41

8 0 0
                                    

Sekali lagi rasa sakit yang teramat sangat di bahagian dadanya semakin menjadi jadi. Park Bogum memegang kuat dadanya,

Dari kejauhan dia dapat melihat Areum sedang menghampirinya.

Areum hanya tersenyum memandang ke arahnya.

"tolong lah jangan buat hal..."

Makin dekat Areum menghampirinya, makin sakit dadanya.

Dia terus mengeluarkan topinya sebelum memakainya. Dan semua manusia tidak dapat melihatnya kecuali Areum.

"wae?" tanya Areum memandang ke arah Park Bogum saat dia sampai dekat dengan lelaki itu.

Park Bogum kemudiannya hanya menggelengkan kepala.

"jom..." katanya sebelum dia memegang tangan Areum dan menghilang ke tempat yang tiada orang.

Mungkin orang akan pelik saat melihat Areum sedang bercakap sendirian dan ini sahaja caranya untuk terus bersama dengan Areum.

"kau okay?" tanya Areum memandang ke arah Park Bogum.

"aku okay jew..."

Areum merenung ke arah Park Bogum lama, "betul ni kau okay?? Ada pape yang kau nak cakap??"

"emmm... mianhe Areum..."

Tiba tiba je hati Areum berdegup kencang, kenapa dia minta maaf?

"wae?"

"aku... emm macam mana eh nak cakap?"

"apa? cakap lah..."

"aku sebenarnya ada kelemahan..." bohongnya.

"maksud kau?"

"aku tak boleh selalu sangat munculkan diri aku sebagai lelaki yang dapat dilihat oleh semua orang... sebab tu lah aku asyik pakai topi je..." tipunya lagi. padahal sebelum ni semua ni tak pernah terjadi pon pada dirinya.

"ohh... jangan risau lah... aku still boleh nampak kau..." kata Areum pula sedikit lega.

"aku engatkan apa..." sambung Areum lagi.

Park Bogum hanya tersengih.

"by the way kenapa kau tetiba nak jumpa aku ni? rindu kat aku lagi?" tanya Park Bogum memandang Areum dengan penuh kasih dan sayang.

"aku memang sentiasa rindu dekat kau... tapi sebab kedua aku nak jumpa kau sebab aku nak bagi sesuatu..." kata Areum sebelum dia mengeluarkan sesuatu didalam begnya dan menghulurkan kepada lelaki tersebut.

"phone??"

Areum menganggukkan kepala, "nanti kalau aku rindukan kau... takyah lah kau susah susah datang jumpa aku... aku just chat kau je..."

Park Bogum memandang Areum, "kau dah taknak jumpa aku ke?"

"bukan macam tu cuma aku nak senangkan kau jew..."

Park Bogum hanya tersengih, "kau tak pernah susahkan aku pon laa..."

"but still aku nak kau guna phone ni... sebab kau bukannya boleh 24 jam ada dengan aku kan?? mana lah tahu aku rindukan kau time kau tengah kerja ke? so kau tak perlu susah susah munculkan diri kau depan aku... cukup kau balas chat aku jew..." kata Areum lagi.

"dan aku beli ni ikhlas tau untuk kau..." sambung Areum lagi.

Park Bogum hanya tersengih sebelum dia menekan button di phone sebelum skrin cerah. Makin lebar senyumannya melihat wallpapernya adalah gambar Areum.

"comel kan wallpaper phone kau?" tanya Areum lagi.

Park Bogum memandang ke arah Areum sebelum menganggukkan kepala. "comel sangat..."

Areum mengeluarkan phonenya dan menunjukkan wallpaper phonenya kepada Park Bogum.

"wuuu ni hensem..." kata Park Bogum pula sebelum Areum ketawa.

"kan?"

"kalau muka macam tu... boleh jadi model tu..." pujinya lagi.

"hahaha... jadi model aku sudah laa... aku taknak orang lain tengok kau selain aku..."

Park Bogum memegang bahu Areum, "tu aku tahu..."

"by the way reti tak nak guna phone ni??" tanya Areum memandang ke arah Park Bogum.

Park Bogum kemudiannya hanya tersengih sebelum menggelengkan kepalanya.

"okay jom... aku ajar." Kata Areum lagi.

"so kita nak pergi mana??"

"emmm..." Areum sempat berfikir sebelum mereka hilang dan muncul di kawasan pantai.

Areum hanya tersengih, "you know what I want..."

"mesti... kau kan cinta hati aku..." kata Park Bogum sebelum mengenyitkan matanya.

fated of love~Where stories live. Discover now