------
"Kau okay ke ni kalau aku balik tak teman kau?" aku hanya mengangguk perlahan dan tersenyum nipis ke arah Taehyung.
"Jangan risau, Tae. Aku--" belum sempat aku habiskan ayat aku, ada satu tangan tiba-tiba melingkar dibahu aku.
"Kau tak payah risau. Aku boleh hantar Hayeon balik," kata Jungkook dengan nada dinginnya.
Wajah dingin Jungkook dan wajah dingin Taehyung saling berbalas pandangan. Suasana malam kini terasa sangat dingin sekali.
Satu deheman seseorang membuatkan semua mata diarahkan ke arah figura tersebut.
"Siapa yang nak hantar I balik ni?"
Soalan yang keluar dari mulut Ryuri membuatkan aku menepis perlahan tangan Jungkook. Jungkook kelihatan tersentak dengan perbuatan aku. Aku hanya melemparkan senyuman tipis.
"Jungkook, kau temanlah Ryuri balik. Aku okay je balik sendiri." kataku dengan senyuman manis.
Senyuman yang betul-betul palsu dan menyakitkan.
"T-tapi--"
"Tak apa. Aku okay."
tak aku tak okay. Terlalu tak okay.
----
Aku menghela nafas berat. Langkah diaturkan menuju ke dorm wanita dengan berhati-hati.
Laluan sunyi dilorong yang dilalui oleh aku ini tersangatlah sunyi dan menakutkan. Ditambah pula kesejukan malam ini menambahkan lagi rasa seram itu.
Aku mempercepatkan langkah. Dalam ketakutan, aku terasa seakan ada seseorang sedang mengekoriku. Ditambah lagi dengan bunyi derapan tapak kaki seseorang membuatkan aku menambah lagi had laju langkah aku.
"Shit,"
aku mencarut perlahan apabila derapan tapak kaki itu semakin kuat. Aku sudah bersedia untuk berlari. Namun, tindakan aku terbantut apabila ada satu tangan tiba-tiba meraih lenganku.
Aku terjerit kecil namun cepat-cepat figura tersebut menekup mulut aku dan berkata.
"Sayang, ni aku lah. Jeon Jungkook, lelaki kesayangan kau!"
dengar je suara Jungkook, terus aku berhenti menjerit. Iris mata aku mula diarahkan pada pandangan lelaki itu.
Perlahan-lahan Jungkook menjauhkan tekupan tangannya pada mulut aku. Satu tamparan dihadiahkan pada bahunya.
"Jahat lah kau ni!" kedengaran tawa halus darinya.
Aku mencebik dan memeluk tubuh.
"Kau buat apa dekat sini? kan aku dah cakap, teman Ryuri jangan risau pasal aku."
Jungkook memandang aku dengan mata dikecilkan.
"Smell like someone in jealousy. "
Aku diam. Memang aku dalam perasaan cemburu pun. Nasib baik anak jeon seorang ni dapat tangkap yang aku sedang cemburu.
"Sayang, aku tahu kau marahkan aku. Kau cemburukan Ryuri sebenarnya?"
"Tak. mana ada." nafi aku. Padahal dalam hati dah menjerit sekuat-kuatnya.
"Liar."
"Mana ada cemburu. Tak cemburu pun tengok boyfriend dia lain kemain seronok lagi perempuan lain. Siap kasi banana uyu yang dia beri kat kita tu dekat perempuan lain. Ha tak cemburu pun." nada suara aku sudah berubah seakan ingin menangis.
Sakit dihati terlalu sakit hingga membuatkan aku rasa nak nangis. Tapi, aku tahannya kerana ingin terlihat kuat dihadapan Jungkook.
Jungkook tiba-tiba menarik aku dalam dakapannya. Satu kucupan lembut diberikan pada dahi aku.
"Maaf sayang. Aku tahu kau sakit hati pasal tadi. Aku tak sengaja. Pasal banana uyu tu, aku minta maaf. Aku dah larang, tapi dia tetap degil nak minum. Maaf sayang."
satu lagi kucupan diberikan di dahiku.
"A-aku, aku tak suka Ryuri tu. Dia nampak macam sukakan kau, Kook. Aku takut. Aku takut dia rampas kau dari aku. Terlalu jelas yang dia sukakan kau bila dia cakap kau hanya milik dia." kata aku dengan nada perlahan.
"sayang, It's just supposed to be a joke. Ryuri tak maksudkan pun. Aku dah anggap dia macam adik aku sendiri. Sama macam dia yang anggap aku macam abang dia."
"Itu yang kau rasa, kook. Luaran maybe dia nampak macam anggap kau abang, tapi dalaman? Aku perempuan, Kook. Aku faham apa yang dia rasa,"
Tipulah kalau cakap kalau perempuan dan lelaki menjadi kawan baik tak akan timbul perasaan cinta.
Dulu, aku dengan Jungkook pun berkawan baik. Last-last kami decide untuk lanjutkan hubungan kami ke fasa ini.
Jadi, tak mustahil Ryuri tak ada perasaan cinta yang wujud dalam diri dia. Mesti ada punya.
"Sayang dengar sini.." Jungkook menjauhkan sedikit tubuhnya pada aku. dia mencengkam lembut bahu aku.
Badannya direndahkan sedikit untuk menyamakan ketinggian kami. Matanya yang berwarna coklat sedikit terang itu, tidak lepas dari memandang iris mata aku.
"Cinta aku pada kau, cinta mati. Tak ada orang lain boleh duduk dalam hati aku, kecuali kau. Only you." Jungkook tekankan perkataan only dan you itu untuk menujukan dia benar-benar maksudkannya.
Jungkook merapatkan wajahnya pada wajah aku. Sasarannya adalah bibir aku. Sebelum bibirnya sampai di bibir aku, sempat dia berkata.
"Dan.. aku tak suka kau rapat dengan Taehyung. Kau, kepunyaan aku sorang."
dan bibirnya mula mengucup bibirku. Kehangatan dan kelembutan bibirnya mula dirasai oleh bibirku. Dia mula memainkan rentaknya yang hangat dimalam yang dingin ini.
Rentaknya yang menghanyutkan itu membuatkan aku mula membalas ciuman tersebut.
Dalam keadaan mengasyikan itu, hatiku mula berdoa agar Jungkook benar-benar maksudkannya.
-----
TBC
HIYAAAA HIYAA KONTET!
update untuk meraih kegembiraan 100m buat Boy with luv heheh💜💜💜
Maaf segala kehambaran yang ada. bTW THANKS TO 1K+ VIEWS AND 400+ VOTE!!!
I PURPLE YOU ALLS💜💜
YOU ARE READING
✔️silent couple . jjk
Fanfiction[2019] BOOK #1 (What if we...) "prince charming or silent knight?" start : 27/3/2019 end : 25/7/2019 [HIGH RANKING] #1 in fanfiction #1 in Jungkook #5 in btsff copyright ©️ baeknob 2019