maybe this will be my last updated for this week and maybe afi tak akan update untuk minggu depan sekali. yeay sad to say but aku kena cakap juga. MINGGU DEPAN AKU EXAAAAM SO TERPAKSA HIATUS LUUU FF NI JXJSS. And i hope, this fanfiction will gain more viewers in future. And also i hope bila aku dah buka balik wattpad ni, i'll get 5K views and 2k vote😣💜💜💜
so enjoy!
------
"Kau tak kisah ke naik bas?" aku menggelengkan kepala. Hidung aku masih lagi tersumbat dengan hingus akibat aku menangis tadi.
"Betul ni?" soalnya lagi. Aku mengerlingnya dan mengangguk lemah.
"Asalkan kita balik Seoul secepat yang mungkin." kata aku sebelum memandang ke arah jalan raya semula.
"by the way, aku dah bagitahu nenek yang kita terpaksa balik dulu sebab ada urusan and im not saying that you and Jungkook was fighting so you don't need to worried."
"Thank you." balas aku acuh tak acuh. aku masih lagi dalam mood nak nangis sebenarnya.
"Nampak macam kau nak nangis je tu.. dahlah. Jangan nangis. Aku tak sukalah tengok my princess nangis sebab lelaki. Stop crying!" arah Taehyung, tegas.
Aku tersenyum pendek dan memandang ke arahnya.
"Kalau kau tak suka aku menangis sebab lelaki lagi... tolong jangan buatkan aku menangis sebab lelaki lagi, boleh?"
------
Jungkook masuk ke dalam rumah dengan langkah yang longlai. Dia masih lagi disalahkan kerana kebodohan sendiri.
Cuba kalau dia berterus terang, pasti semua ini tak akan jadi.
"Kookie..." suara tua dari nenek hanya diendahkan oleh Jungkook.
Langkahnya diaturkan ke bilik tidurnya yang pernah dihuni oleh Hayeon untuk satu malam.
Dia menghampiri laci mejanya dan mengeluarkan album gambar miliknya. Dia kemudian membelek helaian album gambarnya dengan pantas.
Dia perlu cari gambar tersebut.
Tapi sayang...
Gambar itu tiada.
Gambar dia bersama dengan Minju.
"ARGHHHHH!" Jungkook menjerit kegeraman lalu menghempas album gambar tersebut di atas lantai dengan kuat.
Dia kemudian menyelerakan katil yang tersusun kemas itu.
"Yah Jeon Jungkook!" Nenek Jeon menarik Jungkook untuk memberhentikan dari terus menyelerakkan bilik tersebut.
"Kalau kau terus buat macam ni, percaya cakap nenek masalah tak akan selesai punya! Cuba kawal perasaan marah tu dan bertenang!"
Jungkook yang tadinya geram dan marah kini dalam keadaan sebak dan menangis teresak-esak.
"M-masalah tak akan s-selesai, nek. Hayeon dah benci k-kookie."
"D-disebabkan kebodohan kook sendiri, kook kehilangan dia." katanya lagi.
------
"Aku tak faham kenapa kita perlu ada dekat bank ni kalau setakat nak duduk dalam ni tanpa buat apa-apa."
Aku diam. Taehyung nampaknya sudah tiada idea dengan tindakan aku yang datang bank dan tidak berbuat apa.
Tujuan asal aku datang ni sebab ingat nak transfer duit yang aku pinjam dekat Jungkook untuk bayar hutang Eomma aku. Tapi nampaknya, aku terpaksa batalkan niat aku bila fikirkan aku tak ada duit sebanyak itu untuk bayar balik dekat Jungkook.
"Jomlah balik." aku berdiri dan ajak dia balik.
"Tak sebelum tu, cerita lah kenapa kau ajak kita datang sini?" soal Taehyung sebaik sahaja dia berdiri. Dahinya berkerut seribu tanda dia tidak faham dengan aku sekarang ini.
Aku menunduk memandang lantai.
"Aku sebenarnya---- tak apalah. Jom balik. Aku penat."
Aku sepatutnya diam dan tidak menyusahkan Taehyung lagi.
-------
Aku berhenti dihadapan sebuah rumah usang yang terletak diatas bukit.
Lama betul aku tak balik dekat rumah ni.
"Jadi, ni rumah kau?" soal Taehyung. Dia kelihatan sedikit termengah.
Ah mungkin dia tidak biasa naik tangga yang setinggi alam ini.
Aku mengangguk.
"Eomma dengan Appa kau ada dekat rumah?" soalnya lagi. Kali ini aku hanya mampu tersenyum lemah.
"Appa aku dah lama tak ada. Eomma pula, dia dah tak tinggal dekat sini sebab..." aku berhenti. Tak sanggup sebenarnya nak teruskan.
Aku taknak Taehyung tahu masalah aku. Sedangkan Jungkook pun aku tak pernah cerita masalah aku, inikan Taehyung.
"Tak apalah. Kalau kau tak bersedia nak cerita dekat aku, aku faham. Pergilah masuk, sejuk kat luar ni." dia tersenyum ke arah aku sambil menyeluk kedua-dua tangannya didalam poket hoodienya.
"Maaf sebab menyusahkan kau." suara aku bertukar sayu.
"Tak menyusahkan punlah. Bukan ke, silent knight patut buat semua ni untuk princess dia ke?" katanya lalu tertawa kecil.
Aku juga turut ketawa kecil. Ayat tak boleh cheesy lagi ke? ey.
"Terima kasih, Tae."
"Everything for you, princess."
Hati aku rasa lapang sedikit bila melihat senyuman Taehyung. Aku suka tengok dia senyum.
Suka tak bermakna aku sudah jatuh cinta dengan dia.
Lagipun cinta aku masih cinta mati dengan Jungkook.
Cuma tulah,
aku terpaksa menjadi manusia yang ego.
Kadang-kadang, tak salahpun jadi ego untuk kepentingan sendiri.
-----
TBC
selamat berpuasa💜
YOU ARE READING
✔️silent couple . jjk
Fiksi Penggemar[2019] BOOK #1 (What if we...) "prince charming or silent knight?" start : 27/3/2019 end : 25/7/2019 [HIGH RANKING] #1 in fanfiction #1 in Jungkook #5 in btsff copyright ©️ baeknob 2019