"hai pakcik penyewa..." Yugyeom yang entah muncul dari mana sedikit mengejutkan Park Bogum yang sedang menulis di meja nya didalam bilik tidurnya.
"kau buat apa kat sini??"
"saya tahu lah saya dah lama tak datang sini... maklum lah pakcik pon dah pandai bank in duit... tapi ye lah... saya still kena check keadaan rumah saya..."
Park Bogum hanya mencebik.
Yugyeom kemudiannya melihan telefon bimbit lelaki itu sebelum mengambilnya, "tak tahu pon pakcik dah ada telefon bimbit... sebelum ni cakap taknak ada phone..."
Belum sempat Park Bogum mengambilnya kembali, skrin phone terus menyala sebelum kelihatan wajah Areum di skrin phone tersebut.
"wuuu... pakcik penyewa dah ada buah hati ehh... tak share pon... siapa perempuan yang malang ni??" tanya Yugyeom lagi.
Park Bogum sempat menjeling ke arah Yugyeom.
"hehehe... bukan malang... tapi yang bertuah... yelah... pakcik kan hensem... kaya..."
"ish budak ni... sibuk je..."
Yugyeom hanya tersengih. "okay... sorry sorry..."
Park Bogum mengambil kembali phonenya, "ni Kim Areum..."
"ooo Areum... cantik nama tu..."
Park Bogum memandang ke arah Yugyeom, "kalau aku nak minta tolong boleh?"
"tolong? tolong apa?" tanyanya memandang ke arah Park Bogum.
"kalau lah aku menghilang suatu hari nanti, boleh tak kau tolong tengokkan dia untuk aku?"
Yugyeom memandang pelik wajah penyewanya itu, "pakcik nak pergi mana pulak ni? taknak lah saya... kenapa saya yang nak kena jaga dia pulak..."
"ishh dia ni kan..."
Yugyeom hanya ketawa, "yelah3... demi pakcik penyewa yang dah bertahun tahun menyewa dengan saya... takde hal lah kalau setakat nak suruh tengokkan dia..."
"bagus..."
Yugyeom memandang ke arah lelaki itu, "tapi... pakcik nak pergi mana??"
"takde lah... kalau tetiba lah maksud aku..."
"tetiba apanya? Nak kata pakcik akan mati macam tak mungkin je... yelah pakcik kan......"
"kau tahu??" tanya Park Bogum sedikit terkejut.
"takkan tak tahu... semua orang tengok akan tahu..."
"yeke??"
Yugyeom hanya tersengih, "saya mestilah kena tahu... saya bagi sewa rumah saya dekat siapa... takkan saya nak bagi sewa macam tu jew..." katanya lagi.
Park Bogum hanya menganggukkan kepalanya sahaja.
"so pakcik nak pergi mana??" tanya Yugyeom lagi masih tak berpuas hati.
"takde pergi mana... Cuma suatu hari nanti, masa aku akan tiba... kau ingat aku takde expired date ke??"
"ohhh... so pakcik bukannya immortal laa ehh??"
"kau ingat aku apa? tuhan?"
Yugyeom kemudiannya terfikirkan sesuatu, "pakcik pernah tengok tuhan??"
"dah... balik sekarang... menyibuk je kerja dia..."
"alah tanya je pon..."
Park Bogum hanya membiarkan sahaja kata kata Yugyeom tergantung, dengan cara tu sahaja dia akan beredar dari situ.
Yugyeom hanya mencebik, "okay... kalau lah awek pakcik tanya pakcik pergi mana apa saya nak cakap??"
"dia takkan tanya... tugas kau jaga dia jew..."
"ehh confident ke dia takkan tanya??"
Park Bogum hanya menganggukkan kepalanya sahaja.
"habis kalau dia tanya, saya siapa? Apa yang saya nak cakap??"
"cakap je lah apa pon... asalkan jangan cakap pasal aku. Boleh?"
"okay... faham... tapi pakcik memang nak pergi dah ke ni??"
"kenapa kau tanya??"
Yugyeom hanya tersengih. "nak cari penyewa baru lah..."
Terus sahaja hinggap satu pukulan di kepala Yugyeom.
"adehh... sakit..."
"jangan berani sewakan rumah ni dekat orang lain..." kata Park Bogum lagi. Dia akan pergi tapi keajaiban mungkin berlaku. dan dia akan kembali? mana lah tahu kan.
"ehh... habis macam mana saya nak dapat duit..."
Park Bogum hanya mengeluh. Dia ni kalau bukan mata duitan memang tak sah.
YOU ARE READING
fated of love~
Fantasypertemuan kita bukanlah satu benda yang tak disengajakan tapi... kita sudah ditetapkan untuk bertemu.