Kylia yang tidak tahu ingin berbuat apa di dalam bilik tidurnya terimbau kembali peristiwa itu.
Keesokan pagi peristiwa buruk itu berlaku, Kylia melihat Daniel sudah tiada di sebelahnya. Tidak tahu kemana keberadaannya. Biarlah, Kylia tak mengharap pun yang dia akan ada di sebelahnya ketika dia terjaga dan jikalau boleh dia tidak mahu melihat wajah itu lagi!
Dia merasa tersangat menyesal kerana mengikuti Daniel. Tapi apakan daya, nasi sudah menjadi bubur.
Kylia bangkit dari pembaringannya, terasa seluruh tubuhnya sakit, dia melihat lebam yang berada di pergelangan tangannya tetapi lebam itu bukan setakat di pergelangan tangannya, tetapi hampir di seluruh tubuhnya.
Dia berjalan perlahan masuk ke dalam tandas, dia ingin menghapuskan bukti bahawa harga wanitanya sudah tiada kerana peristiwa semalam. Kylia membuka pancutan air dan membiarkan air yang keluar dari siling itu membasuh noda hitam yang sudah tercalit pada dirinya tetapi... Adakah dengan air yang mengalir itu mampu menghilangkan rasa sakitnya dirinya hilang kewanitaannya? Adakah dengan air itu mampu memutarkan kembali sebelum dia kehilangan harga dirinya di hadapan Daniel?
Kesakitan yang dia rasai di ari-arinya tidak di hiraukan, lama dia duduk di bawah pancutan air, dia harus keluar dari rumah ini. Rumah yang hanya di anggap sebagai neraka dunia. Kylia segera membersihkan diri, dia tak mahu tinggal di sini.
Bergegas-gegas Kylia keluar dari tandas dan memakai pakaiannya semula, beg yang di simpan di dalam almari di keluarkan semula. Dia memasukkan kembali baju yang baru semalam di letak di dalam almari itu. Kylia harus cepat bertindak kerana dia takut Daniel akan kembali semula ke rumah itu.
Bajunya yang bertebaran di lantai bilik itu tidak di endahkan.
Setelah selesai semuanya, Kylia berlari anak meuju ke pintu masuk rumah tersebut, Dia membuka pintu yang tidak berkunci itu, setelah dia berada di hadapan pagar, tangan seorang lelaki menghalangnya dari membukanya.
"Cik Kylia hendak kemana dengan bawa beg ni?"
"Saya nak balik sekejap jumpa ibu saya, ibu saya telefon tadi pagi, saya dah beritahu dengan Tuan Daniel dan dia dah benarkan saya keluar."
Kylia berbohong.
"Jangan berbohong cik Kylia, Tuan Daniel dah arahkan saya untuk menyuruh awak tidak keluar ke mana-mana. Tunggu sehingga dia pulang." Mukanya ketat.
"Eh? Dia dah benarkan saya baliklah, kalau tak percaya cuba awak telefon dia," Kylia berulah lagi.
"Cik Kylia tak di benarkan keluar," Ucapnya tanpa perasaan.
"Kenapa pula saya tak boleh keluar dari rumah ni? Saya bukan tahanan dalam rumah nil ah!"
Kylia sudah naik angin, beg yang di letak tepinya diangkat dan dia ingin melepasi halangan orang suruhan Daniel itu tetapi lelaki itu sudah merampas beg Kylia dan di bawanya masuk ke dalam rumah. Tanganku juga di tarik untuk masuk ke dalam.
"Sakitlah, lepaskan aku lah. Aku nak keluar dari rumah ni." Kylia cuba berlari tetapi tetap juga tak dapat menandingi tenaga lelaki itu. Kylia di bawa masuk ke dalam,
Pergelangan tangannya yang sakit kerana kejadian semalam makin terasa kesakitnya kerana di cengkam kuat lelaki itu. Lelaki itu menolak perlahan tubuh Kylia, dia segera keluar dari rumah itu dan menutup kembali pintu itu. Setelah itu di kunci dari luar supaya Kylia tidak melepaskan diri.
Kylia yang berada di dalam mengetuk banyak kali pintu itu dan turut merayu pada orang suruhan Daniel itu untuk membukanya tapi sia-sia kerana jeritan dan tangisannya tak di dengari sama sekali, perangai sama persis dengan majikannya itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/180126712-288-k385213.jpg)
YOU ARE READING
Kau Milik Ku (✔) By Anaa
RomanceKylia tak menyangka yang hidupnya akan begini. Daniel ingin menuntut apa yang sepatutnya menjadi miliknya. ******** Kylia meneruskan langkah kakinya kembali dan sekali lagi dia dapat mendengar bunyi derapan kaki. Kini dia pasti ada orang lain di tam...