13

13 0 0
                                    

Areum hanya mendengus kasar saat ada orang yang sedang menganggunya dan mengikutnya untuk pulang ke rumah.

"ISH JANGAN GANGGU AKU LAH..." marah Areum sebelum dia sempat menepis tangan hantu tersebut yang cuba untuk menyentuhnya.

"AKU TAK GANGGU KAU PON KAN!" tengking Areum sebelum dia merenung tajam ke arah hantu tersebut manakala kakinya masih lagi melangkah dan beredar dari situ sebelum dia terlanggar sesuatu.

"aduh..." kata Areum sebelum dia memegang dahinya.

Dia memandang ke arah lelaki grim reaper yang tiba tiba sahaja muncul dihadapannya.

"jalan tengok mana??" tanya nya lagi sempat memandang ke arah Areum.

"ish... dia ni lagi..." kata Areum sebelum dia mencebik. tadi dah jumpa dekat café... dan sekarang kena jumpa lagi??

"apa??" tanyanya saat melihat Areum mencebik ke arahnya.

"apa apa??" tanya Areum pula.

Lelaki grim reaper hanya mencebik sebelum Areum turut sama mencebik.

"dia tiba tiba muncul depan kita..." kata Areum selamba sebelum dia berjalan meninggalkan lelaki tersebut.

Lelaki tersebut memandang ke arah Areum sebelum dia menghilang dan kembali muncul disebelah Areum.

"kenapa dengan dahi kau??" tanyanya lagi.

"takde pape lah..."

"patut lah... hari ni kau turun kan rambut kau..." katanya lagi.

Areum hanya mencebik. "ish... tadi hantu yang ikut aku... dan sekarang ni kau pulak??"

"okay laa dari hantu yang ikut kau kan??"

"dua dua sama je..." kata Areum selamba.

"okay laa... aku dah tolong kau dari kena kacau kot..."

"oh ye ke?? Terima kasih..." kata Areum langsung tak ikhlas dan dia sedar yang hantu yang cuba kacau nya sudah pon tiada.

"tak ikhlas langsung..."

Areum mencebik, "kau boleh tengok ke keikhlasan aku??"

"takde laa... habis macam tu je??"

"tak cukup ke terima kasih dari aku??" tanya Areum lagi.

"kalau ye pon... senyum laa sikit..." katanya lagi.

Areum berhenti melangkah sebelum dia memandang ke arah lelaki tersebut, "sebenarnya, kau suka kat aku kan??" tanya Areum lagi.

"heh?? Suka dekat kau?? Tatau laa pulak kau ada sifat perasan macam ni..." katanya lagi.

Areum mencebik, "cakap je laa yang kau memang suka dekat aku pon... takpe... aku faham... memang lumrah manusia pon... ehhhh... manusia ke?? Emmm... memang lelaki akan jatuh cinta pon dekat aku ni... tambah tambah aku comel macam ni..." kata Areum sempat memuji dirinya sendiri.

"kenapa kau perasan sangat ni?? sejak bila pulak aku suka dekat kau?? Dan sejak bila kau comel?"

"sejak mula mula kita jumpa lagi laa kot... kenapa kau pulak yang tanya bila kau suka kat aku?? Kau lebih tahu kan jawapan tu... well... aku memang comel pon..." kata Areum selamba.

"hello... jangan perasan boleh tak??"

Areum hanya mencebik... "okay bye..."

"macam tu je?? Kurang asam punya budak..." katanya lagi.

"terima kasih..." kata Areum sempat tersengih ke arahnya.

"untuk apa??"

"sebab sukakan aku..." kata Areum sebelum dia ketawa lagi.

"aku tak sukakan kau pon lah..." jeritnya saat Areum sudah berjalan meninggalkannya.

"takpe... aku faham... lelaki memang ego pon..." kata Areum sempat melambaikan tangan ke arahnya lagi. dia tersenyum puas sebab berjaya kenakan lelaki tersebut.

Dan lelaki tersebut turutsama tersenyum saat melihat Areum yang tersenyum. Boleh senyum rupanyaperempuan ni.

fated of love~Where stories live. Discover now