Bab 18 - KMK

30.6K 642 51
                                    

Maaf.. Maaf..

Sebab menyeksa batin sayang semua >.<

Nah chapter baru, walaupun tak sampai target, enjoy!

Muah!! 💋💋💋

***************

Bab 18

Kylia POV

5 tahun kemudian...

"Dovan! Damien! Lekas turun makan! Apa yang di buat sampai lama sangat tu? Tu vas être en retard si encore à ľupstair," aku bersuara di kaki tangga rumah 2 tingkat ini. Menggeleng kepala aku melayan karenah si kembar ni, sampai terkeluar bahasa perancis aku. Aku kembali ke dapur selepas menjerit dekat budak dua orang tu, memang beginilah rutin aku setiap hari.

"Jenny, mummy rasa Damien dengan Dovan ni mesti still belum siap lagi dalam bilik tu, baik Jenny pergi tengok." Aku memandang Mummy Sarah sedang sibuk menyediakan sup, mengeluh berat aku dengan dua anak teruna aku ni, selalu buat onar dekat ibunya ni.

Aku mendaki anak tangga untuk naik ke bilik anak-anak lelaki ku itu. Di sepanjang perjalanan naik ke tangga ada banyak potret di gantung sebagai kenangan, aku berhenti dan melihat salah satunya.

Gambar kandid aku, Dovan dan Damien yang di ambil Mummy Sarah ketika umurnya masih tak sampai 2 tahun, Dovan memakai baju bintang biru dan Damien memakai baju berwarna kuning.

Aku sangat bersyukur kerana bertemu Mummy Sarah yang baik hati dan penyayang, jikalau aku tak bertemu dengan Mummy Sarah, kehidupan aku tak akan seperti ini, boleh di katakan senang dan ada tempat untuk berteduh.

Selepas selesai pesawat mendarat, aku melangkah kaki ke lobi di airport ini, aku hanya berdiri di tengah kesibukan para penumpang lain yang sedang bergerak menuju destinasi masing-masing. Aku yang hanya sehelai sepinggang ini hanya mampu melihat orang sekeliling sahaja.

Setelah penat kaki aku berdiri, aku duduk di salah sebuah bangku yang ada di Charles de Gaulie Airport ini, aku melihat papan tanda nama airport ini. Aku menghela nafas panjang.

Apa yang harus lakukan, aku tak pandai berbahasa perancis apatah lagi nak meminta bantuan dari orang sekeliling, tempat ni terlalu asing bagi aku, lama aku duduk di bangku sambil melihat setiap kapal terbang mendarat dan terbang ke langit.

"Cik, cik yang dalam pesawat tadi kan?" sentuhan tangan di bahuku mengejutkan aku, aku menoleh pada orang yang menegur ku. Wanita yang sama duduk di sebelah ku tadi, aku memberi senyuman kepada wanita itu.

"Ya saya," aku melihat dia duduk di sebelahku.

"Kenapa cik masih di sini lagi?"

Apa aku harus jawab pada wanita di hadapan ku ni?

"Saya sebenarnya tak tahu arah tuju saya," wajahnya terkejut dengan pengucapan aku.

"Macam mana cik boleh terbang hingga ke Perancis jikalau tak tahu arah tuju?" dia mengambil tanganku.

"Cik ada masalah ke?" Dia menyoal lagi, aku menundukkan wajahku.

"Saya tak ada masalah cuma sekarang saya adalah orang terbuang, saya tak ada apa-apa pun di tangan kecuali passport dan kad pengenalan diri ni sahaja." aku menunjuk padanya passport dan pengenalan diri yang berada di tanganku.

"Boleh saya tahu siapa nama cik?" Wanita itu bertanya lagi, aku terdiam.

Aku harus memberitahu nama sebenarku atau menggunakan nama yang sudah tertera di passport palsu ku ini?

Kau Milik Ku (✔)  By AnaaWhere stories live. Discover now