"Areum... kau kena tolong aku..."
Areum menggelengkan kepalanya, serious serabut bila ada orang mengganggu kerjanya. Dia kini berkerja di kedai café baharu yang berdekatan dengan sekolahnya sahaja.
"Areum... tolong laa aku... untuk kali terakhir..."
"jangan ganggu aku boleh tak? Aku tengah kerja ni..." kata Areum perlahan takut didengari oleh pelanggannya.
"tolong aku Areum... jadi perantaraan aku dengan dia jew... aku tak minta banyak pon..."
Areum tak menghiraukan hantu yang masih lagi meminta pertolongannya.
"Areum... takkan kau tak rasa sedih?? Aku setiap hari datang kat café tempat kerja lama kau dan hari ni aku datang dalam bentuk macam ni??"
Areum menggelengkan kepalanya. Masih berkeras.
"tolong laa Areum... kau kenal kan tunang aku?? Aku dengan dia selalu datang café tempat kerja lama kau kan?? aku nak kau jumpa dengan dia jew..."
Areum mengeluh sebelum dia menuju ke tempat yang tiada orang, "apa yang kau nak suruh aku cakap dekat dia??"
"cakap kat dia yang aku nak jumpa dia..."
"macam tu je??"
Dia menganggukkan kepalanya lagi.
Selepas Areum habis kerja, mereka berdua menuju ke tempat kerja lelaki yang merupakan tunang perempuan hantu tersebut.
"tu Areum..." tunjuk perempuan tersebut ke arah tunangnya.
"cakap Melly nak jumpa..." katanya lagi sebelum Areum menghampiri lelaki tersebut.
"er hai..." kata Areum sebelum lelaki tersebut memandang ke arah Areum. senyuman terukir dibibir lelaki tersebut.
"oh... hai..."
"er... sebenarnya saya nak bagitahu sesuatu..."
"ye... apa dia??" tanya nya lagi.
"ermm... ada orang nak jumpa awak..." kata Areum memandang ke arah lelaki tersebut sebelum dia mengerutkan keningnya.
"siapa??"
Areum kemudiannya memandang ke arah Melly sebelum dia kembali memandang ke arah lelaki tersebut.
"Melly... tunang awak..." kata Areum lagi.
"Melly??" tanyanya inginkan kepastian.
Areum menganggukkan kepalanya.
Lelaki tersebut kemudiannya menekan butang lif sebelum dia tersenyum memandang ke arah Areum. "jom ikut saya..." katanya.
Dan mereka berdua sedang berada di rooftop sebuah bangunan.
"apa yang awak maksudkan yang Melly nak jumpa dengan saya??" katanya memandang ke arah Areum.
Areum melihat ke arah Melly yang sedang merenung tunangnya itu.
"kau cakap kat dia... terima kasih sebab bagi cincin kahwin yang sangat cantik..."
"emmm... Melly cakap, terima kasih sebab bagi cincin kahwin yang sangat cantik..."
"terima kasih jugak sebab hadir dalam hidup aku..." kata Melly lagi.
"terima kasih sebab hadir dalam hidup aku..." kata Areum pula mengikut apa yang suruh diberitahu kepada tunangnya itu.
"terima kasih untuk romantic dinner sehari sebelum aku meninggal..."
Areum memandang ke arah Melly sebelum dia kembali memandang ke arah lelaki tersebut, "er... terima kasih untuk romantic dinner sehari sebelum aku meninggal..."
YOU ARE READING
fated of love~
Fantasypertemuan kita bukanlah satu benda yang tak disengajakan tapi... kita sudah ditetapkan untuk bertemu.