17

2.4K 434 51
                                    

cuma nak kasitahu, Ryuri bukan antagonis yang sebenar wkwkw dia cuma penyibuk sahaja haha.

cuma nak kasitahu, Ryuri bukan antagonis yang sebenar wkwkw dia cuma penyibuk sahaja haha

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

------

"Kau boleh sana sikit tak? Sempitlah bodoh!"

"Kaulah sana! Aku dah hujung katil kot!" kali ini, Taehyung tidak mahu mengalah. Dia menghimpit Jungkook.

"Jangan tolaklah, sengal!" Jungkook menolak Taehyung jauh darinya. Taehyung tidak duduk diam, dia juga turut menolak Jungkook.

"Kau yang tolak ak--"

"ARGHH!!"

Disebabkan aksi tolak menolak dari mereka berdua, akhirnya kedua-dua dari mereka terjatuh dari katil.

Jungkook mengusap punggungnya yang terasa sakit manakala Taehyung mula memegang pinggangnya yang terasa sakit.

Alkisahnya disini, mereka berdua terpaksa berkongsi satu bilik yang sama disebabkan rumah nenek Jeon hanya terdapat 3 bilik sahaja.

Dan disebabkan kedua-dua mereka mahukan katil bersaiz single itu, dua-dua sekali baring diatas katil tersebut hingga mereka gaduh dan mulalah aksi tolak-menolak hingga mereka terjatuh seperti ini.

"Kau ni sumpah menyusahkan. Sudahlah pengacau!" marah Jungkook. Dia menjeling tajam ke arah Taehyung.

Wajah dingin Taehyung mula dihalakan kepada Jungkook.

"Bila pula aku jadi pengacau? Aku memang datang sini bertujuan nak jenguk nenek kau!" marah Taehyung, semula. Apa dia ingat dia je boleh marah?

"Tu nenek aku, bukan nenek kau! Pergi jenguk nenek kau lah!"

"Suka hati aku lah!"

Jungkook mula berdiri. Begitu juga dengan Taehyung. Dia mula berdiri dan mereka saling renung-merenung.

"Kau sebenarnya datang sini sebab nak kacau aku dengan Hayeon kan? Kau memang manusia tak guna, tahu tak?"

Taehyung ketawa sinis.

"Sumpahlah, kau sekarang ni macam budak-budak. Kau fikir aku tak ada kerja ke? Lagipun bukannya aku tahu pun kau datang sini dengan Hayeon." Taehyung mula menyelukkan tangannya didalam saku seluarnya.

"Tapi, kalau aku datang sini nak kacau kau dengan Hayeon pun, apa salahnya. Kau dengan dia bukan ada apa-apa special relay pun kan?" Dia tersenyum sinis ke arah Jungkook.

Kata-katanya tadi membuatkan Jungkook mengetap gigi.

"Kau diam. Kau tidak tahu apa-apa pasal aku dengan dia. Jadi better kau diam sebelum tangan ni jejak dekat muka kau," amarah Jungkook beserta dengan amaran.

Makin galak lelaki dihadapannya itu ketawa sinis.

"Apa yang aku tahu, kau dengan dia cuma kawan baik je. Tak lebih dan tak kurang. Jadi, aku ada perluang untuk tackle dia kan? Wah best betul kalau dapat Hayeon sebagai kekasih!" Sengaja. Ye dia sengaja menaikkan amarah Jungkook.

Bukan dia tidak tahu pasal hubungan dalam diam diantara Hayeon dan Jungkook. Bodoh betul kalau dia cakap dia tidak tahu.

Terlalu nampak kot. Siap bawa balik rumah nenek lagi. Tak akan tak ada apa-apa?

"Kau jangan cabar aku, Taehyung." Jungkook cuba mengawal amarahnya. Tangannya kelihatan bergeletar semasa menundingkan jari kepada Taehyung.

"Buat apa aku nak cabar kau, sedangkan kau bukannya kekasih dia kan?" Kening diangkat tinggi. Dia sememangnya sengaja.

Dia mahu lelaki dihadapannya ini berterus terang tentang hubungan sebenar.

"Siapa kata? Aku sememangnya boyfriend dia. Aku boyfriend kepada Jung Hayeon! Dia milik aku! Puas? Jadi tolong, jangan cabar aku."

Dang!

Ini yang dia tunggu.

Taehyung tersenyum kemenangan.

"Finally, kau jujur juga pasal hubungan kau."

Jungkook menguak rambutnya kebelakang. Dia jeling tajam ke arah Taehyung.

"Please rahsiakan pasal ni. Jangan sampai budak-budak Uni tahu pasal hubungan aku dengan Hayeon. Aku tak nak mereka tahu." Jungkook berkata dengan keras. Dia berura-ura untuk beredar namun kakinya terhenti apabila Taehyung berkata sesuatu yang membuatkan segala kisah silamnya berputar semula.

"Kenapa? Kau takut Hayeon akan ditimpa senasib yang sama macam.... Kim Minju?"

Jungkook memejamkan mata. Dia menelan air liur yang terasa perit.

----

tbc

insyaAllah malam sikit lagi, aku update lagi. tapi tak janji!

 tapi tak janji!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
✔️silent couple . jjkWhere stories live. Discover now