1230 WORDS!-------
Taehyung bawa aku diatas pentas. Jauh dari Jungkook dan Minju. Bila nampak aku mula menundukkan wajah aku, Taehyung mengangkat dagu aku untuk mengelakkan dari aku menundukkan wajah.
Secara tidak langsung, mata aku mula bertaut pada mata Taehyung. Dia tersenyum kecil dan mula mengusap lembut rambut aku.
"Aku tak suka my princess nampak lemah depan orang lain."
"T-tapi aku--"
"Aku tahu kau kuat. Kalau kau tak kuat, kau mesti tak akan lepaskan Jungkook untuk Minju."
Aku mengetapkan bibir. Taehyung terlalu baik. Tindakannya membuatkan aku selalu berasa tenang.
"Stay strong, my princess. Jangan biarkan diri kau nampak lemah depan orang lain. Aku tak suka bila kau tampak lemah. Arraseo?"
Aku mengangguk perlahan.
Tiba-tiba, Taehyung mencium dahi aku. Itu buatkan aku tersentak dengan hebat. A-aku tak tahu kenapa...
Tapi tindakannya kali ini buatkan aku sedikit tidak selesa.
Klik!
Bunyi kamera itu membuatkan aku menolak Taehyung jauh dari aku. Aku melihat ke arah punca bunyi kamera tersebut.
"Ops. Maaf tapi gambar ini sesuai untuk dijadikan topik hangat di Universiti ini." Joohyun tersenyum lebar ke arah aku.
Mulut aku ternganga mendengar penyataannya.
"Woah. Hayeon dengan Taehyung dah official ke?" kali ini, Jaehyun pula yang bersuara. Suaranya kedengaran begitu teruja.
Aku menoleh ke arah Jaehyun. Aku mahu menerangkan kenyataan sebenar, tapi lidah aku tiba-tiba kelu. Aku memandang ke arah Taehyung yang kelihatan begitu tenang itu.
Aku memberi isyarat mata supaya dia menerangkan kenyataan yang aku dan dia sememangnya tidak ada apa-apa.
Tapi Taehyung hanya mendiamkan diri.
"Both of you look cute together. ship is sailing uwu!" sorakan dari Minju membuatkan semua orang mula bersorak teruja. Aku memandang ke arahnya. Dia memandang dengan senyuman penuh sinis.
Jungkook disebelahnya mula memandang aku tidak puas hati.
Melihat aku yang makin tidak selesa, Taehyung tiba-tiba mendengus kasar hingga membuatkan semua orang terdiam.
"Dari kita terus membuang masa, better kita start sekarang juga scene terakhir ini. Lagipun, festival itu lusa kan? Ha. Habis hari ini, so habislah latihan kita." ujarnya sebelum dia berlalu turun dari pentas.
"B-baik, Taehyung."
------
Jimin keluar dari bilik musik selepas berjumpa dengan Yoongi. Yoongi memanggilnya untuk meminta dirinya menghantar lirik lagu ciptaan Jungkook kepada Jungkook.
YOU ARE READING
✔️silent couple . jjk
Fanfiction[2019] BOOK #1 (What if we...) "prince charming or silent knight?" start : 27/3/2019 end : 25/7/2019 [HIGH RANKING] #1 in fanfiction #1 in Jungkook #5 in btsff copyright ©️ baeknob 2019