38

9 0 0
                                    

Areum memejamkan matanya sebelum dia menyebut nama lelaki yang dicintainya.

"Park Bogum... Park Bogum... Park Bogum..."

"weih... dah dah lah panggil nama aku... aku dah ada kat sini kan??"

Areum mencelikkan matanya sebelum melihat Park Bogum sedang berdiri dihadapannya. Dia tersenyum bahagia.

"haah... betul lah... aku tak perlu call kau pakai phone pon... panggil nama kau macam ni pon dah boleh buat kau muncul depan aku macam ni..."

Park Bogum hanya mencebik.

"kenapa panggil aku?" tanya nya lagi.

Areum memandang lelaki tersebut sebelum dia mengeluh, "tak boleh ehh??"

"bukan tak boleh sayang... Cuma aku ingatkan kau dalam masalah tau..."

"memang dalam masalah pon..."

"masalah apa??"

"masalah yang aku rindukan kau sangat sangat..." kata Areum terus dia melompat ke arah Park Bogum sebelum dia mencium cium pipi lelaki tersebut bertubi tubi.

"ehhh budak ni..." katanya sebelum dia mengelak dari terus dicium oleh Areum.

"wae??"

"takkan kau rindukan aku sampai macam ni sekali??"

Areum menganggukkan kepalanya lagi.

"sebenarnya... aku happy sebabbbb......"

"sebab apa??"

"sebab aku dapat tawaran masuk universiti!!!!!" kata Areum sedikit excited.

Park Bogum hanya tersengih melihat gelagat Areum. "aku tahu... kau memang pandai..."

Areum hanya tersengih mendengar kata kata lelaki tersebut.

Park Bogum mengusap kepala Areum, "so... apa preparation yang kau nak kena buat?"

Areum berfikir sejenak, "pasal tu... kau jangan risau... pandai pandai lah aku uruskan diri..."

"betul ni??"

Areum menganggukkan kepalanya lagi.

"kenapa kau matang sangat ehh??"

"ni Areum lah..."

"aku harap lepas ni kau lebih berani hadapi masalah yang akan datang..."

Areum memandang ke arah Park Bogum sebelum dia memeluk tubuh lelaki tersebut, "kenapa cakap macam tu? kau nak suruh aku ditimpa masalah ke??"

Park Bogum hanya tersengih, "bila kau masuk u, aku bukan ada dengan kau 24 jam tau... tu maksud aku..."

"ohh... cara kau cakap macam lain tau... jangan buat aku risau boleh tak??"

"kau kan penakut... nanti kalau kau jumpa beraneka hantu lagi... aku nak kau hadapi diorang dengan berani dan buat mereka semua takut dengan kau sampai diorang taknak kacau kau... okay??"

Areum tersengih mendengar kata kata lelaki itu, "baik boss..."

"so apa yang kita nak buat lagi??" tanya Park Bogum memandang ke arah Areum.

Areum kemudiannya meleraikan pelukan lelaki itu.

"hah..."

Park Bogum memandang ke arah Areum, "kenapa??"

"nak tengok movie dengan kau... boleh??"

"maksudnya? Tengok wayang?" tanya Park Bogum pula. Dia teringat yang dia ada jugak mencabut nyawa orang yang sedang menonton wayang. Yang pasti tempat tu gelap dan sejuk. Hahaha

Areum menganggukkan kepalanya lagi.

"jom pergi sekarang..."

"ehhh... tak semestinya malam ni... esok pon boleh laa..." kata Areum lagi.

Park Bogum terus memegang tangan Areum, "kenapa nak kena tunggu esok..." katanya sebelum mereka hilang dari rumah Areum.

"kita kat mana ni?" tanya Areum sebelum melihat dirinya dan Park Bogum berada di sebuah tempat yang sungguh moden. Semua barang didalam rumah tersebut berwarna putih. Sungguh cantik sekali.

"rumah aku..." kata nya lagi sebelum dia memetik jarinya.

Suasana rumahnya yang terang menjadi gelap sebelum dia menekan satu suis yang ada didalam rumahnya sebelum dinding dihadapan Areum bergerak dan timbul sebuah skrin besar sebesar skrin di panggung wayang.

"wauu..." kata Areum lagi.

"tengok... aku bukan kolot sangat..." kata Park Bogum sebelum dia menarik Areum duduk di sofa.

"haha siapa cakap kau kolot??"

"kau lah... sebab aku tak reti guna phone..."

Areum tersengih sebelum dia melentokkan kepalanya di lengan lelaki itu, "habis aku rasa kau sorang je kot kat atas muka bumi ni yang tak reti guna phone..."

"mana ada..."

"okay... kalau macam tu bila kau nak guna phone??"

Park Bogum memeluk bahu Areum, "kenapa aku perlukan phone kalau setiap kali kau panggil aku, aku akan tetap muncul depan kau??"

"okay... faham... kalau kau tak muncul depan aku kan... mesti aku akan kecewa..."

"jangan kecewa please... sebab aku takkan biarkan tu terjadi..."

"hahaha... ingat sweet?? Dah... kita nak tengok cerita apa ni??" tanya Areum lagi.

"emmm... cerita apa ehh?? Maklumlah... ni first time aku guna benda alah ni..."

Areum memandang ke arah Park Bogum sebelum dia tersengih, "pulak..."

"yelah... takde sebab untuk aku tengok..."

"aku dah lama teringin nak tengok dalam skrin besar macam ni sebab nya aku tak boleh masuk pon dalam wayang..." kata Areum sambil tangannya menekan remote sebelum menekan butang play melihat tajuk yang tertera di skrin.

Titanic menjadi pilihan Areum.

"boleh kita mula??" tanya Areum memandang ke arah Park Bogum sebelum dia hanya menganggukkan kepala.

Dia sempat memeluk tubuh Areum dan mereka hanya ralit melihat cerita cinta tersebut bersama.

Dan malam mereka dihabiskan bersama.

fated of love~Where stories live. Discover now