8

22 0 0
                                    

"anak... anak ada nak beli sesuatu tak?"

Areum yang berjalan terus berhenti sebelum memandang ke arah seorang perempuan tua yang sedang tersengih ke arahnya, kelihatan wanita tersebut menjual barang barang lama.

"anak berminat?" tanya nya lagi.

Areum tak sampai hati untuk menolak dari membeli barangan tersebut. Dia kemudian terpandang sebentuk rantai yang sudah pun menarik perhatiannya.

Tangannya baru sahaja ingin mencapai rantai tersebut sebelum ada tangan lain yang terlebih dahulu mengambil rantai tersebut. Dia kemudiannya hanya menggigit bibir sebelum berpaling ke arah orang yang berjaya mengambil rantai tersebut.

Areum hanya meggeleng gelengkan kepalanya. kenapa dia?

"kau ni memang suka muncul depan aku ek" tanya Areum memandang ke arah lelaki grim reaper yang ralit merenung rantai tersebut. Cuma kali ni lelaki ini tidak memakai topi seperti selalunya. dan adakah topi tersebut yang membuatkan dia tidak dapat dilihat oleh manusia lain?

Areum mendiamkan dirinya saat melihat lelaki tersebut mengalirkan air mata.

"kau dah kenapa?" tanya Areum lagi sebelum dia menggeleng gelengkan kepala.

"kenapa laa aku selalu jumpa dengan benda yang pelik pelik ek..." detik hati Areum sebelum dia memandang ke arah wanita tua yang sedang tersenyum memandang ke arahnya.

"anak nak beli??" tanya nya memandang ke arah Areum dan belum sempat Areum menjawab pertanyaan wanita tersebut.

"saya nak beli makcik..." kata lelaki tersebut sebelum mengesat air matanya.

Areum hanya mencebik.

"kau nak beli apa apa tak??" tanya lelaki tersebut sebelum dia memandang ke arah Areum.

Areum menjeling ke arah lelaki tersebut sebelum dia memandang ke arah wanita tua yang sedang memandang ke arahnya.

"mungkin lain kali saya datang lagi..." kata Areum kepada wanita tersebut sebelum wanita tua tersebut tersenyum dan menganggukkan kepala.

Areum terus melangkah pergi dari situ sebelum lelaki tersebut muncul dihadapan Areum.

"ish dia ni... kau nak apa?" tanya Areum memandang ke arah grim reaper tersebut.

"nah... untuk kau..." kata grim reaper tersebut menghulurkan rantai yang baru dibelinya kepada Areum.

Areum memandang ke arah lelaki tersebut sebelum dia menggelengkan kepala, "aku tak terima sesuatu dari benda yang aku tak kenal..." kata Areum lagi.

Ish dia ni... suka hati dia je panggil aku benda...

"ambik je lah... kau tahu tak yang umur aku ni dah 390 tahun dan kau jangan nak biadap dengan aku sangat ek..." katanya lagi terus menarik tangan Areum dan meletakkan rantai tersebut ditangannya.

"kau tak menyesal ke bagi kat aku ni??"

"kenapa nak menyesal pulak??"

"bukan main lagi kau menangis tengok rantai ni..." kata Areum selamba.

"ambik je lah... lagipon kau yang nampak rantai ni dulu..." kata nya lagi.

"okay... thankyou..." kata Areum sebelum dia beredar dari situ.

"ehhh kejap..."

"apa lagi encik grim reaper??"

"Kim Taehee cakap dia minta maaf dengan apa yang dia dah buat kat kau.."

Areum mengerutkan keningnya sebelum dia tersenyum. orang akan menyesal bila semuanya dah berakhir.

"okay bye..." kata Areum lagi sebelum dia benar benar beredar dari situ.

fated of love~Where stories live. Discover now