Bab 26 - KMK

34.2K 688 31
                                    

Alaaaaaaa...
Sayang yang dah baca tu janganlah bocorkan rahsia.. 👉👈
Baru je nak bagi surprise dekat sayang yang baru baca tu.. 😜😜

Hahahha, tapi Anaa pun satu, dalam cerita Papa Ku ada watak Kylia. Adoi. 🤦‍♀️

Ada rasa terkejut tak sayang yang baru baca tu?
Okok, jangan marah Anaa, 🤣

Bab lepas bukan ending KMK, ada bab yang belum habis lagi.

Jangan marahhh..
Nanti cepat tua!😆

Jangan lupa Vote!

TARGET : 250!

Muah!! 💋💋💋

***************

Bab 26

"Turunkan saya dan anak-anak saya sahaja di sini, terima kasih atas bantuan sir," Kylia melangkah turun dari kereta dan di ikuti oleh anak-anaknya.

Daniel yang melihat Kylia dan anak-anaknya sudah keluar di belakang segera keluar dari kereta juga.

"Malam ini aku akan datang ke sini, ada perkara yang kita harus bincang..." Kylia baru sahaja ingin menjawab tetapi di putuskan oleh Daniel.

"Jangan menafikan lagi Kylia, aku dah boring memberi jawapan yang sama kepada kau. Malam ini kita akan bincang setelah makan malam. Titik." Daniel segera masuk ke dalam perut kereta. Tidak mahu mendengar jawapan dari Kylia.

Kylia yang melihat Daniel sudah berlalu pergi hanya mengomel. Perangai masih sama macam tu juga walaupun dah lima tahun berlalu. Ikut suka dia sahaja nak tentukan apa yang orang nak.

"Ibu, dia tu siapa? Kenapa dia paksa-paksa ibu. Dekat tempat granny tidur tadi pun Dovan tengok dia paksa-paksa ibu. Dovan tak suka."

Kylia tersenyum sedih, biarlah anaknya itu menganggap bahawa pusara mummy Sarah itu adalah tempat Mummy Sarah tidur. Damien pula mencelah.

"Aah ibu, Damien pun tak suka lah bila dia paksa-paksa ibu." Kylia melihat anak-anaknya itu penuh kasih.

"Tak ada apalah, itu kawan ibu jadi kamu berdua mana boleh benci dengan uncle tadi tu. Lagi pun tak baik tanam sifat benci dan dengki dalam diri. Ibu tak pernah ajar anak-anak ibu seperti itu kan?" Bicara Kylia, dia mengacak-acak rambut kedua anaknya itu. Mereka berdua mengangguk menjawab pertanyaan ku itu.

Sekarang tempat dia bergantung kasih adalah dengan Damien dan Dovan sahaja. Pemergian Mummy Sarah secara tiba-tiba membuatkannya ralat, tapi mereka yang hidup harus teruskan hidup.

Tak mengapa, demi anak-anaknya, dia sudah bertambah kuat dan tabah, tidak sama seperti waktu dulu ketika dia di buang di Perancis ini. Negara yang sangat asing buatnya.

Kylia membuka pintu rumah Mummy Sarah, masuk sahaja ke ruangan dalam rumah itu terasa seperti Mummy Sarah masih hidup. Masih menyambut setiap kepulangannya dari luar.

Jikalau bekerja, dia akan menanti sehingga pulan dan Mummy Sarah tak akan tidur selagi Kylia tidak pulang ke rumah. Terlalu banyak kasih sayang Mummy Sarah kepada Kylia.

Malam hari yang sama, Daniel datang ke rumah Mummy Sarah seperti yang di ucapkan pada petang tadi. Kylia tiada tenaga untuk bertengkar dan menolak Daniel.

Kau Milik Ku (✔)  By AnaaWhere stories live. Discover now