Rajin-rajinkan lah diri untuk memenuhi ruang komen ye hehe~♡
----
Kejanggalan apakah yang aku sedang rasa ini?
Tersepit diantara dua oleh lelaki yang cukup kacak buatkan aku sedikit sesak nafas.
Sepanjang perjalanan kami bertiga, semua membisukan diri. Aku berjalan sambil menunduk wajah.
Jungkook sentiasa berjalan disebelah kanan aku, manakala Taehyung berjalan dibelakang kami.
Dapat aku rasakan tenungan dari Taehyung. Tapi, aku cuba abaikan perasaan itu dan cuba berlagak tenang.
"Macam mana kau boleh terlepas keluar ni?" soal Jungkook, ingin tahu. Aku tersengih ke arahnya.
"Guna jalan belakang."
Jungkook memandang aku lalu ketawa halus. Baru je tangannya ingin mengusap rambut aku, Taehyung berdehem. Dan itu membuatkan tindakan Jungkook terhenti.
Jungkook mencebik dan menayangkan wajah menyampahnya.
"Kau berdua ni, nampak rapat je. In relationship ke?" soal Taehyung. Matanya asyik merenung ke arah aku hingga aku terpaksa larikan mata aku, memandang ke arah lain.
Sungguh tidak selesa.
Jungkook dengan tiba-tiba memeluk pinggang aku dan merapatkan badan aku padanya. Aku sedikit terkejut tetapi masih mampu mengawalnya.
Entahlah.
Aku suka bila badan kami bersentuhan. Degupan jantung aku sentiasa laju mengepam darah.
Jungkook really drive me crazy.
"We're bestfriend lah, hyung. Kau tak tahu ke?" Jungkook tersenyum lebar sambil memandang ke arah aku.
Apabila mata aku terpaut pada matanya, dia mula mengenyitkan mata. Terus, aku melarikan pandangan ke arah lain. Pipi aku mula terasa bahang.
aku mengeluh perlahan.
Kalaulah perkataan bestfriend itu bertukar menjadi 'girlfriend'. Akulah wanita paling bahagia didunia ini kerana dapat memiliki cinta lelaki popular ini.
Tapi sayangnya, hubungan kami hanya..
silent couple. silent relationship yang orang tak boleh tahu atas sebab yang aku sendiri tak faham apa.
"Kalau bestfriend pun...." Ayatnya sengaja dibiar tergantung sepi. Taehyung mula bergerak menghampiri kami.
Kemudian, Taehyung dengan tiba-tiba menolak Jungkook jauh dari aku. Itu membuatkan aku sedikit terkejut. Wajah Jungkook kelihatan tidak puas hati selepas ditolak sebegitu.
"Tak payahlah kot peluk dia sampai macam itu. Dia bukannya kekasih kau," usai berkata sebegitu, dia terus
berjalan meninggalkan aku dan Jungkook.
YOU ARE READING
✔️silent couple . jjk
Fanfic[2019] BOOK #1 (What if we...) "prince charming or silent knight?" start : 27/3/2019 end : 25/7/2019 [HIGH RANKING] #1 in fanfiction #1 in Jungkook #5 in btsff copyright ©️ baeknob 2019