47

10 0 0
                                    

"Areum... malam ni ot boleh tak?" tanya bossnya sebelum memandang ke arah Areum.

"kenapa boss??"

"sebab takde orang... Chorong cuti..."

Areum menganggukkan kepalanya sahaja. "okay jew..."

"okay... good girl..."

Areum hanya tersengih mendengar kata kata bossnya.

Dia hanya duduk di kaunter, kerana malam ni takde ramai sangat pelanggan.

"Areum... pukul 12 nanti kita tutup kedai eh..." kata bossnya di balik pintu biliknya.

Areum kemudiannya menganggukkan kepala.

"baik boss..." kata Areum sempat mengerling ke arah jam di tangannya, pukul11.00 malam. Areum melihat jam yang diberikan oleh lelaki yang bernama Park Bogum. Lelaki yang menghilangkan diri selepas mengetahui tentang dirinya yang sebenar.

"kau sepatutnya berterima kasih dekat aku. Disebabkan aku lah kau tahu nama kau... kau dapat semua memori kau... bukannya kau tinggalkan aku macam tu je!"

Entah kenapa tetiba je rasa emo.

Bunyi suara orang berdehem mengejutkan Areum sebelum dia mengangkat wajahnya memandang ke arah hadapannya.

Matanya tidak berkelip melihat perempuan yang sedang berdiri dihadapannya.

Dan waktu itu dia melihat sesuatu dileher gadis tersebut.

Rantai yang sama. Rantai yang telah mewujudkan mimpi mimpi pelik kepada dirinya.

"hello..." katanya lagi sebelum melihat perempuan cashier hanya berdiri kaku dihadapannya.

Areum tersedar sebelum dia menggelengkan kepala.

"maaf... order??" tanya Areum mula berfikiran rasional.

Tetapi sumpah otaknya ligat berfikir bermacam macam situasi. Gadis ni... sama macam dalam mimpinya. Rantai gadis tu sama macam dalam mimpinya.

Maknanya gadis ni Haesoo... perempuan yang sangat dicintai oleh Park Bogum.

"ice Americano satu..." katanya lagi.

Areum pantas menekan order di mesin. Dan selepas usai mengambil order dan membayarnya, Areum hanya memerhati sahaja gadis itu duduk di satu sudut.

Areum mengeluh.

Aku akan kehilangan Park Bogum.

Dia menarik nafas sedalam dalamnya. Sebelum memegang coffea tersebut sebelum berjalan menghampiri gadis tersebut.

Gadis tersebut hanya tersenyum memandangnya sebelum mengucapkan terima kasih kepadanya.

"er... saya tak pernah nampak awak sebelum ni? baru pindah kawasan ni?" tanya Areum ingin tahu.

Dia kemudiannya hanya menganggukkan kepala, "sebelum ni saya duduk luar negara... tapi balik sini sebab saya mula bekerja disini..." katanya lagi.

"ohhh macam tu... okay... enjoy your coffea..."

Dan gadis ni sudahpun bekerja. Dari kejauhan gadis ini juga sedang memerhatikan Areum di kaunter.

**

Fikiran Areum kosong... sudah penat berfikir. Timbulkan tanda tanya.

Areum... kau kena belajar redha laa.

Areum berjalan dan melangkah pergi meninggalkan tempat kerjanya. Jam sudah menunjukkan pukul 12.15 tengah malam. Tapi Areum langsung tak menghiraukannya.

Dia asyik berfikir tentang gadis tadi.

Susah sungguh nak brain semua ni.

Kenapa dia kena muncul tiba tiba macam ni?

Dan kenapa Park Bogum kena menghilang tiba tiba macam tu?

Areum mengeluh sambil melangkah kan kakinya pergi dari situ.

Sedang dia asyik berjalan, tiba tiba sahaja dia melihat sesuatu yang tak sepatutnya dia lihat.

Hah sudah.

Dari kejauhan dia ternampak seorang perempuan dipukul oleh dua orang lelaki sebelum seorang lelaki itu cuba untuk melakukan sesuatu kepada perempuan tersebut.

Alamak. Apa yang aku patut buat?

"WOII!!" jerit Areum lagi. dan jeritan Areum telah membantutkan hasrat lelaki tersebut untuk mengapa apakan perempuan tersebut.

"APA YANG KAU BUAT HAH!"

Dua orang lelaki tersebut memandang ke arah Areum sebelum dia tersenyum sinis, "lah...ingatkan bawak geng... kau sorang jew... aku boleh settlekan lah"

"Kau jangan macam macam... aku call polis..." kata Areum lagi sebelum dia mengeluarkan telefonnya.

Belum apa apa, phonenya direntap oleh lelaki tersebut.

"Kau tahu tak yang korang perempuan... adalah makhluk yang lemah..." katanya lagi cuba memegang lengan Areum.

Belum sempat dia memegang lengan Areum, Areum terus menyepak kaki lelaki tersebut.

"aku memang lemah... tapi aku takde lah bodoh sangat..." kata Areum sebelum dia menendang tempat sensitive lelaki itu sebelum dia terduduk di tanah.

Lelaki yang memegang perempuan tersebut hanya mendengus kasar.

"NAK URUSKAN BUDAK PEREMPUAN NI PON TAK BOLEH!" marah lelaki tersebut sebelum dia menolak kasar perempuan tersebut sehingga dia jatuh ke tanah dan terus meluru ke arah Areum.

"kau nak tunjuk hero kat sini ke??"

Tanpa Areum sedar yang lelaki tersebut menyembunyikan pisau di tangannya.

"HATI HATI... DIA ADA PISAU!" kata perempuan tersebut lemah tapi kuat untuk Areum dengar.

Belum sempat Areum berbuat apa apa, dia sudah rasakan ada sesuatu menghiris kulit tubuhnya. Dan seketika kemudian dunia seakan akan terhenti dan dia sedar lelaki yang telah menikam perutnya turut kaku.

Waktu itu Areum terduduk sambil memegang bahagian perutnya yang terasa sakit sebelum ada orang memangku tubuhnya.

"Maafkan aku Areum sebab aku tak berjaya lindungi kau..." katanya lagi.

Dan itulah suara terakhir yang Areum dengar sebelum dia benar benar pengsan.

Dan suara itu adalah suara Park Bogum.

Kenapa baru sekarang kau datang?

Kau memang sengaja je kan?? datang time aku sakit macam ni.

fated of love~Where stories live. Discover now