05

3.5K 448 30
                                    

TERIMA KASIH UNTUK 500+ VIEWS AND 100+ VOTE❤❤❤

TERIMA KASIH UNTUK 500+ VIEWS AND 100+ VOTE❤❤❤

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-----

Jungkook memasuki sebuah bilik yang dipenuhi dengan alatan musik. Dia mencari susuk tubuh seseorang didalam bilik musik tersebut.

Dia masuki ke dalam lagi kawasan bilik tersebut hingga dia terlihat seseorang sedang duduk dihadapan sebuah piano yang diletakkan ditengah-tengah bilik ini.

Jungkook tersenyum apabila orang yang dia ingin jumpa, akhirnya ditemuinya.

"Hyung," sapaan Jungkook membuatkan lelaki itu memusing untuk melihatnya. Apabila dia terlihat Jungkook, lelaki itu ketawa sinis.

"Lama kau tak datang , tiba-tiba muncul dah kenapa?" soal lelaki itu sambil tersenyum segaris kepada Jungkook.

Jungkook mula ketawa perlahan.

"Kau ni, Hyung. Time aku datang ni, cuba appreciate sikit," katanya sambil memeluk bahu lelaki tersebut.

"Macam mana aku nak appreciate kalau kau datang dengan tangan kosong je. Lain kali, bawalah 'makanan' untuk aku!"

Jungkook menolak bahu lelaki itu, kasar.

"Berhenti merokok lah, takguna!"

Lelaki itu mencebik. Dia menekan kekunci piano itu dengan geram. Bingit telinga ini apabila mendengar bunyi yang terhasil dari kegereman lelaki itu.

"Tak payah nak protes sangatlah, Hyung. Kau kena sedar wahai Min Yoongi, kau itu pensyarah dekat sini. Kau jangan cuba buat pasal pula dengan seludup rokok masuk Uni! Jangan jadi seperti perigi cari timba pula!" leter Jungkook, panjang lebar.

Dia geram dan tak faham dengan sikap kawannya itu. Sudah mempunyai ilmu didada yang tinggi tapi masih bodoh nak buatkan diri sendiri kena buang universiti.

Pensyarah takguna yang tak patut dicontohi!

"Kau datang sini nak membebel dekat aku je ke ha? baik tak payah!"

Jungkook menarik bibirnya hingga terukir senyuman lebar. Matanya tiba-tiba bertukar bersinar selepas itu.

Yoongi mengecilkan matanya sambil memandang ke arah Jungkook. Dari segi perwatakan Jungkook sekarang ini, dia seakan dapat baca apa yang lelaki muda itu mahukan.

"Kau nak suruh aku tulis lirik lagu untuk kau ke apa hah? Eee malaslah aku. Dahlah kalau aku tulis pun, kau bukan jenis reti nak credit nama aku pun!" Yoongi meluahkan rasa tidak puas hatinya.

Dia sedang protes.

Masih segar diingatannya, dimana dia telah menciptakan sebuah lagu untuk Jungkook dan Jungkook telah menyanyikan lagu tersebut lalu dipost di Youtube Channel miliknya. Lepas itu, sedap-sedap je mengaku lagu itu ditulis olehnya!

✔️silent couple . jjkWhere stories live. Discover now