Areum berjalan di taman sambil menikmati suasana malam itu yang sedikit dingin. Dia baru sahaja usai menyelesaikan tugasnya bersama pensyarahnya.
Dia sempat melepaskan satu keluhan berat.
Dia kemudiannya mengerutkan dahinya. Setiap langkah kakinya berjalan menyusuri taman tersebut membuatkan dia teringat akan sesuatu.
Dia seperti pernah melalui situasi sebegini.
Tiba tiba sahaja salji turun sebelum Areum menadah tangannya melihat salji salji tersebut cair ditangannya.
Dari kejauhan dia melihat sepasang pasangan sedang berjalan menuju ke arahnya sebelum mereka melintasi Areum.
Terasa seperti dejavu.
Terasa pernah dirasai sebelum ni.
Areum hanya meneruskan perjalanannya seperti biasa sebelum kakinya berhenti melangkah. Lama dia terdiam sebelum dia terduduk di tengah tengah taman tersebut sebelum menekup mukanya dengan tangan.
Dia menahan dari menangis.
Menahan air matanya dari mengalir keluar.
Tetapi... akhirnya dia menangis.
Hatinya terasa sakit. Pedih sekali.
Dia menangis teresak esak.
Perasaan rindu kepada kedua orang tuanya menjadi punca dia menangis.
Dan.
Perasaan rindu yang teramat sangat kepada lelaki yang dicintainya juga ada asbab kenapa dia menangis.
"yah... Park Bogum... aku rindukan kau..." kata Areum dalam esakan sambil memegang kuat dadanya.
Rasa sakit yang amat sangat di bahagian dadanya membuatkan dia sesak.
Lemas dalam tangisannya sendiri.
Tiga tahun dia menahan rindu. Tiga tahun selepas peristiwa yang menyedihkan itu, dia cuba untuk bangkit. Dia cuba buktikan yang dia kuat.
Kononnya dia menjalani hari hari seperti biasa.
Tetapi tidak sama sekali.
Dia terseksa.
Dia menderita.
Malam itu semua tahu yang aku Areum tak pernah lupakan lelaki yang muncul dalam hidup aku. Semua tahu yang aku sentiasa ingat akan lelaki tersebut termasuk kau.
Dia memandang ke atas, melihat langit yang gelap.
kau mesti tengah tepuk tangan kan tengok aku selama ni terseksa macam ni?? tanyanya kepada tuhan.
**
{flashback}
Areum mencelikkan matanya sebelum dia terasa pedih dibahagian sisi perutnya.
Tetapi pedih perutnya itu tidak dapat melawan pedih hatinya.
Waktu itu dia sangat berharap yang tadi hanya lah mimpi.
Mainan tuhan untuk mengelirukan aku.
Dia masih mengharap yang Park Bogum akan datang.
"dah sedar?"
Areum berpaling ke arah pintu sebelum seorang perempuan melangkah masuk menghampiri Areum.
Perempuan ni adalah perempuan yang datang ke cafenya tadi.
"terima kasih sebab dah selamatkan saya..." katanya tersenyum memandang ke arah Areum.
Areum kemudiannya baru perasan rupa rupanya perempuan ni jugak lah yang bergelut dengan dua orang lelaki tadi.
"nasib baik kena sipi je..." katanya lagi.
Areum menganggukkan kepalanya sahaja.
"nasib baik ada seorang lelaki yang tolong awak tadi..." katanya lagi memandang ke arah Areum.
Areum memandang ke arah perempuan tersebut, macam mana dia tahu ada lelaki selamatkan aku sedangkan waktu tu semuanya terhenti?
"oh... mana dia pergi? Saya nak ucapkan terima kasih dekat dia sebab dia dah selamatkan saya..." kata Areum lagi.
Perempuan tersebut memandang sekeliling sebelum dia mengangkat bahu, "rasanya ada je tadi... mungkin dia dah pergi kot..."
Areum hanya menganggukkan kepalanya.
"emmm... rehat lah... bill hospital saya bayarkan... tanda terima kasih sebab dah selamatkan saya..."
Areum tersenyum dan menganggukkan kepala, "terima kasih..."
Dia membalas senyuman Areum. "sama sama... saya keluar dulu..."
"okay..."
Areum kemudiannya hanya memerhati langkah perempuan tersebut sebelum dia hilang di balik pintu bilik tersebut.
Areum tahu yang perempuan tadi bukannya manusia biasa. Mustahil. Siapa kau sebenarnya? Kenapa kau kena menyerupai Hae soo??
Areum kemudiannya hanya mengangkat bahu sebelum kembali menyandarkan tubuhnya di kepala katil.
Dia hanya termenung... sebelum dia akhirnya terlena.
Tidur Areum ditemani dengan air mata.
Rasa perasaan sedih yang teramat sangat membuatkan Areum menangis didalam tidurnya.
Dan perasaan sedih tersebut tidak diketahui oleh sesiapa pon kecuali dirinya sahaja.
Yah... Park Bogum... kuasa kau tak berkesan pon kat aku?
Kenapa aku masih ingat dekat kau??
Kenapa kau nak suruh aku lupakan memori cinta kita yang menyedihkan sedangkan semua memori aku dengan kau penuh dengan kebahagiaan.
Areum menangis teresak esak dan masih mengharapkan lelaki itu muncul dihadapannya.
YOU ARE READING
fated of love~
Fantasypertemuan kita bukanlah satu benda yang tak disengajakan tapi... kita sudah ditetapkan untuk bertemu.