lagi pun nanti Lia pun nak kahwin dengan Tuan Daniel dah kan, jadi Mak Swi kenalah panggil Lia dengan panggilan hormat, sama macam Tuan Daniel," Mak Swi menerangkan padaku tetapi aku tetap tidak suka dengan panggilannya tu.

"Oklah... oklah Mak Swi, depan Daniel panggil lah apa pun Mak Swi nak panggil tapi.... bila kita berdua, saya tak nak Mak Swi panggil Cik Kylia, okey?" Ugutku sambil tertawa dan Mak Swi turut tertawa dan mengangguk melihat keletah aku.

Semalam ketika Mak Swi datang ke rumah ni terus aku merasa sebuah kegembiraan dalam hidupku dan layanan Mak Swi padaku menambahkan kasih ku pada Mak Swi, perasaan sama ku rasa pada Mak Swi seperti perasaan ku pada ibuku.

Mungkin kerana terlalu rindu dengan ibu kot. Aku melepaskan keluhan lagi dan membawa diri ke hadapan dan duduk di depan television.

Bunyi derapan kaki turun dari tangga tidak ku hiraukan. aik, tak kerja ke dia hari ni? Ku hanya melihat Daniel yang sedang duduk di meja makan. Aku akan makan selepas dia selesai bersarapan.

"Lia sini kejap kau," Daniel memanggil ku dan tangannya sedang menuang kopi ke cawan.

Adoi, malaslah nak pergi dekat dia ni. Aku takut aku tak kuat, lepas tu takut tak jadi rancangan aku nak larikan diri dari dia, tapi kalau aku lari dari Daniel, kandungan ni macam mana?

Aku melangkah longlai menuju Daniel yang sudah menunggu aku. Dia menuang teh ke dalam cawan ku dan meletakkan sekeping penkek yang masih panas. Di siramnya sirap madu.

Terliur pulak aku tengok pankek buatan Mak Swi, aku baru perasan tatapan Daniel padaku yang khusyuk melihat perbuatannya itu. Cepat-cepat aku buang pandangan ku dari pankek tu.

"Makan," sepatah di ucapkan. Aku pun tanpa berbasa-basi terus mengambil sudu dan memotong sedikit pankek itu.

Ku bawa ke mulut, hmmmmm. Memang sedap sangat pankek ni, masuk sahaja ke dalam mulut terus pankek ni cair bergabung dengan manisnya sirap madu. Sampai terpejam aku menikmati sarapan di hadapanku.

Aku yang merasa di perhatikan terus mengangkat wajah dan melihat Daniel sedang memandang segala gelagat aku. Aku kaget, cepat-cepat aku menghabiskan pankek yang ada di pinggan. Tak ingin berlama-lama dengan Daniel.

Daniel yang melihat aku salah tingkah baru memulai makan makanan yang ada di pinggannya. Aku berasa aneh, sejak semalam perangai Daniel makin berubah.

Kau Milik Ku (✔)  By AnaaWhere stories live. Discover now