50

7 0 0
                                    

Semuanya kembali normal.

Areum meneruskan pembelajaran seperti biasa bagi mendapatkan segulung ijazah.

Hidupnya sudah pun normal?

"YAHHH!!!" jerit Areum saat melihat Yui dan Angelica sedang baring di atas katilnya.

Yui dengan Angelica terus bangun.

"jangan lah marah Areum... sumpah kiteorang sangatlah excited sebab kau invite kiteorang datang rumah kau..." kata Yui pula sambil tersengih penuh bahagia.

"bila masa aku invite korang hah?!"

Yui mencebik.

"kau tak excited ke tengok kiteorang kat sini?" tanya Angelica pula.

Areum terus menggelengkan kepala.

"sombong ye sekarang ni... mentang mentang sekarang dah final year... tahun depan dah graduate... dah kekwat ek..."

"memang pon..."

"kau langsung tak jenguk kiteorang kat sekolah ek..."

"buat apa jenguk korang?" tanya Areum pula.

Yui dan Angelica serentak mencebik.

"sombong..."

"memang sombong pon... dah dah... keluar sekarang..." halaunya lagi sambil melempar bantal miliknya ke arah mereka berdua.

"alaa..."

"kenapa nak suruh kiteorang keluar?? Kau bawa balik lelaki ehh?"

Areum menjeling ke arah Angelica sebelum gadis hantu itu mendiamkan diri.

Dia sendiri pelik kenapa tetiba si Yui dengan si Angelica ni boleh keluar dari sekolah tu... tapi ye lah kan sampai bila mereka nak duduk dalam tu??

"yah... yah... jom g travel..." kata Angelica kepada Yui tiba tiba.

Areum yang mendengarnya hanya membiarkan saja mereka dengan planning. Areum berjalan menuju ke tingkap biliknya dan duduk di situ. Tingkap bilik ni lah menjadi saksi betape bosannya hidup dia.

Time cuti atau takde class... dekat sini lah tempat Areum duduk. Termenung... dan kemudiannya tiba tiba sahaja dia menangis.

Ada satu perasaan sakit yang amat sangat sehingga dirinya tidak dapat mengawalnya. Perasaan tersebut menusuk nusuk hatinya.

"Areum... kau taknak ikut kiteorang travel ke?"

Areum hanya menggelengkan kepalanya sahaja, no thanks.

Mereka memandang ke arah Areum yang sedang asyik memandang keluar jendela, "Areum..." panggil diorang lagi.

"hmmm apa dia?"

"betul ni kau taknak ikut kiteorang travel?"

"korang travel pakai apa?? kenapa aku nak kena ikut korang sedangkan aku sorang je yang terpaksa habiskan duit??"

Yui dan Angelica hanya tersengih bodoh.

"okay lah kalau macam tu... kiteorang pergi dulu..."

Yui pula hanya menyokong kata kata Angelica sebelum dia menganggukkan kepalanya.

"jom... jom..."

"bye bye Areum..." dan suasana menjadi senyap.

Areum hanya tersenyum tawar, best jugak jadi korang... macam takde masalah hidup jew.

"elok jadi batu... lagi tak menyusahkan orang..." kata Areum sendirian.

Suasana pada malam itu sedikit dingin dan Areum dapat rasakan angin meniup lembut di permukaan pipinya. Dia kemudiannya hanya memejamkan matanya menikmati malam tersebut.

Sebenarnya sejak akhir akhir ni dia sedikit busy dengan studynya. Memandangkan dia bakal graduate tahun depan... jadi ada beberapa perkara yang dia akan lakukan.

Omma... appa... sekali lagi Areum berjaya teruskan hidup ini sendirian.

Tak lama lagi Areum bakal graduate. Bakal dapat segulung ijazah.

Dan sekali lagi tiada sesiapa disisi Areum.

Meraikan kejayaan Areum.

Air mata mengalir keluar.

Dia menangis teresak esak. Dan tiada sesiapa pon yang tahu.

Tiada sesiapa yang datang memujuk.

Tiada sesiapa yang memeluk erat tubuhnya seraya berkata "aku kan ada... aku akan ada dengan kau sampai bila bila..."

Dan tiada sesiapa pon yang mengesat air mata ini

Kecuali dirinya sendiri.

fated of love~Where stories live. Discover now