----------
"Bodoh." sepatah je yang keluar dari mulut aku lepas sahaja aku lari keluar dari bilik seni tersebut.
"Kenapa lancang sangat mulut kau ni, Hayeon! Kau memang menempah maut!" aku menampar beberapa kali mulut aku.
Aku tak sangka aku boleh bertindak sebodoh itu. Elok-elok aku nak merajuk biasa je dengan Jungkook...
sekali perkataan keramat itu muncul.
Nasib baiklah lepas aku cakap macam tu, aku terus bangun dan berlari keluar. Aku tak sanggup mendengar kata putus dari Jungkook.
aku terlalu ikut emosi. aku tahu, dalam hubungan kami, bukan Jungkook sorang je yang bermasalah. Aku sedar, yang aku pun bermasalah.
Buktinya, aku masih lagi keluar dengan Taehyung walaupun sudah dilarang. Aku juga manusia paling ego dalam hubungan kami. Dan akulah manusia yang cepat sangat bersangka buruk dengan Jungkook.
Aku mengeluh perlahan. Aku menghampiri kerusi panjang yang terletak disebelah mesin air itu dan mula melabuhkan punggung disitu.
Selang beberapa detik, ada satu huluran air milkis berperisa susu soda sejuk dihulurkan kepada aku.
Aku mendongak untuk melihat gerangan yang memberi minuman tersebut.
Jungkook.
Ah, tak sangka dia kejar aku.
"Ambil air ini, Hayeon. Minum dan lepas itu, kita bincang pasal tadi." katanya sambil memandang aku dengan mendatar.
Aku menundukkan kepala sambil menyambut hulurannya. Setelah itu, Jungkook mengambil tempat disebelah aku.
"Aku tahu, kau tak maksudkan pun pasal tadi. Kau terlalu ikutkan perasaan marah."
aku diam.
"Silap aku juga, sebab selalu buat kau tertanya-tanya. Jadi, disebabkan aku taknak akhiri hubungan kita berdua... aku akan cerita pasal aku dan Minju. dan kenapa aku pilih Minju dan bukannya kau sebagai heroin aku."
Aku menoleh ke arah Jungkook. Dia tidak memandang ke arah aku, sebaliknya dia menunduk dan memandang ke arah minuman tinnya.
"Aku dengan Minju... pernah jadi pasangan kekasih. Kitorang putus pun sebab mak aku yang suruh. Sebelum kitorang putus tu, entah macam mana.. aku dengan dia pernah terlanjur. But entahlah. Aku tak ingat pun sama ada ye atau tidak aku pernah terlanjur dengan dia. and yeah, after my mum tahu pasal ni. Dia paksa aku putus dengan Minju. Dia siapa ugut aku lagi.
Nak taknak, aku terpaksalah. Lepas je kami putus, aku terus tak dengar khabar berita pasal dia. Dia terus tak datang sekolah dan masatu heboh pasal dia kena buang."
Jungkook berhenti berkata dan mula mencicip sedikit minumannya. Dia kemudian, mula tersenyum pahit.
"Aku terkejut. Dihimpit rasa bersalah yang amat dekat dia. Aku ada jugalah cari dia bersama dengan Taehyung dan Jimin. Tapi sayangnya, kitorang tak jumpa dia. Bila pergi rumah dia, mak dia cakap diorang dah halau Minju. Dengar je mak dia cakap halau, terus perasaan bersalah tu menghimpit aku lagi.
Perasaan tu menghimpit aku sehinggalah aku terjumpa kau. Bila aku dah jumpa kau, perasaan tu automatik hilang. Malah digantikan dengan perasaan suka dan sayang dekat kau. Bila aku kenal kau juga, baru aku sedar yang selamani cinta aku dengan Minju hanya cinta suka-suka. But cinta aku pada kau, cinta yang serius."
aku tak tahu nak cakap apa sekarang ni. sumpah. aku terkejut gila apabila dia cerita semua ini dekat aku.
"J-jadi kau pilih dia sebab kau masih simpan perasaan serba salah dan bukannya.. masih suka dia?"
Jungkook menganggukkan kepala.
Aku mengeluh perlahan. Susah juga nak selesaikan masalah yang melanda kami berdua ni.
Cuma satu je lah penyelesaian yang mudah.
"Kook, aku rasa... kita sememangnya patut putus. Pergilah semula dekat Minju. Bahagiakan dia macam mana kau pernah bahagiakan aku," aku tersenyum pendek ke arahnya.
Senyuman palsu.
Setiap bait kata yang aku lantungkan, memakan diri aku sendiri. Aku sendiri yang sakit hati bila dengar apa yang aku cakap.
"Hay--"
"Kalau itu sahaja cara untuk kau hilangkan rasa serba salah itu, aku sanggup lepaskan kau, Kook."
------
"Jimin." lelaki itu berhenti menulis. Wajahnya diangkat untuk melihat insan yang tiba-tiba menegurnya itu.
Ryuri.
Jimin berdengus perlahan. Dia mula mengemas peralatan tulis dan bukunya. Dia perlu elakkan diri dari gadis ini.
"Jimin, wait!" Ryuri menahan tangan Jimin apabila lelaki itu mahu beredar.
Lelaki itu mula menepis tangan milik Ryuri.
"Jangan dekat dengan saya, Ryuri!" kata Jimin, keras.
"Tak selagi you tak terima I,"
Jimin mengeluh berat. Dia memandang ke arah Ryuri sedalam yang mungkin.
"Ryuri... saya tak boleh nak terima awak. I'm not like what you expect. I'm not a good person for you."
Dia mengetap bibir. Dia sememangnya tidak layak untuk gadis itu.
"This is life, Jimin. Not Heaven. So why you need to be a good person just for me? Ok listen, Jimin. I don't fucking care lah you ni macam mana. You baik je, tak jahat pun. I kenal you since we're 15 kot. I dah kenal sangat you macam mana."
"Sebab awak dah kenal saya lama lah, saya tak boleh terima awak. Saya anggap awak macam adik saya, Ryuri. Tak lebih."
Ryuri sengaja memekakkan telinga. Kenyataan yang memeritkan itu sengaja dia berpura-pura tidak dengar.
"But not me.. I tak pernah anggap you macam abang I. I anggap you, lebib dari seorang abang." suaranya mula kedengaran sayu.
"Ryuri..." Jimin mula memegang kedua-dua bahu Ryuri dan mula mengusap perlahan.
"Saya terlalu jahat untuk awak. Macam mana saya nak berdamping disebelah awak kalau saya ni terlalu kejam dalam percintaan, hm?"
"M-maksud y-you?"
"Kalau awak nak tahu, saya yang musnahkan hubungan Minju dengan Jungkook. Saya yang hasut mak Jungkook untuk paksa mereka putus."
------
TBC
lONG tIME nO sEe yOu gUys!
YOU ARE READING
✔️silent couple . jjk
Fanfiction[2019] BOOK #1 (What if we...) "prince charming or silent knight?" start : 27/3/2019 end : 25/7/2019 [HIGH RANKING] #1 in fanfiction #1 in Jungkook #5 in btsff copyright ©️ baeknob 2019