"weih..."
"ishh jangan ganggu aku lah!" marah Areum lagi.
Dia yang baru sahaja pulang dari bekerja malam hanya mendengus kasar apabila ada seorang hantu mengekorinya.
"alaaa... kau kan suka bantu kami... tolong lah bantu aku kali ni..." katanya masih mengikut Areum.
Areum menggelengkan kepala sebelum menutup telinganya pura pura tak dengar.
"alaaa... tolong laa aku..." katanya lagi.
"KAU NAK APA HAH!" tengking Areum sebelum dia merenung tajam ke arah hantu yang asyik mengikutnya dari tadi.
Dia merenung tajam ke arah perempuan tersebut sebelum perempuan tersebut tersengih. Dia baru sahaja ingin mengatakan hasrat hatinya tetapi tiba tiba dia terdiam.
"emmm takpe lah... bye..." kata hantu perempuan tersebut sebelum dia menghilangkan diri.
Areum hanya mengerutkan keningnya sebelum mengangkat bahu.
"tahu pon takut..." kata Areum sendirian disitu sebelum dia berpaling untuk meneruskan perjalanannya.
Dia terhenti saat ada seseorang yang sedang berdiri betul betul dihadapannya.
"kau nak apa?" tanya Areum mendengus kasar. Terkejut lah weih!
Dia akhirnya sedar kenapa hantu tersebut beredar dari situ kerana ada grim reaper yang sedang berdiri dihadapannya.
"macam tu ke cara kau bercakap dengan orang ek?"
Areum hanya tersenyum sinis, "masalahnya depan aku ni benda yang cabut nyawa orang dan bukannya orang..."
"tapi sebelum ni aku adalah orang... orang yang banyak buat salah kan?" tanya lelaki itu cuba untuk memancing Areum.
Areum hanya mencebik, "emmm... layak lagi ke kau, aku nak sebut sebagai orang?"
"pape je lah... aku bukan nak sangat pon berjumpa dengan kau. dan ni orang panggil TER serempak..."
"kerap jugak kita TERSEREMPAK kan?" tanya Areum pula.
"pape je lah..." kata grim reaper tersebut dan dia sempat memandang ke arah Areum.
"kau mesti nak tahu kan aku baru balik dari mana?"
Areum menggelengkan kepalanya, "taknak tahu..." kata Areum selamba.
"esok satu sekolah kau, mungkin akan terima berita tentang kematian salah seorang pelajar dari sekolah kau..."
"ohhh okay... mati jugak dia akhirnya" kata Areum selamba sebelum dia ingin beredar dari situ.
"yelah... sebab tuhan tu adil... walaupon ada orang yang cuba ubah takdir hidup orang lain tapi takdir tetap takdir..."
Areum mencebik. "adil?? tuhan tu adil kau cakap?? kau tengah buat lawak ek??"
"dan kau terserempak dengan aku semata mata nak cakap benda bodoh tu ke?" sambung Areum lagi.
"kenapa aku rasa kau ni manusia yang paling teruk yang pernah aku jumpa?"
Areum hanya tersengih... "ada lagi laa yang teruk dari aku..."
"siapa?"
"kau??" kata Areum selamba sebelum dia terus beredar dari situ.
"ishhh dia ni... menyakitkan hati betul laa..."
aku dah banyak kali dengar berita tentang kematian seseorang... dan aku dah lali dengan semua tu...
semua orang yang datang akan pergi... bila bila masa jew.
**
"Kim Taehee, 17 tahun, meninggal akibat jatuh dari tangga..."
Taehee memandang ke arah lelaki yang memakai pakaian serba hitam sedang duduk dihadapannya.
"aku dah mati?" tanya nya lagi.
Grim reaper tersebut menganggukkan kepalanya.
"tak mungkin lah..." katanya cuba menafikan hakikat yang sebenarnya.
"ye... kau dah mati... sekarang kau boleh masuk ke mana mana pintu yang kaki kau melangkah..." katanya memandang ke arah banyak pintu yang ada berdekatan dengan mereka.
"tapi aku tak nak mati lagi..." katanya menangis semahu mahunya.
"ada banyak penyesalan yang pernah aku nampak... dan aku tak rasa kau terbeban dengan banyak penyesalan sebab kau masih muda..."
"tapi aku tak pernah bersedia untuk tinggalkan dunia ni lagi..."
"takde yang bersedia untuk benda yang kita tak boleh nampak kan?"
"Areum..." katanya tiba tiba saat dia mendengar ayat yang keluar dari lelaki tersebut.
"kejap... tak boleh bagi aku masa lagi ke??" rayu nya sambil memandang ke arah lelaki tersebut.
Dia hanya menggelengkan kepala. "masa kau dah tiba..."
"aku nak minta maaf dekat Areum... tolong aku..."
Lelaki tersebut merenung ke arah Taehee sebelum menggelengkan kepala, "mungkin penyesalan kau tu adalah hukuman untuk kau dengan apa yang kau dah buat dekat dunia..."
YOU ARE READING
fated of love~
Fantasypertemuan kita bukanlah satu benda yang tak disengajakan tapi... kita sudah ditetapkan untuk bertemu.