12

2.7K 433 103
                                    

-----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-----

"Aku tak kira, kau kena juga bagi aku 30 ribu tu kalau kau masih nak jadi anak aku!"

Aku menggigit bawah bibir aku, resah. Rambut panjang yang dibiarkan lepas hingga menyebabkan terjuntai dikawasan muka, mula dikuak kebelakang sambil memejamkan mata.

"Kalau eomma nak 30 ribu, Yeon boleh bagi tapi separuh-separuh jelah. Yeon tak boleh nak bagi 30 ribu tepat sebab Yeon pun tak ada  duit sebanyak itu," aku berkata dengan lembut dan perlahan.

Mata mula melilau sekeliling lorong sunyi ini, takut-takut ada orang terdengar pula perbualan aku dengan Eomma ini. Satu malasah lah kalau mereka dengar.

Aku bersandar pada permukaan pintu bilik makmal sambil mengurut perlahan pelipis aku.

"Ah lantaklah! Janji kau bagi aku duit!" jerkah Eomma sebelum dia mematikan panggilan.

Aku menghela nafas yang terasa berat.

"30 ribu... mana aku nak dapat duit sebanyak tu? "

Kalau kerja part time dan kasi Eomma separuh-separuh, sampai bila nak cukup 30 ribu itu? Lagi-lagi, Eomma kalah judi dan berhutang dengan ahlong. Memang jawabnya sampai matilah kena bayar hutang yang tak akan pernah habis itu.

Aku menyimpan semula telefon pintar aku. Baru sahaja kaki yang terasa lemah ini ingin melangkah pergi dengan kepala yang serabut, pintu yang dijadikan tempat bersandar aku mula  dibuka oleh seseorang dari dalam.

Terhinjut bahu aku sedikit akibat terkejut. Aku menjarakkan sedikit diri aku dari pintu. Mata aku terbutang luas apabila melihat figura yang baru sahaja membuka pintu tersebut.

"T-taehyung?"

wajah lelaki itu kelihatan sungguh serius dan beku. Dia memandang aku dengan tajam sambil menyelukkan kedua-dua tangannya kedalam poket kot makmal.

Wajah beku bersama dengan kot makmal membuatkan dia kelihatan sempurna. Terlalu kacak.

"Bagi aku nombor account bank kau, kejap lagi aku bank in 30 ribu dalam account kau."

Mata aku terbutang luas. Lelaki ini dengar apa yang aku bualkan dengan Eomma?

Damn.

Aku memandang ke arah lain dengan resah.

"A-apa kau cakapkan ni, Tae? U-untuk apa kau n-nak bank in 3-30 ribu dalam account aku? Nonsense!"

aku cuba untuk buat seperti tidak ada apa pun yang berlaku walhal aku memang sangat memerlukan 30 ribu itu.

Dapat aku tangkap, tawa halus dari Taehyung beserta dengan derapan tapak kakinya yang mula mara menghampiri aku.

Bunyi derapan tapak kaki itu mula hilang disebabkan Taehyung sudah berdiri betul-betul dihadapan aku. Taehyung mula menarik wajah aku untuk memandang ke arahnya dengan menggunakan tangan kanan.

Manakala tangan kiri, sudah dilekapkan pada dinding untuk mengunci pergerakan aku.

Jari-jemari kasarnya mula bermain pada permukaan wajah aku. Dari dahi, jarinya mula bergerak meneroka setiap penjuru wajah aku sehingga jarinya berhenti pada kawasan bibir aku. Lama dia memandang kawasan bibir aku sebelum dia menatap mata aku dengan tajam.

Damn. Kenapa suasana ini lebih kuat dari semasa Jungkook melakukan benda yang sama pada aku?

Suasana yang dicipta oleh Taehyung lebih kuat dan menggoda. Manakala Jungkook lebih kepada romantis dan lembut.

Lelaki itu mula mendekatkan wajahnya pada kawasan batang leher aku. Hembusan hangat dari penafasannnya menbuatkan aku dalam keadaan sukar untuk bernafas.

Dari hembusan hangat dileher aku, kini hembusan hangat itu beralih pada permukaan telinga aku.

"Im your silent knight, babe. Aku tahu kau ada masalah dengan Eomma kau, sayang." suara garaunya yang diromantiskan mula menyapa gegendang telinga aku. Aku menggigit bawah bibir aku.

Sedaya upaya untuk aku  mengawal diri supaya aku tidak termakan dengan godaannya. Wajah Jungkook berkali-kali cuba diingatkan tapi malangnya setiap kali memikirkan wajah Jungkook, pasti wajah Taehyung akan diselitkan sekali.

Wajahnya itu, mula kembali menghadap wajah aku semula. Lelaki itu tersenyum senget.

"Apa gunanya aku sebagai silent knight kau, kalau aku tak boleh nak bantu kau selesaikan masalah kau kan.... my princess?"

Damn, Taehyung. Kau buatkan aku tiba-tiba serba salah dengan Jungkook.

-----

Dari tingkat atas, lelaki itu dapat lihat dengan jelas perbuatan dua manusia dikawasan makmal itu. Seorang kekasihnya dan seorang lagi sahabatnya.

lelaki itu menggigit bawah bibirnya dan mengepal tangan hingga menjadi penumbuk dengan geram.

Nafasnya sukar untuk diatur kerana amarah yang kian menggunung.

"Aku dah kata, jangan rapat dengan lelaki tu, Hayeon. dia akan rampas kau dari aku dengan cara halus. Sehalus yang mungkin."

-----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-----

TBC

kesian gak kekadang jungkook asyik dipersalahkan je wkwkwkw. ha nanti akan ada part yang Jungkook luahkan kenapa dia taknak dedahkan status dia dengan hayeon. HAAHHA

stay tuned!

stay tuned!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
✔️silent couple . jjkWhere stories live. Discover now