"er... terima ka--" ayat Areum tak dihabiskan saat dia memandang orang yang telah menarik tangannya saat ada sebuah motosikal yang tiba tiba sahaja muncul dihadapannya.
Dia mengangkat keningnya, "kenapa tak habiskan ayat kau tu??"
Areum mencebik. "emmm terima kasih..." kata Areum lagi sebelum dia meleraikan tangan lelaki yang memegang lengannya.
"aku dah cakap dah..." katanya selamba.
"cakap apa??" tanya Areum memandang wajah lelaki itu.
"takdir kau akan berubah kalau kau asyik ganggu kerja aku..."
Areum mencebik, "apa yang berubah??"
"tak faham faham lagi??"
"memang tak faham pon..." kata Areum selamba.
"kau hampir nak kena langgar... dan kau masih tak sedar dengan apa yang bakal terjadi??" katanya turut memandang ke arah Areum.
"jadi apa yang berubah??"
Dia kemudiannya hanya mengeluh. "okay bye..." makin lama bercakap dengan budak ni, makin sakit mental aku dibuatnya.
"kau nak cakap yang takdir aku dah berubah tu maksudnya kematian aku ke yang berubah??" tanya Areum memandang ke arahnya sebelum dia menghentikan langkahnya sebelum kembali memandang ke arah Areum.
Dan saat itu dia terpandangkan rantai yang membuat dirinya sedih sebelum dia kembali fokus kepada Areum, "ye..."
"so maut tengah ikut aku sekarang ni??"
"mungkin..."
Areum kemudiannya ketawa, "masalahnya bukan maut tengah ikut aku... tapi malaikat maut..." kata Areum lagi.
"ergh... pape je lah..."
Areum mencebik, "kau tak perlu pon tolong aku... sebab aku tak kisah pon dengan apa yang terjadi... even aku mati sekalipon... takde siapa yang ambik tahu..."
"tapi kau nak ke jadi roh roh yang berkeliaran dekat dunia ni?? sebab kau ditakdirkan mati bukan pada waktunya??"
"ohh... macam kau??"
Lelaki tersebut hanya menjeling ke arah Areum, kenapa budak ni mengjengkelkan sangat?
"ye! macam aku... dan macam hantu hantu yang kau selalu nampak..." katanya lagi kerana dia perasan yang gadis ini selalu bercakap dengan hantu dan kadang kalanya memarahi hantu hantu tersebut dan ada kalanya takut dengan mereka semua.
Areum hanya tersengih, "ohh... okay... bye..." kata Areum sebelum dia berlalu pergi.
Dia memandang ke arah Areum yang sudah pun berlalu pergi sebelum dia terdengar sesuatu dari Areum... dan ye itulah adalah suara hati Areum!
"sekarang ni pon aku rasa macam aku roh yang berkeliaran dekat atas muka bumi ni... so apa bezanya??"
Dia hanya tersenyum tawar.
"kenapa kau special sangat hah Areum??"
YOU ARE READING
fated of love~
Fantasypertemuan kita bukanlah satu benda yang tak disengajakan tapi... kita sudah ditetapkan untuk bertemu.