Bab 15 - KMK

33.7K 633 39
                                    

Wuhoo! Daniel POV here, nak tahu pula apa perasaan Daniel ni.

Dan seperti yang di janjikan 2nd update for today! 💋💋💋

***************

BAB 15

Daniel POV

Siapa yang ada di kota ini tidak mengenali aku, Daniel anak kepada Rodrigaz, usahawan yang kaya raya, harta berlimpah ruah, tak habis 14 keturunan untuk di gunakan. Aku yang memiliki rupa yang handsome, mata hitam, hidung yang mancung, bibir yang menawan kalbu serta tubuh yang kekar.

Tak payah aku nak goda orang, semua wanita pasti akan datang jatuh melutut dan merayu ke hadapan aku, untuk berdamping, mereka tidak kisah walau tak menjadi isteriku asalkan dapat menarik dan menggunakan wang yang aku miliki, aku ketawa bangga dengan segala aset yang aku miliki tetapi...

Kylia.

Ya nama itu yang aku semat sejak dari pertama kali aku jumpa dalam hidupku, dia milik aku, akan sentiasa menjadi milik aku buat selamanya.

Aku mendengar suara jeritan meminta tolong dan tangisan di dalam hutan, suara apa tu, sangat menyeramkan. bergidik bulu roma aku, tetapi aku tak takut kerana papa selalu menasihati aku yang lelaki harus kuat dan tak selalu gentar dengan segala perkara

Aku yang baru sahaja menetap di pergunungan ini sedang meninjau apa perkara yang menarik boleh aku lakukan di sini tetapi kosong, tak ada satu pun yang menarik aku temui melainkan hutan belantara dan sebatang sungai yang tidak berapa dalam berhampiran sini.

Sekali lagi aku mendengar jeritan itu, kepala ku ke kiri dan ke kanan mencari arah suara itu. Kaki ku juga melangkah mencari sehingga sampai di balik pokok yang sangat besar, aku berjalan perlahan mengelilingi pokok itu, aku pasti ada sesuatu di balik pokok itu.

Mata aku membesar melihat seorang budak kecil sedang menangis di balik pokok itu, aku makin merapati itu yang masih tidak perasan kehadiran aku. Bunyi derapan kaki aku memijak daun kering mengejutkannya dan dia menoleh pada aku.

Matanya yang bulat dan bersinar memandang tepat ke arah aku. Dia makin mundur apabila melihat aku yang makin mendekatinya.

"Jangan takut, saya cuma nak tolong awak sahaja," aku cuba mententeramkan dia yang masih dalam ketakutan.

"Kenapa awak boleh ada dalam hutan ni?" soalku lagi, budak kecil itu hanya berdiam diri.

Aku yang tidak menerima apa-apa reaksi dari dia duduk berhampiran dengannya.

"Saya Daniel," aku menghulurkan tangan padanya. Dia takut-takut untuk menyambut kembali huluran tanganku tetapi akhirnya di sambut juga.

"Kylia.." sepatah di jawabnya.

"Oh, Kylia, comel lah nama awak, comel macam awak," aku sudah ketawa. Dia akhirnya turut ketawa juga dengan tutur kataku. Kami terdiam selepas itu.

"Kenapa awak boleh ada dalam hutan ni?" soal Kylia, aku mengangkat kening ku.

"Sepatutnya saya yang tanya soalan tu, hutan ni bahaya, macam mana awak boleh ada dalam hutan ni?" aku menyoal kembali.

"Saya tadi nampak seekor arnab, dia comel sangat tau, saya ingat nak ambil untuk bela dia tapi.... entah macam mana saya boleh sesat dekat sini..." takut-takut dia menceritakan situasinya.

"Tak apalah Kylia, saya dah jumpa awak, jom saya bawa awak balik," dia menggeleng.

"Tak apa, awak bawa saya sampai keluar hutan ni, lepas tu saya akan balik sendiri," Dia tersenyum menampakkan giginya yang cantik.

Kau Milik Ku (✔)  By AnaaWhere stories live. Discover now