Terima kasih atas sokongan sayang-sayangku semua, moga cerita Anaa ni tak merepek pada bacaan sayang semua, siapalah yang culik Kylia kan?
Cukup Vote 200 Anaa akan update next part!
Semoga makin mengujakan baca KMK ni! 😉BAB 17
Kylia POV
Terketar-ketar tubuh aku apabila pisau yang tajam itu berjalan dari telinga ke pipiku, terasa pedih dan ngilu apabila pisau yang tajam itu menghiris muka ku. Aku sudah menangis perlahan, hidung ku sudah terbau darah yang telah keluar akibat torehan itu.
Tadi sedar-sedar sahaja dari pengsan, aku sudah siap di ikat dan di tutup mata, bunyi seseorang masuk menangkap deria pendengaran aku dan ku mendengar orang itu menarik perlahan kerusi, sangat mengerikan bunyi tarikan kerusi itu.
"Siapa kau? Apa yang kau nak dari aku? Aku bukannya ada harta, aku hanya orang miskin yang tak punya apa-apa." bertubi-tubi soalan keluar dari ku, aku cuba meronta untuk melepaskan diri tetapi sia-sia.
Bukan di kasihani aku bahkan dia hanya mentertawa aku kerana meronta-ronta, aku tidak dapat mengetahui jantina penculik ku kerana ketawanya sangat menyeramkan dan bunyinya sungguh aneh, pasti dia menggunakan alat untuk menukar suaranya.
"Kylia.. Kylia.." Dia menyeru nama aku, aku ketakutan. Suaranya memang sangat menyeramkan,
"Kesian kau Kylia," kini hujung pisau sudah di gunakan untuk membuat aku mendongak.
Ya tuhan, pedihnya wajah ku terkena hirisan itu. Kenapa kejam sangat orang ni dengan aku.
"Apa kau nak dari aku? Apa salah aku? Macam mana kau tahu nama aku?" Dia ketawa lagi mendengar persoalan aku. Apa yang lawaknya soalan aku tadi?
"Aku nak kau jauh dari Daniel, aku nak kau pergi dari Daniel dan yang pasti aku nak kau MATI!" jeritnya dan dia ketawa lagi, bergidik bulu roma aku mendengar jeritannya, aku tahu yang penculik aku adalah seorang perempuan bila dia sudah berkata begitu.
"Tolong.. jangan-jangan.. jangan bunuh aku.." Aku terketar-ketar bersuara.
Aku tak boleh mati sekarang. Ya, aku tak boleh mati lagi sebab ada satu nyawa yang aku mulai sayangi dalam badan aku. Aku perlu lindungi dia, walau hakikatnya dulu aku tak boleh nak terima benih dari Daniel ni tapi sekarang tak lagi.
Aku mendengar dia ketawa lagi.
"Kylia.. Kylia.. aku dah bagi kau amaran melalui kotak yang selalu kau terima tapi... KAU MASIH LAGI DENGAN DANIEL!! AKU DAH SURUH KAU PERGI TAPI KAU TAK DENGAR!... Kylia sayang sekarang kau kena tanggung apa yang kau buat, kau buat hati aku sakit jadi ini hukuman untuk kau..." suaranya yang mendayu-dayu dan keras semula membuat aku terperanjat.
Jadi dia ni yang hantar kiriman tu semua,
"Cik tolonglah.. Kasihanilah dengan aku, aku tak bersalah. Aku sebenarnya sangat benci dengan Daniel, aku tak pernah suka dengan dia dan aku memang dah rancang lama nak lari dari Daniel tapi masa tak sesuai. Jadi aku dah rancang hari lain iaiti sehari sebelum nikah nak lari Daniel, aku terseksa dengan Daniel, jadi cik jangan risau.. Aku akan jauh dari dia kalau cik lepaskan aku," aku cuba berdiplomasi.
Lama dia terdiam, mungkin memikirkan kata-kataku, harap-harap kata ku itu membuat dia lembut hati.
"Ok, baiklah. Aku sebenarnya sangat baik hati orangnya, aku tak suka nak seksa kau macam ni tapi sebab kau tu penghalang aku nak bersama dengan Daniel jadi aku akan hantar kau ke tempat yang jauh dan Daniel tak akan pernah dapat cari kau tapi kau juga harus ingat jika kau berani-beraninya berhubung dengan Daniel maka.... AKU TANPA RASA SEGAN SILU PASTI AKAN HAPUSKAN KAU.." perempuan itu sudah menarik rambutku dan menolak kepalaku.
YOU ARE READING
Kau Milik Ku (✔) By Anaa
RomanceKylia tak menyangka yang hidupnya akan begini. Daniel ingin menuntut apa yang sepatutnya menjadi miliknya. ******** Kylia meneruskan langkah kakinya kembali dan sekali lagi dia dapat mendengar bunyi derapan kaki. Kini dia pasti ada orang lain di tam...