BAB 7
Kylia POV
Setelah itu, aku terus meluru keluar dari bilik untuk bertemu dengan Daniel, ya Daniel, tiada lagi panggilan hormat aku berikan sebagai pekerja kepada Daniel.
Aku berjalan ke arah tangga yang baru aku sedar ada ketika aku berkeliaran di dalam rumah Daniel ini. Aku berjalan menuruni tangga dan terhenti separuh jalan. Aku melihat Daniel yang sedang menumbuk Bagas. Bagas pula seperti orang yang hanya menerima tanpa berbalas.
Kenapa Bagas sangat taat dengan Daniel? Sehingga tidak membalas atau mempertahankan dirinya. Dia sepatutnya harus membalas balik tumbukan Daniel itu. Apa kesalahan yang Bagas lakukan sampai Daniel buat begitu.
Ku perasan akan kehadiran seorang wanita yang seksi di sofa berhampiran, dia juga turut memerhati perbuatan Daniel itu.
Tak sanggup lagi aku melihat keadaan Bagas, lantas laju aku menuruni tangga.
"Apa yang kau buat ni Daniel?!" Aku menahan tangan Daniel dari terus menumbuk Bagas.
Matanya memandang ku dengan tidak percaya dengan panggilan ku. Aku memandangnya tajam.
"Kau diam!" Aku tersentak dengan jerkahannya, bahu ku terangkat sedikit. Daniel melepaskan tangan ku yang sedang memegang lengannya.
"Apa salah Bagas sampai kau hokum dia dengan macam ni?" Aku mengumpul kembali semangat yang lari tadi, aku bertanya padanya.
Bagas yang sudah duduk aku angkat walaupun kudrat ku tak seberapa, wajah Bagas habis luka-luka setelah di gasak oleh Daniel. Pasti sebentar lagi ia akan membengkak.
"Lia, jangan pernah berani nak bertanya apa yang aku lakukan dan dia memang harus terima hukuman dari aku kerana dengan berani-beraninya dia cium kau tempoh hari waktu kau lemas!" Matanya membara.
"Apa maksud kau cium aku? Aku tak pernah ingat pun bila dia cium aku?" Aku menyoal Daniel kembali. Aku menggaru kepala yang tidak gatal.
"Maksud kau CPR yang Bagas buat waktu aku lemas ke?" Aku menyoal kembali setelah tiada jawapan darinya sebaliknya hanya matanya masih membara.
"Jawaplah" aku memandang Bagas dan Bagas mengangguk perlahan.
"Huh! Daniel, you are ridiculous! Dia hanya buat macam tu untuk selamatkan aku dari mati lemas dan untuk pengetahuan kau, dia tiada niat untuk rogol aku pun. Bukan macam yang kau lakukan tempoh hari! Aku dah merayu kepada kau untuk hentikannya tapi sikit pun kau tak dengar kan?! Dia lebih baik dari kau!
Tapi kan aku rasa masa tu lebih baik Bagas tak payah selamatkan aku langsung sebab apa? Aku rasa kalau aku mati lagi baik! Aku tak malu dengan bakal suami aku dan aku tak payah hidup dengan bayang noda hitam ni." Mimik mukanya terkejut dengan kata-kataku, seketika kemudian wajahnya kembali ke asal. Keras dan tiada perasaan. Air mataku yang keluar aku usap kasar.
Laju kakinya melangkah dan di cekaknya muka ku.
"Aku tak suka kau bercakap kasar dengan aku dan aku nak ingatkan yang kau tu milik aku, aku nak bagi amaran lagi sekali, jangan pernah nak lakukan hal seperti itu lagi! Kalau kau buat lagi sekali aku ada hadiah untuk kau, sampai mati pun kau tak sanggup nak fikir.." Dia tersenyum sunging.
Wajah ku di lepaskan dan aku melihat dia terus menarik wanita seksi yang sejak tadi diam membisu. Dia menuju ke arah sebuah bilik yang ada di tingkat ini.
Aku teresak-esak dan bergegas mengambil peti kecemasan yang ada di dalam dapur, ingin merawat Bagas.
"Cik Kylia tak perlu tolong saya tadi, Tuan Daniel tengah marah sebab itu dia pukul saya. Dia tak maksudkan apa yang dia cakap itu."
YOU ARE READING
Kau Milik Ku (✔) By Anaa
Storie d'amoreKylia tak menyangka yang hidupnya akan begini. Daniel ingin menuntut apa yang sepatutnya menjadi miliknya. ******** Kylia meneruskan langkah kakinya kembali dan sekali lagi dia dapat mendengar bunyi derapan kaki. Kini dia pasti ada orang lain di tam...