16

2.4K 434 45
                                    

----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

----

Suasana di meja makan teramatlah dingin dan hening. Semua termasuk nenek Jeon mendiamkan diri dan menikmati makanan tanpa sebarang bicara.

Aku menyuap sedikit makanan ke dalam mulut aku sambil mata memerhatikan dua lelaki yang duduk berhadapan aku dan nenek Jeon.

Jeon Jungkook dihadapan aku, manakala Kim Taehyung dihadapan nenek.

Mereka berdua kelihatan dingin.

Walaupun riak wajah Taehyung tidak berapa ketara, tapi riak wajah Jungkook jelas menunjukkan yang dia tidak selesa dengan kehadiran lelaki disebelahnya itu.

"Hay, makan ikan ni. Sedap tau." Taehyung mencubitkan sedikit isi ikan tersebut menggunakan penyepitnya lalu diletakkan didalam mangkuk nasi aku.

Aku hanya tersenyum janggal ke arahnya.

Bibir Jungkook dicebikkan apabila Taehyung tiba-tiba bertindak sebegitu. Dia menjeling tajam ke arah Taehyung.

Dia kemudian menyumbatkan berkali-kali nasi ke dalam mulutnya tanda dia sedang protes dalam diam.

"Ni, Jungkook. Ibu dengan Papa kau bila nak balik sini? Busy betul mereka sampai tak ada masa nak lawat nenek dekat sini," nenek yang tadinya mendiamkan diri, tiba-tiba bersuara.

Semua mata mula ditumpukan pada Jungkook. Jungkook mengunyah perlahan makanannya sambil meletakkan penyepitnya disisi mangkuk.

Dia mengangkat wajahnya dan memandang nenek Jeon sambil menggelengkan kepala.

"mereka kata, mereka masih tiada masa yang sesuai untuk datang sini. Sebab itulah, dia suruh Kookie datang melawat Nenek semasa cuti sem ni. Sebagai wakil lah kiranya."

"Ibu dengan papa kau tu, kuat sangat bekerja. Kerja,kerja juga. Rehat tu pun penting. Pening aku tengok mereka berdua tu. Sibuk sangat nak kerja harta dunia." bidas nenek. Jungkook hanya tersenyum nipis.

"Ni, kau taehyung. Papa kau masih jarang pulang ke rumah ye?" Taehyung berhenti dari aktiviti menyuap makanannya.

Dia mengunyah perlahan makanannya sambil mengangguk perlahan.

"katanya, dia banyak kerja yang masih belum selesai dekat hospital tu,"

Nenek Jeon menggelengkan kepala.

"Kau orang berdua ni, memang senasiblah. Dua-dua keluarga sibuk kerja harta dunia sampai mengabaikan anak sendiri."

"Nenek, apa kata kita berhenti cakap pasal itu. Kita sambung makan. Kesian kookie dengan Hayeon. Dia terpaksa dengar bebelan nenek pula," kata Jungkook, dia ingin mematikan perbualannya dengan menukar topik.

"Aigoo. Nenek lupa yang kita ada Hayeon sebagai tetamu! Hayeon-ssi. Makanlah sampai kenyang. Makan banyak-banyak ye. Lepasni, Jungkook akan tunjuk bilik untuk kamu berehat."

-------

"Ni bilik kau, sayang. Maaflah bersepah sedikit. Maklumlah, ni bilik aku so kau faham-fahamlah lelaki bujang macam mana kan?" dihujung kata Jungkook terselit dengan tawa halusnya.

Aku hanya ketawa kecil.

"Terima kasih."

"Kalau kau tak selesa dengan keadaan bilik ni, kau bagitahu aku." tambah Jungkook lagi.

"It's okay, Jungkook. Bilik kau ni dah good enough for me. Thank you, Jungkook." aku tersenyum manis ke arahnya sebelum aku meletakkan beg roda aku dipenjuru bilik.

"Kalau dah tak ada apa-apa, aku pergi dulu. Kau, kalau ada apa-apa masalah just call me. Or pergi je bilik aku dekat hujung tu. Okay, sayang?" aku mengangguk laju.

"Good night, and i love you, sayang."

aku tidak membalas sebaliknya hanya tersenyum manis. Sebaik sahaja Jungkook hilang dari pandangan, terus aku memulakan operasi melihat sekeliling bilik.

Bilik Jungkook ini tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Bilik ini dimuatkan dengan sebuah katil bersaiz biasa, meja belajar dan juga sebuah rak yang telah dipenuhi oleh beberapa buah buku komik.

Aku menghampiri meja belajar milik Jungkook dan disebabkan tangan aku gatal untuk membuka laci disetiap meja belajar itu, jadi aku buka kesemuanya.

Tiada yang menarik. Semuanya hanya beberapa buah buku catatan dan beberapa batang pen dan juga pensel.

Oh kejap. Aku seperti ternampak sebuah album gambar sahaja. Aku mengangkat sebuah buku catatan. Di bawahnya memang terdapat sebuah album gambar.

Dengan pantas, aku terus menyambarnya. Aku menutup kesemua laci tersebut dan membawa album tersebut ke arah katil.

Aku duduk disisi katil.

Aku mengusap perlahan album gambar tersebut. Diatas permukaan kulit sudah tertulis nama Jeon Jungkook. Dan jelaslah disini bahawa ini album miliknya.

Aku menyelak satu persatu gambar tersebut dan tersenyum sendiri apabila melihat telatah comel Jungkook didalam gambar tersebut.

Apabila aku membuka helaian yang terakhir, tangan aku terus terhenti membelek. Mata aku terbutang luas apabila terlihat sekeping gambar yang terselit disitu. Gambar itu diambil dan diperhatikan lama sebelum tangan aku terlepas dari memegang gambar tersebut.

Mata aku automatik berair dan hati aku mula terasa seperti dipatahkan.

Sekeping gambar yang mengambarkan seorang lelaki iaitu Jeon Jungkook dan seorang gadis yang aku tidak pasti bersama sedang berpelukan dalam keadaan yang sangat intim.

Senyuman bahagia dari Jungkook dan gadis tersebut membuatkan hati aku terpanah satu perasaan hebat.

Jadi sebab ini, Jungkook nak sangat rahsiakan hubungan kami?

------

TBC

Aku tak sangka masih ada yang sudi baca ff ni walaupun jalan cerita sudah kelaut djsjjs

Aku tak sangka masih ada yang sudi baca ff ni walaupun jalan cerita sudah kelaut djsjjs

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
✔️silent couple . jjkWhere stories live. Discover now