Selamat Hari Raya buat pembaca novel Anaa.
Maaf lama Anaa tak post, ada je ni ha. Malas nak mengarang sahaja, ni special untuk raya, harap enjoy reading lah ya!
Terima kasih buat yang nak repeat baca KMK dan yang pertama kali baca, harap tak rasa membosankanlah baca KMK ni ya!
Muah Sikit!
***************
Kylia POV
Segala barang yang diperlukan untuk di bawa ke rumah Daniel sudah siap aku kemas, walaupun tak banyak tetapi pekerjaan ini yang paling susah aku lakukan.
Sebenarnya, hati aku bimbang, bimbang dengan Daniel. Bermacam perkara bermain di dalam fikiran ku saat ini tapi apakan daya atas desakan ibu terpaksa juga aku turuti. Teringat kejadian minggu lepas saat Tuan Rodrigaz memberitahu bahawa aku harus membantu rumah Daniel yang berada di kota.
Aku sangat terkejut, aku tak mahu tinggal dengan Daniel, tak mahu menjadi pembantu bagi lelaki misteri yang sesuka hati memperlakukan aku sesuka hati dia, aku juga lebih merasa gembira jika dapat membantu ibu di sini.
"Kylia, macam mana? Setuju ke dengan cadangan saya?" Tuan Rodrigaz bertanya pada diriku.
Aku memandang wajah Tuan Rodrigaz.
"Tuan, saya bukan tak mahu terima tawaran dari tuan tetapi saya lebih selesa bantu ibu dekat sini, lagi pun sekarang saya tinggal di dorm yang disediakan pihak universiti. Ia memudahkan saya berulang alik dan berdiskusi dengan kawan-kawan saya. Kalau saya tinggal di rumah Tuan Daniel nanti, saya takut saya tak dapat menjalankan tugas saya dengan baik di sana nanti." Aku menolak permintaan Tuan Rodrigaz.
Aku pasti sudah gila jika aku menerima tawaran dari Tuan Rodrigaz itu. Dahlah dua kali dia buat perkara yang tak senonoh dengan aku! Nanti macam mana kalau dia lakukan benda yang tak senonoh dengan aku kalau aku jadi pembantunya. Tidak, tak mungkin dan tak mahu. Aku tak akan biarkan itu terjadi!!!
"Tak apa.. Lia jangan buat keputusan terburu-buru, saya bagi masa untuk Lia fikirkan kembali tawaran yang saya bagi ini. Reni, kalau boleh awak tolong lah pujuk Zylia kerana saya tahu bagaimana keadaan rumah tu kalau tiada siapa yang uruskan, pasti akan bersepah, sangat tak sihat di duduki oleh orang dan saya juga percaya yang Lia punya kemampuan untuk belajar dan sambal membantu Daniel di sana nanti."
Ibu sudah mengangguk dan menatap wajah aku. Aku lihat reaksi Daniel, kosong. Ku lihat wajah ibu yang sedang menatap wajah ku, aku tidak dapat meneka apa yang ibu fikirkan. Ibu mengundur diri setelah tiada jawapan yang keluar dari pihak ku.
"Tak apalah Tuan, saya akan bincang dengan Lia nanti. Kami pergi ke dapur dulu." Segera ibu menarik tangan aku untuk beredar dari ruang tamu itu.
"Lia, kenapa tolak permintaan tuan tu."
Bicara ibu apabila kami sudah berada di dapur.
"Ala.. Ibu, Lia tak nak tinggal lah tinggan dengan Tuan Daniel, Lagipun Lia bukan biasa berjauhan dengan ibu. Lia sentiasa ada dekat dengan ibu" aku memeluk lengan ibu, kepala berada di bahunya, ingin bermanja dengannya.
"Lia, betul ke sebab tu sahaja? ibu tahu bukan itu sebabnya kan? Cuba ceritakan dekat ibu, apa sebenarnya yang ada dalam hati Lia sekarang ni?"
Pandainya ibu teka hati anaknya ni tapi tak kan aku nak beritahu dekat ibu apa sebabnya aku tak selesa dengan Daniel, Ibu akan percaya ke kalau aku ceritakan apa yang terjadi antara aku dan Daniel tu?
![](https://img.wattpad.com/cover/180126712-288-k385213.jpg)
YOU ARE READING
Kau Milik Ku (✔) By Anaa
RomanceKylia tak menyangka yang hidupnya akan begini. Daniel ingin menuntut apa yang sepatutnya menjadi miliknya. ******** Kylia meneruskan langkah kakinya kembali dan sekali lagi dia dapat mendengar bunyi derapan kaki. Kini dia pasti ada orang lain di tam...