"Areum... kiteorang dah penat laa cari..."
Areum memandang ke arah hantu yang sentiasa bersama dengannya disekolah.
"cari laa lagi sampai jumpa... korang jugak yang cakap yang korang kesian tengok Yerim kan??"
"tapi... kiteorang dah cari dari tadi lagi... tapi still tak jumpa..."
"fighting..." kata Areum sempat memberi semangat kepada mereka berdua.
Yui memandang ke arah Areum yang asyik membaca novel.
"dia bukan nak tolong sama..."
Areum hanya tersenyum senget, "bila lagi aku nak minta pertolongan korang kan?? time ni je laa kan..."
"tapi ni dah kira membuli kiteorang... suruh kiteorang masuk dalam tong sampah pulak tuh..."
"yelaa... kalau aku masuk, nanti aku pulak yang busuk... korang semua takpe... memang dah busuk..." kata Areum selamba.
"amboi... amboi... aku wangi okay..." kata mereka pula dan membuatkan Areum tersengih.
"kalau kiteorang jumpa, apa yang kau nak bagi dekat kiteorang?" tanya Yui sebelum memandang ke arah Areum.
"heh?? Bagi apa?? Bagi ucapan terima kasih boleh??" usik Areum lagi dan hanya membuat mereka semua mengeluh.
"ish. Kedekut sungguh lah kau ni... belanja laa kiteorang makan ke?? Ataupon belanja kiteorang baju baru? Boleh??"
"amboi... kau ingat aku orang kaya ke?? Nak kena belanja baju kat kau? Dah laa dekat rumah aku kena tanggung sorang makhluk lagi..." kata Areum saat dia teringatkan Lysa.
"siapa?? Tatau pon... kau ada kawan lain selain dari kiteorang??"
Areum hanya tersengih, "kalau kau jumpa postcard tu... aku belanja korang makan..." kata Areum sebelum dia kembali membaca novel.
"Areum..."
Areum kemudian memandang ke arah suara tersebut sebelum dia melihat Yerim sedang tersengih ke arahnya.
Dia hanya tersenyum tawar. "hai..." kata Areum lagi.
"aku rasa bersalah sangat sebab dah susahkan kau..."
Areum menggelengkan kepala, "emmm takde apa laa... lagipon cari postcard tu je kan..."
Yerim hanya tersenyum, "kau rehat laa dulu... biar aku cari pulak..."
"okay..." kata dua orang hantu sebelum Areum menjeling ke arah mereka.
"okay fine... kiteorang akan terus cari..." kata Yui sedar dengan jelingan Areum.
Yerim kemudiannya memandang sekeliling sebelum dia menghampiri satu tong sampah.
"AREUM!!! AKU DAH JUMPA!!!" teriak perempuan hantu yang sorang lagi sebelum Areum memandang ke arahnya.
Dia menghampiri mereka sebelum melihat postcard tersebut,
"Yerim..."
Yerim menghampiri Areum sebelum dia mengambil postcard yang sudahpun separuh hangus dibakar api.
"ni postcard aku..." katanya sebelum memegang erat postcard tersebut.
Areum hanya mendiamkan diri sahaja. Walaupun gembira dapat jumpa semula postcard tetapi ianya sudah tak sama seperti sedia kala.
Yerim hanya mengeluh.
"terima kasih Areum... terima kasih banyak banyak..." katanya lagi.
"sorry sebab jumpa postcard yang dah jadi macam tu..."
"takpe... aku still happy..." katanya lagi sebelum dia tersengih.
"jom Areum... aku belanja kau makan..."
Areum hanya tersengih.
"emmm takpelah... mungkin lain kali... sebab aku kerja malam ni... takut terlewat pula..."
Yerim menganggukkan kepalanya lagi.
"sampai kita berjumpa lagi..." kata Yerim sambil tersengih.
Areum hanya tersenyum tawar.
"so postcard dah jumpa... belanja kiteorang please..." kata mereka sebelum dua orang perempuan tersebut muncul dihadapan Areum.
Areum hanya mencebik, "aku kerja malam ni... lain kali laa..."
"like seriously Areum... kau janji dengan kiteorang pastu kau ada kerja pula..."
Areum hanya tersengih.
"lain kali ek... aku belanja makanan kat kantin sekolah..."
"alaa... tapi aku nak makan ayam dengan soju..."
"andwe... kita masih dibawah umur..."
"bukan kita... kau sorang jew... aku dah... emmm..." Yui sempat mengira umurnya, seingatnya dia mati semasa berumur 16 tahun dan dia duduk disekolah selama 7tahun.
"23tahun..." sambung Yui lagi.
"kalau macam tu pergi laa minta dengan orang yang dah cukup umur..." kata Areum selamba sebelum dia beredar pergi.
"sampai hati kau ek Areum buat kiteorang macam ni..."
"okay bye..." kata Areum sempat melambaikan tangan ke arah mereka berdua.
Yang menariknya pasal Yui dan seorang lagi hantu perempuan yang menggelarkan dirinya sebagai Angelica memandangkan dia langsung tak ingat pasal dirinya ialah mereka berdua tidak boleh keluar selain dari kawasan sekolah tersebut sahaja.
Jadi mereka berdua tidakakan mengganggu Areum.
YOU ARE READING
fated of love~
Fantasypertemuan kita bukanlah satu benda yang tak disengajakan tapi... kita sudah ditetapkan untuk bertemu.