------
Semua mata mula memandang ke arah Minju. Semua memandangnya dengan pandangan tidak percaya.
Terutama aku.
Diri aku rasa tercabar.
Aku mengerling ke arah Jungkook. Dia sedang merenung Jungkook dengan pandangan yang---
tipulah kalau aku cakap aku tak tahu maksud pandangan dia.
Jelas lagi nyata, matanya penuh dengan kesedihan dan kerinduan.
Aku mengetap bibir. Ini tidak boleh jadi. Aku perlu buat sesuatu.
"Okay.. Minju. Kau boleh--" belum sempat Jaehyun menghabiskan kata-katanya, aku tiba-tiba berdiri.
Dan tindakan aku itu mengundang semua mata untuk memandang ke arah aku. Jungkook juga turut memandang ke arah aku dengan riak wajah serba salah.
"y-ye hayeon?" soal Jaehyun.
Aku memandang ke arah Minju yang sedang memandang ke arah aku. Wajah penuh sucinya itu buatkan diri aku makin dicabar.
Aku memandang ke hadapan semula sebelum berjalan bergerak ke hadapan; bergerak menghampiri Jungkook.
Semasa aku melangkah, rata-rata semuanya sudah berbisik sesama sendiri.
Semasa aku melangkah juga, Jaehyun sudah saling berpandangan dengan Jaemin. Manakala aku dan Jungkook sedang memandang satu sama lain.
Apabila aku sudah berdiri disebelah Jungkook, terus aku memaut lengannya.
"S-sayang.." bisikan perlahan Jungkook hanya diendahkan oleh aku.
Semua yang memandang ke arah aku, mula menterbeliakkan wajah. Aku mencuri pandang ke arah Minju.
Aku ingat dia akan terkejut, tapi sebaliknya dia hanya memandang dengan wajah yang penuh suci.
"Jaehyun." aku memanggil nama Jaehyun tanpa memandang ke arahnya.
"Y-ye?"
"Aku mahu jadi The shrek. Aku mahu jadi heroin bersama dengan, Jungkook."
"T-tapi min-minju--" belum sempat Jaehyun menghabiskan ayatnya, Minju terlebih dahulu memotongnya.
"It's okay. Kita suruh Jungkook buat pilihan. Sama ada saya... atau Hayeon yang dia akan pilih." dia tersenyum senget ke arah aku.
Aku berdengus perlahan.
"Jadi, Jungkook. Antara saya... atau dia? choose your heroin."
Wajah Minju kelihatan begitu yakin. Dia mula memeluk tubuhnya.
Aku menoleh ke arah Jungkook. Dia sedang menggigit bawah bibirnya sambil merenung ke arah Minju, lama.
Apabila aku gerakkan sedikit tangannya, baru dia menoleh ke arah aku. Dia menghela nafas berat.
YOU ARE READING
✔️silent couple . jjk
Fanfiction[2019] BOOK #1 (What if we...) "prince charming or silent knight?" start : 27/3/2019 end : 25/7/2019 [HIGH RANKING] #1 in fanfiction #1 in Jungkook #5 in btsff copyright ©️ baeknob 2019