Terima kasih sebab add this book at your library and reading list!
Terima kasih sebab sudi baca💜
Jangan lupa untuk rajinkan diri dengan menekan vote yea? hehe💜💜
----
Aku menyimpan semula buku Heal Your Body karya Louise Hay itu didalam locker. Buku itu, sebenarnya hadiah dari Jungkook semperna ulangtahun kelahiran aku buat kali ke-20.
Banyak lagi sebenarnya buku yang dia hadiahkan setiap kali ulangtahun kelahiran aku. Sememangnya dia sudah faham dan sebati dengan fakta yang aku sememangnya pencinta buku.
Berbeza pula dengan dirinya, yang sememangnya membenci buku sejak azali. Kecuali, buku berlandaskan komik dan fantasi. Ha, itu sememangnya menjadi kegemarannya.
Sudahlah pasal itu.
Berbalik pada tadi,
selepas sahaja aku menyimpan buku tersebut dengan cermat, aku mula melangkah menuju ke arah library untuk menyiapkan sedikit tugasan yang diberi oleh Prof Shin.
Aku membetulkan kedudukan beg laptop aku dari terlurut dibahu.
Sedang aku melalui kawasan taman yang menuju ke library tersebut, mata aku tertangkap susuk tubuh yang aku kenal.
Aku berhenti melangkah dan mengecilkan mata aku untuk melihat dengan lebih terperinci.
"Jungkook?" soal aku sendiri. aku tidak berjalan menghampirinya kerana kelihatan dia sedang berbual dengan seorang figura berjantina perempuan.
mereka berdua nampak serius...
apa sebenarnya yang dibualkan oleh mereka?
Hati aku galak untuk mengetahuinya. Lagi bertambah nak tahu apabila Jungkook menguak rambutnya dengan kasar ke belakang.
Dia kelihatan seakan marah tapi cuba dikawal olehnya. Perempuan tersebut tiba-tiba sahaja melutut dihadapannya dan itu buatkan Jungkook tersentak.
Bukan dia sahaja, aku juga turut tersentak.
Jungkook menyuruhnya bangun tetapi perempuan itu masih berdegil. Bahu perempuan tersebut kelihatan terhinjut-hinjut seakan menangis.
Jungkook mengeluh kasar. Dia memandang sekeliling sehingga matanya terpandang ke arah aku.
Aku tersentak dengan pandangannya. Aku cuba berlagak tenang dan mula melangkah ke arahnya. Kalau ikutkan hati aku tadi, aku nak sahaja lari. Tapi, itu tindakan paling over pernah aku terfikir.
"Kenapa ni?" soal aku, cuba berlagak seperti hubungan kami yang hanya bergelar kawan baik.
Aku memandang ke arah Yeri. Dia menundukkan wajah. Dapat aku dengar esakan halus darinya.
YOU ARE READING
✔️silent couple . jjk
Fanfiction[2019] BOOK #1 (What if we...) "prince charming or silent knight?" start : 27/3/2019 end : 25/7/2019 [HIGH RANKING] #1 in fanfiction #1 in Jungkook #5 in btsff copyright ©️ baeknob 2019