Bab 24
"Damien, Dovan, Kita dah nak gerak pegi picnic ni! Semua dah standby ke? Granny Sarah mana?" Kylia menjerit dari bawah tangga, dia sibuk mengemas bekalan yang harus di bawanya.
Hai.. Apalah yang di buat dengan anaknya itu di atas, lambat betul bersiapnya.
Kylia menyediakan sandwich telur kegemaran anaknya, roti perancis, pasta serta lauk-pauk untuk mereka dan juga oren jus, tak lupa juga buah epal merah sebagai pencuci mulut mereka.
Mummy Sarah tadi naik ke atas pun ingin bersiap-siap tapi rasanya sudah lama Mummy Sarah di atas, Kylia mulai berasa tidak sedap hati.
Selesai sudah Kylia menyediakan bekalan mereka itu, segera Kylia memanjat tangga dan membuka pintu bilik anak-anak terunanya itu.
"Dovan, Damien, kamu semua dah siap ke? Jangan bawa mainan banyak sangat Damien and for you Dovan, ibu tak nak Dovan bawa buku, nanti asyik nak baca buku sahaja. Ibu nak Dovan menikmati alam semula jadi, bukan membaca buku sahaja.. Okay?" Kylia melihat anaknya yang sedang bersiap-siap.
"Baik ibu," Dovan dan Damien menjawab serentak. Kylia mengangguk gembira.
"Lepas siap, kamu turun ya? Ibu nak pergi tengok Granny Sarah pula." Kylia keluar dari bilik mereka dan menuju bilik Mummy Sarah pula.
"Mummy... Mummy..." Kylia mengetuk bilik Mummy Sarah tetapi tiada jawapan.
Kenapa Mummy Sarah lama sangat dalam bilik ni, Kylia tidak putus asa mengetuk pintu bilik Mummy Sarah.
"Ibu, granny belum siap lagi ke?" Kylia melihat Dovan yang menarik bajunya di sebelah, di tepinya Damien sedang memegang beg penuh dengan mainan. Eh.. Budak ni, orang dah pesan pun masih di buatnya. Kylia menggelengkan kepalanya..
"Entahlah Dovan, sekejap ya ibu pergi ambil kunci pendua. Dovan dan Damien cuba terus panggilkan granny." Kylia bergegas turun ke bawah dan membuka laci yang menyimpan kunci pendua.
Laju kakinya melangkah naik ke atas tangga, tangannya mengeletar membuka pintu Mummy Sarahnya. Dia risau jika terjadi apa-apa dengan mummy nya itu tetapi dia tidak boleh menunjukkan kelemahannya di hadapan anak-anaknya. Dia tak mahu menambah kerisauan di hati mereka.
Pintu bilik di buka, dia melihat mummy nya sedang terbaring di bawah lantai hadapan cermin solek. Damien dan Dovan sudah berlari pada neneknya itu, Kylia segera memangku Mummy Sarah, apa yang telah terjadi dengan mummy nya itu?
"Mummy.. Mummy," Kylia mengoyangkan tubuh Mummy Sarah. Tidak bergerak. Kylia merasakan denyutan nadi Mummy Sarah di pergelangan tangannya. Denyutannya sangat lemah.
Damien dan Dovan sudah menangis melihat keadaan neneknya itu. Kylia cuba menenangkan mereka.
"Dovan, Damien jangan menangis nak, jom bantu ibu angkat granny turun bawah." Kylia mengangkat tubuh Mummy Sarah tetapi bunyi loceng dari tingkat bawah menghentikan tindakannya itu.
"Thank God, ada orang kat bawah. Dovan, tolong buka pintu di bawah dan tengok siapa datang, lepas tu minta tolong orang tu naik ke atas angkat granny," Dovan memecut laju turun ke bawah.
"Damien dan ibu pula cuba angkat granny ya?" Damien hanya mengangguk, tetapi apa yang ada dengan kudrat wanita dan seorang kanak-kanak lelaki. Mereka tidak mampu untuk mengangkat Mummy Sarah.
Tak lama kemudian Dovan muncul semula di bilik Mummy Sarah dan di ikuti Daniel serta Bagas. Kylia yang melihat Daniel dan Bagas muncul, hampir sahaja ingin menjerit tetapi di tahan kerana situasi tidak sesuai. Apa yang Daniel buat di rumahnya ini?
YOU ARE READING
Kau Milik Ku (✔) By Anaa
RomanceKylia tak menyangka yang hidupnya akan begini. Daniel ingin menuntut apa yang sepatutnya menjadi miliknya. ******** Kylia meneruskan langkah kakinya kembali dan sekali lagi dia dapat mendengar bunyi derapan kaki. Kini dia pasti ada orang lain di tam...