Bab 9 - KMK

40.2K 701 16
                                    

Bab 9

Kylia melangkahkan kakinya perlahan masuk ke dalam hotel yang Daniel beritahu tempoh hari, hotel yang juga merupakan salah satu cabang hotel yang di milikinya. Gaunnya yang meleret menyusahkan pergerakan. Sebelum datang ke sini dan turun kereta, Bagas yang membantunya mengangkat gaun tersebut.

"Kenapalah Desi pilih gaun ni, cantik tapi menyeksakan. Aku bukan nak ke acara yang besar pakai gaun begini. Kalau dapat yang simple kan best" Kylia mengerutu sendiri.

Gaun yang meleret itu sarat dengan taburan permata serta terdedah di bahagian belakangnya. Di rasakan tatapan tajam dari orang-orang yang telah dia lewati dan itu membuat Kylia tidak selesa. Segera dia berjalan ke pintu gerbang untuk masuk ke ballroom tetapi di tahan oleh dua pegawai yang berdiri di pintu masuk.

"Maaf cik, di dalam hanya untuk tetamu yang di undang sahaja. Boleh saya dapatkan kad undangan bagi membolehkan cik masuk ke dalam." Kylia menggaru kepalanya yang tak gatal.

Bagaimana dia hendak masuk kalau satu kad undangan pun Daniel tak beri padanya. Dia hanya di minta datang ke hotel ini dan masuk ke ballroomnya sahaja. Tak tahu pula yang dia perlu bawa kad undangan. Daniel telah pergi dahulu kerana ada benda urgent nak selesaikan di officenya, kemudian baru dia akan datang ke sini.

"Saya tak ada kad undangan tu tapi saya datang sebab Encik Daniel Rodrigaz yang jemput saya ke pesta ni."

'Bodoh sungguh kau Kylia, kan sekarang kau dah jadi tarikan orang ramai pula, Daniel pun, kenapa tak cakap awal-awal yang pestanya ni sangat private sampai nak kena bawak kad undangan,' bisik hati Kylia. Dia lihat belakangnya sudah ada beberapa pasangan yang turut
P
"Maaf-maaf, dia datang dengan kami." Kylia melihat wajah wanita yang bersuara itu. Desi! Kylia melepaskan nafas yang tanpa dia sedari di tahan sejak tadi. Kylia juga melihat ada seorang jejaka yang kacak di sebelahnya.

"Oh, kalau macam tu sila tunjukkan kad jemputan cik." Desi mengeluarkan kad jemputan yang ada di tasnya.

"Baiklah kalian semua boleh masuk ke dalam."

Desi terlihat cantik dengan gaun berona merah yang tersarung di badannya, juga sama sepertinya meleret ke lantai gaun bawahnya, sebelah tangannya bersilang dengan lelaki di sebelahnya dan sebelah tangannya lagi mengambil tangan Kylia untuk mengajaknya masuk ke dalam.

"Terima kasih Desi. Saya tak tahu yang pesta ni kena bawa kad jemputan baru boleh masuk ke dalam." Desi melihat Kylia dan tersenyum.

"Maaflah saya pun lupa nak beritahu Lia tadi, saya ingatkan Lia tahu sebab itu saya suruh awak pergi dahulu sebelum saya. Tak patut betul Daniel ni, ajak awak ke mari tapi perkara penting ni pun tak di beritahu." Marah Desi pada Daniel itu.

Kylia hanya tersenyum dan menggeleng perlahan.

"Oh! Saya kenalkan ini abang sepupu saya, Layes." Kylia tersenyum dan menunduk pada jejaka yang di perkenalkan oleh Desi itu.

"Saya Kylia, panggil Lia sahaja." Kylia turut memperkenalkan diri.

"Nice to meet you Kylia." Layes tersenyum manis dan menghulurkan tangannya pada Kylia. Hendak tak hendak Kylia harus menyambut huluran tangan Layes. Dia tak selesa dengan tatapan mata Layes.

"Nice to meet you too," cepat Kylia menarik tangannya.

Mereka sudah berada di meja dan kerusi yang di sediakan untuk para tetamu jemputan. Layes bertindak cepat menarik kerusi untuk Kylia apabila dilihat wanita itu hendak duduk.

"Terima kasih," Kylia memberi senyuman pada Layes.

"Untuk wanita secantik Lia,"tutur kata Layes membuat wajah Kylia berona.

Kau Milik Ku (✔)  By AnaaWhere stories live. Discover now