Pementasan drama kami sudah dimulakan. Sekarang ini, sudah masuk babak dimana Jungkook dan Minju terpaksa bercium dan itu buatkan hati aku sedikit pedih.
"I am too ugly for you, Prince. I--"
Ciuman dari Jungkook membuatkan Minju terdiam. Mereka begitu menghayati watak yang dilakonkan oleh mereka.
Aku mengalihkan pandangan ke arah lain. Terasa ada satu tangan mula mengenggam kuat tangan aku.
Aku menoleh ke arah Taehyung.
Dia sedang menggengam kuat tangan aku.
"I'm here to you, princess. just closer your eyes jikalau kau rasa kau tidak mampu melihatnya."
aku mula memejamkan mata seperti mana yang disuruh oleh Taehyung.
"Take a breath slowly." aku mula menarik nafas perlahan.
"Now, you can open your eyes. Mereka sudah habis."
Aku membuka mata seperti mana yang telah diarahkan oleh Taehyung.
"Ini babak terakhir kau bersama dengan Jungkook."
Taehyung menolak perlahan tubuh aku beserta dengan senyuman senget. Aku menghela nafas berat.
Aku memandang ke arah pentas yang sudah dihias. Aku mula melangkah masuk ke atas pentas dan mula menghayati watak.
Aku ketepikan dahulu perasaan aku dan mula berhadapan dengan Jungkook.
Apabila musik dimainkan, kami mula menari. Baru sahaja aku mahu melontarkan dialog aku, tiba-tiba sahaja lampu dimatikan.
Semua penonton termasuk lah barisan pelakun mula panik.
"Hayeon?!" nama aku dilaung serentak oleh Jungkook dan Taehyung.
Baru sahaja aku ingin menyahut, ada satu tangan tiba-tiba sahaja menekup mulut aku. Aku mahu meronta namun kepala aku tiba-tiba terasa pening.
"Disebabkan kau selalu menganggu fikiran Jungkook...Aku akan hapuskan kau, Jung Hayeon."
hanya itu sahaja yang dapat aku dengar sebelum aku mula tidak sedarkan diri.
------
"Hayeon?" Taehyung mula panik apabila Hayeon langsung tidak menyahut panggilannya.
Sudahlah gelap, hanya lampu dari telefonnya sahaja dapat dia jadikan sebagai pencerah.
Merata dia mencari Hayeon, namun dia tidak nampak kelibat gadis itu.
"Jung Hayeon?!" Jungkook juga turut mencari Hayeon. Namun dia juga menerima nasib yang sama seperti Taehyung.
Jungkook menggigit bawah bibirnya, geram. Hatinya mula bertambah tidak sedap.
"Kim Minju?!"
Kelihatan juga, Minju turut hilang. Apabila lampu berjaya dibuka, memang jelas kelihatan bahawa Hayeon dan Minju sudah hilang.
"Kook! Hayeon dengan Minju dah hilang!" jerit Jaehyun sambil berlari ke arahnya dan juga Taehyung.
Jungkook dan Taehyung saling berpandangan.
"Aku tak sedap hati kalau Minju hilang sekali dengan Hayeon." kata Taehyung lalu mendengus kasar.
"Shit!" Jungkook mencarut perlahan.
"Jae, kau call polis sekarang juga. Lepastu kau ajak budak-budak cari dia sekitar uni kita ni. Tae, kau ikut aku sama-sama cari diaorang kat blok atas."
YOU ARE READING
✔️silent couple . jjk
Fanfiction[2019] BOOK #1 (What if we...) "prince charming or silent knight?" start : 27/3/2019 end : 25/7/2019 [HIGH RANKING] #1 in fanfiction #1 in Jungkook #5 in btsff copyright ©️ baeknob 2019