Park Bogum memegang erat tangan Areum sebelum mereka melangkah menuju ke bandar.
"ni ke tempat yang kau nak datang dengan aku Park Bogum??" tanya Areum memandang Park Bogum yang masih erat memegang tangannya.
Park Bogum hanya menganggukkan kepala,
"tapi ramai sangat orang..."
"kau tak suka??"
Areum menganggukkan kepalanya sahaja sebelum dia memegang erat lengan lelaki tersebut.
"nak pergi tempat yang takde orang??" tanya Park Bogum memandang ke arah Areum.
"nak..."
Dan mereka hanya duduk di atas rumput sambil mengadap sungai han.
"kenapa kau nak pergi tempat ramai orang??" tanya Areum memandang ke arah Park Bogum.
"sebab aku suka dengar orang orang ramai berteriak waktu count down nak masuk tahun baru..."
"ohhh... kau setiap tahun pergi ehh??"
Park Bogum menggelengkan kepala, "tahun lepas?? First time aku pergi tapi sebab kerja... bukan sebab nak sambut tahun baru pon..."
Park Bogum melihat jam tangannya, "tiga minit sebelum tahun baru..."
Areum hanya tersengih.
"selalunya apa yang kau buat??" tanya Park Bogum sebelum dia memandang Areum yang hanya memerhati pemandangan malam disitu.
"tido..."
"serious lah??"
Areum menganggukkan kepalanya, "yap... aku tidur... aku selalunya dah tidur sebelum pukul 12... sebab aku takut ada yang menganggu aku..."
"dan hari ni... first time aku sambut tahun baru selepas aku kehilangan parents aku... dengan kau pulak tu..."
"its nice right?? dapat sambut tahun baru dengan aku??"
"no... masih ada 2minit sebelum tahun baru..." kata Areum lagi.
Park Bogum hanya tersengih, "aku saje je bawak kau datang sini sebab view kat sini pon cantik..."
"bunga api??"
Park Bogum menganggukkan kepalanya.
"okay... nice..." kata Areum gembira. rasanya dia pon sudah lama tidak melihat bunga api.
"ada pape yang kau nak buat sebelum tahun 2018 tamat??"
Areum hanya mengangkat bahunya sahaja, "hidup aku boring laa weih... aku kerja... pergi sekolah... belajar sebab aku nak hidup jew... kau?? Ada sesuatu yang kau nak buat??"
"ada tapi benda yang aku nak buat ni... adalah permulaan untuk 2019..."
"pulak... apa dia??"
"tunggu laa pukul 12 tgh malam..."
"alaa..."
"okay... lagi 10 sec sebelum pukul 12..." kata Park Bogum memandang ke arah jam tangannya.
Areum hanya memerhati sahaja Park Bogum sambil tersengih.
"lima... empat... tiga... dua... satu..."
Dan bunga api mula menghiasi malam yang gelap... sebelum Park Bogum mendekati Areum dan mencium bibir gadis tersebut.
Areum terkejut dengan tindakan Park Bogum tetapi dia hanya memejamkan matanya sahaja.
"aku sayangkan kau..."
Areum memandang ke arah Park Bogum, "jadi ni yang kau nak buat??"
Park Bogum menganggukkan kepalanya, "ada orang cakap kalau kau kiss orang tu tepat 12 tengah malam sebelum masuk tahun baru... kau akan kekal bersama dengan dia sampai bila bila..."
Areum hanya ketawa mendengar kata kata Park Bogum, "yelah tu..."
"betul lah..."
"okay dah..." kata Areum sebelum dia memeluk tubuh Park Bogum dari sisi.
"sekarang boleh tak kau tengok benda yang lagi indah untuk malam ni..." kata Areum melihat ke arah bunga api yang belum lagi habis.
"cantik kan?" tanya Areum sebelum Park Bogum menganggukkan kepalanya.
"cantik sangat..."
"yah... apa yang kau harapkan akan terjadi tahun 2019??" tanya Areum sebelum dia memandang ke arah Park Bogum.
"semoga tahun 2019 adalah permulaan yang baik untuk kita berdua??"
Areum hanya tersenyum.
"dan aku harap aku dengan kau akan bersama selamanya..." sambung Park Bogum lagi sebelum dia mencium bibir Areum.
Mata Areum bertemu dengan mata Park Bogum sebelum Areum melingkarkan lengannya di leher Park Bogum.
"yah... takpe ke kalau kita bercinta??" tanya Areum sebelum dia merenung wajah lelaki tersebut.
Park Bogum memandang Areum, "maksud kau??"
"kau kan bukan manusia..."
"tiba tiba je... tiba tiba kau takut dekat tuhan ke sedangkan sebelum ni kau selalu maki dia??"
Areum hanya ketawa, "bukan macam tu... Cuma..."
Park Bogum hanya memandang sahaja Areum yang sudah pun duduk diribanya dan masih lagi memeluk erat lehernya,
"Cuma apa??"
"takde pape lah..." kata Areum sebelum dia meletakkan kedua tangannya di kedua pipi Park Bogum.
"kau rasa ni bukan kutukan dari tuhan untuk kita kan??"
Park Bogum hanya tersengih mendengar pertanyaan Areum,
"dan kalau ni betul betul kutukan dari tuhan, aku rasa ni adalah kutukan yang paling indah untuk kita berdua..." kata Park Bogum sebelum dia kembali mencium bibir Areum.
Areum turut sama membalas ciuman lelaki tersebut.
"aku harap cinta kita akan kekal sampai bila bila..."
Areum menganggukkan kepalanya dan sekali lagi dia mencium bibir Park Bogum. Park Bogum memeluk erat tubuh Areum.
"dan aku harap kau akan sentiasa ada dengan aku... saat aku perlukan kau... dan rindukan kau..." kata Areum lagi.
Dan tiada sesiapa yangboleh menghalang cinta kita.
YOU ARE READING
fated of love~
Fantasypertemuan kita bukanlah satu benda yang tak disengajakan tapi... kita sudah ditetapkan untuk bertemu.