Bab 20 - KMK

31.9K 718 55
                                    

Jangan salahkan Daniel 😂😂

Dan seperti yang di janjikan.
Enjoy!

Jangan lupa tekan vote! 💋💋💋

****************

Bab 20

"No.. No.. No.. itu bukan Daniel," Kylia menutup pintu rumah dan dia terus menuju ke biliknya. Dia menidakkan apa yang di alami tadi.

"Jenny.." Kylia tidak menghiraukan panggilan dari Mummy Sarah.

Mummy Sarah yang pelik dengan kelakuan Jenny terus menyusul Jenny di atas, dia mengetuk pintu dan ingin di bukanya tetapi berkunci.

"Jenny, Kenapa dengan Jenny ni terus masuk bilik, mummy panggil pun tak dengar tadi, Jenny ada masalah ke?" Mummy Sarah bertanya dari luar.

"Jenny tak ada masalah mummy, Jenny penat balik kerja sahaja, sekarang nak rehat. Mummy pergilah tidur, dah lewat malam dah ni," Kylia di dalam sedang cuba untuk mengawal suaranya dari berubah.

"Baiklah," ucap Mummy Sarah perlahan.

Mummy Sarah sudah beredar dari hadapan bilik Kylia. Dia tidak mahu menganggu anaknya itu. Esok dia akan bertanya perihal ini dengan anaknya itu.

Kylia sudah menekup mukanya di bantal, dia takut tangisannya kedengaran sehingga keluar bilik. Tangisan yang telah lama di simpan, terhambur juga malam ini.

Wajah Daniel sama seperti dulu bahkan semakin usianya meningkat semakin terserlah ke kacakannya. Daniel yang masih di cintainya sehingga sekarang tetapi sayang Daniel tidak pernah mengetahui perkara itu.

Lima tahun... Lima tahun Kylia cuba untuk memadamkan rasa cintanya pada Daniel tetapi dia tidak berjaya, seringkali dia membaca mantera dalam hatinya bahawa dia bencikan Daniel tetapi jangan kan nak benci, nak buang rasa cinta tu, malahan makin bertambah rasa cinta itu adalah. Makin mengebu perasaan rindu pada Daniel.

Kylia teringat peristiwa di restoran tadi.

"Desi, why you so clumsy? Habis comot makanan dekat mulut tu," Daniel menyapu kesan comot yang ada di mulut Desi.

"Where?" Desi memegang tangan Daniel yang sudah mengelap mulutnya.

"Thanks," Desi tersenyum pada Daniel.

Daniel memanggil Kylia yang setia menunggu tidak jauh dari tempat mereka duduk. Kylia yang masih sedang menahan rasa cemburu segera mengatur langkah ke pasangan itu. Dia tak boleh memperlihatkan rasanya itu kerana sekarang di hadapan Daniel adalah Jenny, bukan Kylia.

"Yes sir," ucap Kylia. Suaranya sedikit perlahan. Dia tak mampu menanggung perasaannya itu,

"Please clean the table and bring me the dessert," arah Daniel.

"Okay sir," Kylia mengemas meja dan hanya meninggalkan botol wain dan cawan mereka sahaja.

Kylia melangkah turun ke dapur dan mengambil dessert yang sudah di sediakan oleh chef. Dia melangkah naik semula.

Kylia meletakkan dua jenis dessert di atas meja, Savarin buat Daniel dan Creme Brulee buat Desi, entah bagaimana Kylia boleh terlanggar gelas wain milik Desi dan habis basah gaun yang di sarung Desi.

Desi sudah berdiri menjengkilkan mata,

"What the hell! You have ruined my dress!" Ucap Desi kasar.

Kau Milik Ku (✔)  By AnaaWhere stories live. Discover now