BAB 28
"Kita pergi picnic cuti minggu ni nak tak Kylia?" Ucap Daniel.
Kylia yang sibuk memasak ketika itu menoleh sebentar pada Daniel.
"Picnic? Picnic dekat mana?" Kylia kembali meneruskan kelakuannya itu. Sebelum Mummy Sarah meninggal dunia, mereka sudah merancang untuk berkelah bersama-sama tetapi tidak kesampaian kerana pemergian Mummy Sarah.
Daniel yang hanya duduk di kerusi ruang makan itu melihat Kylia yang seperti lipas kudung. Dia sibuk menyediakan makanan untuk makan malam mereka semua.
"Dekat sungai yang berdekatan sahaja, tak payah pergi jauh-jauh. Mesti anak-anak suka dengan idea aku ni."
"Boleh, aku pun setuju dengan cadangan kau tu tapi...."
"Tapi?" Daniel menyoal pelik, dia melihat Kylia sudah menghentikan segala pekerjaan yang dilakukan.
"Tapi kau dah lama kan dekat sini, Desi tak syak ke dengan kau?"
Daniel berjalan memeluk Kylia dari belakang.
"Pasal Desi, kau tak payah risau sebab waktu aku datang sini aku dah beritahu dia yang aku ada business trip dan mungkin akan balik ke kota dalam tempoh masa yang lama," Kylia mengangguk.
Daniel mengucup leher Kylia, Kylia yang kegelian sudah berusaha melepaskan diri dari pelukan Daniel.
"Oklah, Daniel, boleh tolong panggil anak-anak turun makan?" Kylia berusaha melarikan diri dari Daniel.
Bukan apa, dia masih merasa malu dengan Daniel, lima tahun terpisah dan mereka bertemu kembali. Hubungan mereka pun lebih baik sebelum lima tahun yang lepas.
Kylia dan Daniel sudah memberitahu kepada Dovan dan Damien tentang status Daniel pada mereka, bahawa Daniel adalah ayah kandung mereka berdua.
Pada awalnya mereka seakan menolak hakikat itu kerana melihat layanan Daniel ketika pengebumian Mummy Sarah tetapi setelah di pujuk oleh Kylia dan di rayu oleh Daniel, mereka dapat menerima Daniel dalam hidupnya.
Daniel menghentikan kucupannya dan meleraikan pelukannya pada tubuh Kylia, dia berjalan menuju ke atas untuk melihat apa yang di lakukan oleh anak-anaknya itu.
Daniel mengetuk pintu bilik anak bujangnya itu, mereka berkongsi sama bilik. Apabila tidak mendengar sebarang balasan, Daniel membuka pintu tersebut.
Di lihat anak-anaknya sedang leka dengan permainan masing-masing.
"Dovan, Damien, ibu ajak kita makan ni, jom turun." Dovan dan Damien sudah bersedia untuk keluar tetapi di hentikan oleh Daniel.
"Dovan, Damien, mari duduk dulu." Daniel mengetuk kedua belah katil Damien yang sedang di dudukinya itu.
"Apa dia ayah." Damien dan Dovan sudah membiasakan dirinya memanggil Daniel sebagai ayah.
"Tak ada, ayah cuma rasa gembira sebab kamu berdua hadir dalam hidup ibu dan ayah, maafkan ayah sebab selama ini tak pernah tahu kewujudan kamu berdua. Terima kasih kerana kamu lah sumber kekuatan buat ibu, kalau tak ada kamu. Ayah pun tak pasti apa perasaan ibu sekarang.
Jangan lupa yang kami sangat sayangkan kamu berdua." Hampir Daniel mengalirkan air mata. Dia terlalu sayang Kylia dan anak-anaknya itu.
"Dovan pun sayangkan ayah dan ibu, Dovan nak ayah dan ibu duduk sama-sama macam ayah dan ibu kawan-kawan di sekolah," Dovan sudah memeluk leher ayahnya.
"Damien pun sama!" Damien juga memeluk leher ayahnya.
Daniel yang berada di tengah, tersenyum bahagia.
YOU ARE READING
Kau Milik Ku (✔) By Anaa
RomanceKylia tak menyangka yang hidupnya akan begini. Daniel ingin menuntut apa yang sepatutnya menjadi miliknya. ******** Kylia meneruskan langkah kakinya kembali dan sekali lagi dia dapat mendengar bunyi derapan kaki. Kini dia pasti ada orang lain di tam...