Cukup vote 150 Anaa akan post 2 chapter sekali gus, go! go! go! Sayang semua
Muah!💋💋💋
Bab 10
Kylia POV
Apa pilihan yang harus aku pilih? Sama ada Beritahu Layes tentang masalah ku hadapi dan meminta bantuannya untuk melarikan diri dari Daniel atau pun kembali ke mulut buaya Daniel? Mana satu pilihan yang harus aku lakukan. Aku peningg.
"Layes.."
"Ya Lia," Layes menoleh memandang aku. Panduannya perlahan.
"Sebenarnya apa yang Talia cakapkan tadi semuanya tak betul, saya bukan orang macam tu dan saya tak mungkin akan jadi seperti apa yang Talia tuduh terhadap saya. Saya tak perlukan harta Daniel untuk hidup senang, saya lebih rela dapat duit dari hasil titik peluh saya sendiri" Layes diam mendengar aku berkata tegas, sesekali matanya menoleh padaku.
"Dan ada cerita di sebalik lamaran Daniel kepada saya. Saya tak tahu nak mula macam mana tapi sebenarnya saya ..." kata-kataku terhenti apabila Layes tiba-tiba brek secara mengejut.
Nasib baik Layes sempat memberhentikan keretanya, jikalau tidak pasti dia akan terlanggar kereta di hadapannya itu.
Aku melihat siapa yang berani mati sampai berbuat begitu sekali. Terlihat 2 orang lelaki bersut hitam keluar dari kereta tersebut. Layes ingin keluar tetapi aku menegah, aku takut mereka adalah orang jahat dan ingin mengapa-apakan kami berdua.
"Layes, jangan..." aku menahan lengannya, tidak membenarkan dia keluar.
"Tak apa, saya kenal pemilik kereta dan orang itu." Aku diam dan melepaskan dia pergi.
Layes berkata sesuatu kepada salah seorang lelaki tersebut, aku lihat Layes memandang ke arah ku dan memberi tatapan sedih. Kedua lelaki tersebut mendekati kereta Layes, aku takut. Apa lelaki tu nak buat? Aku segera mengunci kereta Layes sebelum lelaki tersebut dapat membukanya.
"Cik, baik cik buka pintu ni. Tuan Daniel memberi arahan kepada kami supaya membawa cik kembali ke banglo tuan."
Oh, orang suruhan Daniel rupanya. Aku menatapnya tajam, tingkap ku turunkan sedikit.
"Cakap dengan Daniel, aku tak nak balik ke neraka ciptaan dia tu!" Aku lihat rakannya sudah menelefon sesorang.
"Cik, sebelum kami lakukan kekerasan lebih baik cik ikut kami." Lelaki yang sama cuba memujuk aku.
"Aku cakap aku tak nak," aku memandang Layes yang masih berdiri di hadapan keretanya itu.
'Kenapa Layes buat derk je? Sepatutnya dia bantu aku' getus hati kecilku. Aku memandangnya meminta penjelasan tetapi dia melarikan pandangannya dari ku.
Aku pindah tempat duduk dari tempat penumpang ke tempat duduk pemandu. Aku kurang mahir memandu kereta tetapi kerana desakan aku sanggup mencuba memandu kereta mewah Layes ini.
Aku tukar gear kereta ke reverse tapi kereta terhenti dan ku terasa hentaman kecil, alamak, habislah kereta Layes! ada kereta lain yang menghalang ku dari keluar. Ku lihat Daniel keluar dari kereta yang menghalang ku tadi.
Daniel menghampiri kereta Layes, aku sudah terperangkap.
"Kylia keluar sekarang, kau tak akan dapat lepaskan diri dari aku." Daniel bersuara tegang dari luar.
"Daniel lepaskanlah aku, aku tak nak kahwin dengan kau."
"Kylia, Kylia, kau ingat senang-senang aku nak lepaskan engkau. Kau tu milik aku, aku tak akan pernah lepaskan kau dan kau jangan pernah mencabar aku dengan melarikan diri dari aku, kau tak akan dapat dan mungkin tak akan pernah larikan diri dari aku kerana aku ada pegang satu kelemahan kau." Aku memandangnya takut.
![](https://img.wattpad.com/cover/180126712-288-k385213.jpg)
YOU ARE READING
Kau Milik Ku (✔) By Anaa
Roman d'amourKylia tak menyangka yang hidupnya akan begini. Daniel ingin menuntut apa yang sepatutnya menjadi miliknya. ******** Kylia meneruskan langkah kakinya kembali dan sekali lagi dia dapat mendengar bunyi derapan kaki. Kini dia pasti ada orang lain di tam...