Areum sempat memandang ke arah jalan raya yang agak sesak dengan orang ramai. Dan terdapat jugak ambulance disitu.
Mungkin saja ada berlaku kemalangan. Detik hati Areum lagi dan hanya melangkah kaki meneruskan perjalanannya untuk pulang ke rumah. Tambahan pula laluan tersebut merupakan laluan utamanya untuk pulang ke rumah.
Areum sempat memandang ke arah kawasan kemalangan tersebut sebelum melihat seorang lelaki yang sedang terbaring di atas jalan raya dan tubuhnya sudah ditutup dengan kain. terdapat jugak darah di kawasan tersebut.
Dia juga melihat akan seorang lelaki yang sedang merenung tubuh tersebut.
"ohh... kau..." kata Areum saat memandang wajah lelaki yang sedang merenung tubuh yang terbaring di atas jalan raya. Dia kembali teringat akan lelaki yang cuba untuk membunuh dirinya hari tu.
Tanpa sedar Areum hanya memandang lelaki tersebut sebelum lelaki tersebut turut sama memandang ke arahnya.
"kau nampak aku?" tanya nya sebelum dia menghampiri Areum.
Areum pura pura memandang ke arah lain tetapi dia kemudiannya menganggukkan kepalanya.
Lelaki tersebut tersenyum dan senyuman lelaki tersebut membuat Areum tertanya tanya.
"kenapa?"
"kenapa apa?" tanya lelaki tersebut lagi sebelum dia memandang wajah Areum.
"kenapa kau senyum?" tanya Areum pula.
"oh..." kata lelaki tersebut dan sekali lagi dia tersenyum.
"sebelum tu aku nak ucapkan terima kasih dekat kau... sebab kau dah selamatkan aku dari bunuh diri hari tu..."
Areum hanya menganggukkan kepalanya.
"aku rasa gembira dengan kematian aku kali ni..." katanya lagi.
Areum hanya mampu menganggukkan kepalanya sahaja sebelum dia melihat lelaki yang sama yang pernah menunggu lelaki tersebut sewaktu dia ingin membunuh diri berjalan menghampiri mereka berdua.
"nampaknya ada orang datang jemput kau untuk kali kedua..." kata Areum selamba.
Lelaki tersebut memandang ke arah yang dimaksudkan oleh Areum sebelum dia kembali memandang ke arah Areum.
"siapa??" tanyanya sedikit keliru.
"malaikat maut...? orang yang akan bawa kau pergi dari dunia ni... orang yang akan pisahkan kau dari dunia yang kejam ni..." kata Areum selamba sebelum dia memandang ke arah lain.
"yook Sungjae..." panggil malaikat maut tersebut.
Sungjae hanya menganggukkan kepala sebelum dia memandang ke arah Areum.
Areum hanya tersenyum tawar dan hanya menganggukkan kepalanya perlahan lahan. membiarkan lelaki itu pergi dari situ.
"semoga kau tenang disana..." kata Areum lagi.
"terima kasih... kau adalah penyelamat aku... dan aku akan ingat kebaikan kau tu sampai bila bila..." kata Sungjae sebelum dia melambai lambaikan tangan ke arah Areum.
Areum hanya tersengih.
"jadi encik grim reaper. Boleh kita pergi sekarang??" tanya nya lagi.
"Yook Sungjae, 24 tahun, meninggal sebab kemalangan jalan raya..."
Sungjae hanya menganggukkan kepalanya.
"kau tahu tak yang kau patutnya meninggal waktu dekat jambatan hari tu?" tanya lelaki yang memakai pakaian serba hitam tersebut sambil merenung ke arah Sungjae.
Sungjae hanya menganggukkan kepalanya. Dia tahu yang waktu tu dia memang benar benar tekad... tetapi takdir lain telah muncul dan disebabkan itu dia tidak mati kerana membunuh diri.
"aku tahu betapa susahnya hidup kau dekat dunia. jadi aku bagi peluang untuk kau."
"peluang? peluang apa? untuk hidup semula?" tanya Sungjae sebelum dia tersengih.
"nak ke?" tanya malaikat maut tu kembali.
"bukan macam tu encik grim reaper cuma peluang tu akan datang lagi ke lepas dua peluang saya dapat?"
"peluang yang kau tunggu tunggu selama ni..."
"apa dia?"
"untuk lupakan semua perkara yang terjadi dalam hidup Yook Sungjae yang malang tu..."
Sungjae sedikit teruja dengan peluang yang diberikan itu tetapi kemudian dia teringat akan sesuatu. "dan aku akan lupakan semuanya?? semua?"
Encik grim reaper menganggukkan kepalanya lagi.
"termasuk dengan gadis yang tolong saya?"
"yap..."
Sungjae kemudiannya menggelengkan kepalanya. "takpelah... aku tetap dengan ingatan aku... sebab aku dah janji dengan dia yang aku takkan lupakan dia..."
Grim reaper tersebut hanya tersenyum sinis.
"okay... kau boleh masuk mana mana pintu yang kaki kau langkah..." katanya lagi.
Sungjae hanya menganggukkan kepalanya sebelum dia bangun.
"terima kasih..." katanya sebelum dia beredar dari situ hilang disebalik cahaya yang terang.
Lelaki tersebut hanya mengangguk anggukkan kepala saat melihat Sungjae yang akan bahagia di sana nanti.
"tak sangka pengakhiran kau cukup indah sekali..."
"tenang lah kau dengan memori memori yang indah sahaja..." katanya lagi.
YOU ARE READING
fated of love~
Fantasypertemuan kita bukanlah satu benda yang tak disengajakan tapi... kita sudah ditetapkan untuk bertemu.