11

2.9K 501 39
                                    

p/s : ramainya silent readers :"(( btw thanks support walaupun awak menjadi silent readers❤❤

---

"30 ribu? Eomma dah gila? Mana Yeon nak cekau duit sebanyak tu?" secangkir kopi ditanganku mula dicicip perlahan bersama dengan hati yang resah.

Resah dengan permintaan gila Eomma yang tidak masuk akal itu.

"Tolonglah, sayang. Eomma terdesak ni. Kamu tak kesian dekat Eomma ke?" suara sayu dan lembut dari Eomma buatkan aku mengeluh berat.

Inilah perkara yang aku paling tak suka.

"Eomma.. Yeon bukan taknak tolong. Tapi Yeon---" belum sempat aku habiskan ayat aku, terbit satu makian dari hujung talian yang terhasil dari bibir Eomma.

"Dasar anak tak kenang budi. Selama ini aku bayarkan kau punya yuran pengajian, macam ni kau balas dekat aku? Aku minta 30 ribu pun susah!"  ujarnya dengan lantang dan keras.

Aku mengetap bibir. Menahan rasa sakit yang mula menyerang hati. Dari makiannya itu, sememangnya dapat menunjukkan bahawa aku dan Eomma sememangnya tidak rapat.

Eomma tidak pernah sekalipun berlembut dengan aku kecuali semasa dia terdesak mahukan duit. Eomma aku pun sebenarnya jarang sekali menelefon aku tanya khabar.

Bila dia mula menelefon aku pun, sebab nak duit. Itu aja.

Dan hari ini, dia menelefon aku hanya kerana dia memerlukan 30 ribu untuk melangsaikan hutang judinya. Paling gila, dia minta duit itu dimasukkan didalam akaun banknya, malam ini juga.

"Bukan macam itu Eomma. Yeon--"

"Kau sememangnya anak tak guna. Eh sakit pula lah hati aku bila telefon kau ni. Kau memang tak pernah anggap aku macam emak kau pun! Sebabtu dengan emak kau sendiri ni, kau nak berkira" ujar sinis dan tajam.

Satu keluhan berat dihembuskan dengan sukar. Hati aku makin lama makin sakit dengan cacian yang tidak masuk akal dari Eomma itu.

"Eomma--" belum sempat aku meneruskan  kata-kata aku, Eomma terlebih dahulu mematikan talian.

Aku tersentak dengan perbuatannya, tanpa amaran air mata aku mula mengalir .

Aku memejamkan mata dan mula melayan perasaan sendiri. Aku menangis tanpa mengeluarkan sebarang esakan kerana takut menganggu rakan sebilik aku.

"Kau memang tak pernah anggap aku macam emak kau pun! sebabtu dengan emak kau pun, kau nak berkira!"

kata-kata Eomma tadi masih segara diingatan aku. Aku menggelengkan perlahan kepala aku. Menafikan kenyataan tersebut.

"Yeon sayang Eomma. Yeon tak pernah pun beranggapan macam itu"

Aku faham. Sebab utama kenapa Eomma layan aku seperti itu, disebabkan dia tersalah faham tentang kejadian yang meragut nyawa mendiang appa aku.

"Yeon sayang Eomma."

-----

Aroma dari ttaebokki pedas yang masih berasap itu mula menusuk ke dalam rongga hidungnya. Baunya sudah cukup untuk membangkitkan selera seseorang.

Jungkook tersenyum riang sambil membawa bekas makanan yang berisi ttaebokki tersebut menghampiri Hayeon yang sedang membaca buku dihujung cafeteria ini.

Namun, senyuman lelaki itu mula kendur apabila terlihat wajah masam mencuka dari Hayeon itu. Dia mengerutkan dahi sambil memerhatikan wajah kekasih hatinya yang kelihatan tidak ada mood itu.

✔️silent couple . jjkWhere stories live. Discover now